Peminat Bola

Baca ni!!!

Gol Hai-O Julang Negeri Sembilan Menjuarai Piala Malaysia



Perlawanan Akhir Piala Malaysia menyaksikan Negeri Sembilan merampasnya kembali selepas kali terakhir menjuarainya pada tahun 2009.Pada separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan melancarkan serangan demi serangan namun masih gagal mencari gol.Separuh masa pertama tamat tanpa satu pun jaringan daripada kedua-dua pasuakan.Separuh masa kedua menyaksikan Terengganu tidak menunggu lama apabila penyeranng Ashaari Samsuddin menyumbat gol pembukaan untuk Terengganu.S.Kunalan menyamakan kedudukan hasil sepakan terus dari luar kotak penalti terus ke gawang yang gagal di selamat kan oleh penjaga gol Terengganu iaitu Sharbinee Alawee.Hairuddin Omar muncul wira apabila menyumbat gol kemenangan pada babak-babak terakhir perlawanan yang menyaksikan Negeri Sembilan menjulang kembali Piala Malaysia.





Ashaari menjaringkan gol pertama perlawanan.

wajah kecewa sebahagian pemai-pemain Terengganu









Fakta Hai-O
-3 kali ke perlawanan akhir Piala Malasia
-Setiap perlawanan menjaringkan 1 gol..

Malaysia Tempat Ke-3 di Kejohanan Piala VFF 2011





Malaysia menamatkan Vietnam Football Federation (VFF)tempat yang ketiga selepas mengharunggi 3 perlawanan.Perlawanan pertama Malaysia menyaksikan anak didik Ong Kim Swee tumpas kepada Uzbekistan dengan jaringan 3-1pada 19 Oktober.Perlawnan kedua menyaksikan pertemuan antara Malaysia menentang Myanmar pada 21 Oktober dimana Malaysia menang 2-1 hasil jaringan Syahrul Azwari dan Kapten pasukan Baddrol Bakthihar.Perlawanan terakhir menemukan Malaysia dengan Vietnam pada 23 Oktober yang menyaksi Malaysia seri 1-1 sama,gol dijaringkan menerusi free kick Baddrol Bakthihar.Perlawanan yang melibat kan 4 negara menyaksikan Uzbekistan muncul juara apabila mengumpul 7 mata,di ikuti dengan Vietnam 5 mata,Malaysia dengan 4 mata dan terakhir Myanmar 0....Maka tamatlah saingan Piala ini yang di jalankan secara satu pusingan



Terengganu,Negeri Sembilan Berentap Di Final



Terengganu dan Negeri sembilan akan merentap di final buat kali pertama sejak Piala Malaysia di perkenallkan pada 1921 selepas kedu-duanya mara ke pusingan akhir semalam.
     Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyaksikan Terengganu gah dengan membenam Selangor ditempat sendiri dengan jaringan 2-1,jaringan tuan rumah hadir pada minit ke 19 apabila Abdul Manaf Mamat membuktikan kehebatannya untuk tuan rumah mendahului 1-0,Gol kedua tuan rumah hadir pada minit ke-72 yang dijaringkan kan oleh Ashaari Shamsuddin apabila sepakan deras kaki kirinya dari luar kotak penalti menerjah gawang Selangor.Pada minit-minit akhir Selangor mendapat gol sagu hati apabila sepakan lintang Amirulhadi di tanduk oleh Safiq Rahim.Tamat perlawanan Terengganu 2 Selangor 1,Terengganu layak ke perlawanan akhir dengan agregat dengan 4-1...




Di Stadium Tuanku Abdul Rahman,Paroi,menyaksikan tuan rumah berjaya menumpaskan T-Team dengan 2-1.Walaubagaimanapun T-Team berjaya menjaringkan gol yang di jaringkan oleh Fitri Omar pada minit ke-72 namun gol tersebut tidak bertahan lama apabila Shahurain Abu Samah menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.Gol kedua Negeri Sembilan hadir pada minit ke-84 oleh Shukor Adan yang menanduk kemas bola lintang hantaran S Kunalan.Tamat perlawanan menyaksikan Negeri Sembilan layak ke akhir dengan agregat 6-3....

Perlawanan Akhir akan berlasung pada 29 Oktober di Stadium Shah Alam...

Jadual Perlawanan Sukan Sea 2011


Kumpulan A :Malaysia,Indonnesia,Singapura,Thailand,Cambodia.
Kumpulan B :Vietnam,Laos,Brunei,Timor Laste,Myammar,Filipina


*Juara dan Naib Juara 2009 di undi dalam kumpulan berbeza.






JADUAL PERLAWANAN SUAKAN SEA 2011 TEAM MALAYSIA


  • 9/11:Singapura vs Malaysia
  • 11/11 :Malaysia vs Thailand
  • 15/11 :Malaysia vs Cambodia
  • 17/11 :Indonesia vs Malaysia


Kumpulan A akan bermula 9 November
Kumpulam B akan Bermula 3 November

Keputusan Separuh Akhir (1st Leg)

-Terengganu,Negeri Sembilan bawa bekalan selesa
-Selangor,T-team kena usaha keras....

Gambar kredit pada dunia sukan online....



Di stadium Shah Alam menyaksikan Selangor bertempur dengan Terengganu pada separuh akhir pertama malam tadi.Anak-anak didik Irfan Bakti membuka tirai gol pada awal minit pertama apabila bola lambungan Ashaari di kuis oleh kaki Manaf Mamat sekali gus menewas kan penjaga gol Selangor G Jeevananthan.Selangor mendapat sepakan percuma yang diambil oleh Safiq Rahim tetapi melambung jauh sebalik nya Terengganu menambah gol kedua pada minit ke-32 juga hasil sepakan kencang luar kotak penalti oleh Manaf Mamat juga gol keenamnya dalam Piala Malaysia.Pertukaran di buat oleh P Maniam dengan membawa masuk Rudie Ramli menggantikan Hardi Jaafar dan Fadli Shaari mengantikan Azidan Sarudin namun buntu mencari jaringan.Jelas sekali ketiadaan kapten pasukan iaitu Amri Yahya begitu dirasai oleh team Selangor.Tamat per lawanan Terengganu 2 selangor 0.




Satu lagi perlawanan di langsungkan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang melibat kan perlawan antara T-team dan Negeri Sembilan.Pasukan pelawat membuka tirai jaringan pada minit ke 6 apabila Shahurain Abu Samah menerima hantaran cantik dari S Kunalan meletakan Negeri Sembilan di hadapan.T-team membalas jaringan apabila Indraputra menanduk bola masuk pada minit ke 11.Hantaran daripada Shukor Adan di tanduk baik oleh Hairuddin Omar untuk NS mendahului dengan 2-1 sekali lagi T-team menyamakan kedudukan dengan rembatan Norfarhan terkena tiang sebelum menerjah jaring lawan.Hairuddin Omar sekali lagi menjaringkan gol untuk NS mendahului 3-2 pada babak pertama.Pada babak kedua Negeri sembilan menambah satu lagi gol yang dijaringkan oleh S Kunalan.Tamat Perlawanan Negeri Sembilan 2 T-team 2...

Malaysia (2) vs Nepal (0)....Perlawanan Persahabatan



Perlawanan persahabatan membabit kan skuad Ong Kim Swee yang akan menghadapi Sukan Sea November ini dengan pasukan Kebangsaan Nepal yang berlangsung pada 15 Oktober 2011 jam 5.00 petang di Stadium MPPJ,Selangor, menyaksikan kemenangan berpihak kepada Malaysia iaitu 2-0.
     Pada separuh masa pertama tiada gol yang terhasil dan tiada pertukaran yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan.Babak pertama juga menyaksikan dominasi oleh pasukan Kebangsaan dengan beberapa perjubaan berbahaya tetapi dinafikan penjaga gol Nepal.
     Separuh masa kedua menyaksikan pertukaran demi pertukaran yang di lakukan oleh Jurulatih Kebangsaan Ong Kim Swee dengan membawa Izzaq Faris masuk mengantikan Syahrul Azwari,Gurusamy digantikan dengan Shukor,Mahali digantikan Nazirul Naim,dan Muslim Ahmad masuk mengantikan Syazwan Tajuddin,tetapi jaringan masih 0-0.Pada minit ke-80 Izzaq Faris memecah kan kebuntuan gol dengan meletakkan Malaysia di depan 1-0.
      Pemainan nampak seperti akan berakhir dengan jaringan 1 gol sahaja tetapi muncul Yong Kuang Yong menambah 1 lai gol untuk Malaysia menjadikan Malaysia menang 2-0...



  •  First eleven Malaysia : Izham , Mahali, Amer Saidin, Syazwan Tajudin , Fandi, Syahrul Azwary , Gurusamy, Gary Steven Robert , Wan Zaharul Nizam, Nazmi dan Baddrol Bakhtiar(C) selaku kapten untuk perlawanan kali ini.
  • First Eleven Nepal : Kiran Chemzong, Sagar Thapa , Deepak Bhushal, Biraj Maharjan, Anil Ojha, Jagjeet shrestha, Nirajan ,Rohit Chand, Bhola Silwal, Sandeep rai, Santosh Sahukhala


  • AKSI-AKSI PERLAWANAN








Kredit Gambar kepada DUNIA SUAKN ONLINE dan SHAZLISHAMSUDDIN



Keputusan Suku Akhir Piala Malaysia 2011 (2st Leg)


Selangor (1) vs Perak (0)
-Rudie Ramli
{Selangor layak ke perlawanan separuh akhir dengan agregat 4-1}


Terengganu (2) vs Kelantan (2)
-Ashaari Shamsudin (2), - Azamudin Akil,Badri Radzi(penalti)
{Terengganu layak ke perlawanan separuh akhir dengan agregat 5-3}


T-Team (2) vs Sabah (1)
{T-Team layak ke perlawanan separuh akhir dengan agregat 4-2}


Negeri Sembilan (3) vs Felda United (0)
-Hairuddin Omar (2),Idris Karim
{Negeri sembilan layak ke perlawanan separuh akhir dengan agregat 3-1}

PERLAWANAN SEPARUH AKHIR

Terengganu vs Selangor

T-Team vs Negeri Sembilan



*Perlawanan akhir akan berlangsung 18 dan 22 Oktober





Keputusan Suku Akhir Piala Malaysia 2011 (1st Leg)



Di Stadium Shah Alam, Selangor meleburkan rekod tanpa kalah Perak dalam kempen Piala Malaysia selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-1.
    Safiq Rahim membuktikan dia masih mempunyai bisa untuk bermain dengan skuad kebangsaan apabila meledak dua jaringan awal melalui sepakan percuma pada minit ke-12 dan ke-57.
    Mohd. Amirulhadi Zainal memberikan keselesaan dengan gol ketiga pada minit ke-62 selepas... berjaya mengelak diri daripada berada pada kedudukan ofsaid.
   Perak berjaya mencuri satu gol melalui Mohd. Failee Mohd. Ghazli pada minit ke-76.


Terengganu mencatat kemenangan berharga 3-1 ke atas juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan dalam perlawanan tegang dengan lima kad merah dilayangkan oleh pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
     Ismail Faruqi meletakkan skuad Penyu mendahului pada minit ke-43 ketika Kelantan bermain dengan sembilan pemain, selepas Shakir Shaari dan Mohd. Daudsu Jamaludin meneri...ma kad merah pada minit ke-31 dan 34.
     Kegembiraan Ismail tidak bertahan lama apabila Nafeez menghadiahkan kad merah kepada penjaring gol pertama Terengganu itu pada penghujung separuh masa pertama akibat menerima dua kad kuning.
     Ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi kembali memastikan Kelantan berada pada landasan apabila menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-78.
     Namun, Terengganu memastikan Kelantan pulang hampa apabila Abdul Manaf Mamat memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-88, sebelum tonggak pertahanan Peteh, Marzuki Yusof menambah derita Red Warriors pada masa kecederaan separuh masa kedua.
     Dua lagi kad merah dilayangkan oleh pengadil sebelum perlawanan berakhir apabila pertahanan Terengganu, Zubir Azmi dan pertahanan Kelantan, Aziz Ismail bergaduh sebelum perlawanan berakhir.

Di Stadium Likas, Sabah gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri apabila tewas 1-2 kepada T-Team.
     Bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayudin meletakkan T-Team di hadapan pada minit ke-34, sebelum Alto Linus kembali menghidupkan harapan Sabah dengan gol penyamaan pada minit ke-46.
     Namun, lima minit sebelum permainan tamat, Indra Putra muncul wira T-Team dengan menjaringkan gol kemenangan bagi memastikan pasukan Pantai Timur itu pulang ke Kuala Terengganu dengan membawa kelebihan satu gol.

Felda United mengejutkan naib juara Piala Malaysia edisi lalu, Negeri Sembilan menerusi jaringan tunggal Mohd Badrul Azam Mohd Zamri pada minit ke-58 di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya, Kelana Jaya.Sumber: Utusan Malaysia dan Sokernet.com

Tewas Di Bumi Australia



     Perlawanna persahabatan kelas A membabitkan Malaysia menentang Australia semalam menyaksikan Malaysia tersungkur dengan kekalahan 5-0 kepada Australia.Gawang Malaysia bocor pada minit ke-3 olehWilkshire  apabila pemain-pemain Australia berjaya melepasi pertahanan Malaysia dengan hantaran-hantaran pendek mereka,benteng Malaysia ampuh bertahan sehinggalah pemain Australia berjaya merobek gawang gol Malaysia pada minit ke-33 oleh Kennedy.Gawang Malaysia bolos lagi buat kali ke-3 pada minit ke-39 yang di jaringkan Brosque,pada babak-babak akhir perlawanan separuh masa pertama menyaksikan Australia menambah satu lagi gol yang juga di jaring kan sekali lagi oleh Kennedy pada minit ke-45,tamat separuh masa pertama Malaysia ketinggalan 0-4 kepada Australia.
     Separuh masa kedua menyaksikan beberapa pertukaran yang dilakukan jurulatih Malaysia dengan membawa masuk Zubir Azmi,Wan Zaharulnizam,K.Reuben,Izzaq dan ada beberapa pemain lagi......Gol terakhir dijaringkan Brosque pada minit ke-69 perlawanan.Tamat perlawanan menyaksikan Malaysia tewas dengan 5-0...


Aksi-aksi perlawanan:















Peledak Harimau Muda Tunjuk Taring


KETIADAAN 14 tonggak utama jelas tidak menghalang kemaraan skuad Harimau Muda merakam kemenangan 4-2 ke atas Selangor pada perlawanan persahabatan di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), petang semalam.
      �Sudah lama kami tidak menjaringkan empat gol, ini membuktikan barisan ini juga mempunyai kepakaran di bahagian penyudah,� kata jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee mengenai pasukannya yang rata-rata dibarisi pemain simpanan skuad bawah 23 selepas 11 dipanggil membawa cabaran negara di Canberra manakala tiga lagi masih di Slovakia.
      �Saya harap perkara ini akan berlarutan, jika tidak dalam tempoh terdekat tetapi pada masa akan datang. Secara keseluruhan, ada peningkatan berbanding perlawanan dengan pasukan senior kebangsaan sebelum ini.� Pada perlawanan persahabatan pertama 2 Oktober lalu, skuad Kim Swee tewas 3-0 kepada anak buah Datuk K Rajagobal.
       Sementara itu, jurulatih Selangor P Maniam tetap melihat keputusan semalam secara positif dengan pasukan simpanannya beraksi lebih baik berbanding skuad utama.
     �Pada babak pertama saya menurunkan kemungkinan kesebelasan utama, mereka beraksi sebaik mungkin tetapi kerana faktor keletihan selepas melakukan latihan kecergasan semalam (kelmarin) menyebabkan permainan mereka kurang berkesan,� kata pengganti K Devan itu.
     �Ini sesuatu yang positif dan dalam tempoh beberapa hari sebelum bertemu Perak, kita akan menilai semula skuad utama yang bakal diturunkan.�
     Perlawanan persahabatan semalam antara persiapan skuad Olimpik menghadapi Sukan SEA 6 November ini manakala Selangor pula akan mengharungi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Perak, Isnin ini.










GAMBAR KREDIT :DUNIA SUAKN ONLINE

Skuad Kebangsaan vs Olimpik Malaysia



Pertarungan dua ‘harimau’ di padang Wisma FAM, Kelana Jaya menyaksikan si abang lebih gagah untuk membaham si adik dengan keputusan jaringan 3-0, petang semalam.
       Pada aksi persahabatan yang melibatkan pasukan Harimau Malaya berdepan Harimau Muda itu, anak didik Ong Kim Swee  mudah dijinakkan oleh Skuad Kebangsaan menerusi jaringan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-36, Baddrol Bakhtiar (m-48) dan Shahrizal Saad (m-88).
      Pertemuan itu juga penting bagi kedua-dua pasukan kerana skuad bimbingan Datuk K Rajagobal bakal terbang ke Canberra bagi aksi persahabatan antarabangsa (kelas A) berdepan Australia pada 7 Oktober ini.
     Bagi Harimau Muda, mereka dalam rangka persiapan menghadapi Temasya Sukan SEA Jakarta yang bakal bermula awal November ini.




Skuad Kebangsaan :Farizal,Mahali,Zamani,Zubir,Khyril,Amar,Kalang,Kuna,Matyo,Safee
Olimpik Malaysia :Izham,Fandi,Amer,Syazwan Tajudin,Aziz Ismail,Sepet,Fakri,Nazmi,Izuan,Hazwan.Izzaq





Keputusan Piala Sultan Selangor


Sebelum bermulanya perlawanan antara Selangor menentang Singapura berlangsung perlawanan pemain-pemain vateran Selangor dan Singapura.Perlawanan tersebut berakhir dengan kejuaraan di miliki oleh pemain -pemain Vateran Selangor dengan jaringan 3 berbalas 1 gol.Dua gol yang dihasil kan oleh Dollah Salleh dan satu gol di hasilkan oleh P.Maniam.P.Maniam meletak kan pasukan Vateran Selangor di depan pada minit ke tujuh dan Dollah Salleh mengandakan jaringan pada minat ke-12 sebelum vatren Singapura merapat kan kedudukan menjadi 2-1 pada minit ke-16 oleh Abdullah Noor.Pada minit-minit terakhir Dollah Salleh menambah 1 lagi gol pada minit ke-39.
     Antara pemain Veteran Selangor yang beraksi termasuklah Datuk Soh Chin Aun, K Gunalan, Zainal Abidin Hassan, Anuar Abu Bakar, Reduan Abdullah, Shahrin Majid, K Sanbagamaran dan Azlan Johar manakala Veteran Singapura menampilkan antaranya Malek Awab, Suria Murthi, Yahya Madon dan V Sundram Moorthy.







Selepas perlawanan tersebut berlangsung pula perlawanan Utama iaitu  Selangor menentang Singapura.Misi Selangor untuk membalas dendam kepada Singapura atas kekalahan Skuad Kebangsaan pada kelayakan Piala Dunia 2014 tidak menjadi kenyataan apabila tewas 0-1 kepada Singapura dengan jaringan sendiri oleh pemain pertahanan iaitu Mohd Asraruddin Putra padaminit ke-65 pada aksi Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam,malam tadi.
      Ia turut memusnahkan hajat Selangor menyekat penguasaan Singapura yang kini muncul juara buat kali keenam (termasuk juara bersama edisi 2004) dan kejuaraan hatrik selepas menang pada 2009 (3-0) dan tahun lalu (6-0).Selangor kendalian P Maniam turun dengan diperkuat dua bekas pemain Liverpool dan Manchester United, Jason McAteer dan Jesper Blomqvist serta penyerang Pelita Jaya, Safee Sali manakala Singapura bimbingan Radojko Avramovic tanpa tiga tonggak - Mustafic Fahrudin, Hariss Harun dan Qiu Li.
       Babak pertama lebih menyaksikan kecemerlangan penjaga gol Selangor, G Jeevananthan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Singapura termasuk menepis rembatan Hafiz Rahman pada minit ke-34.
      Gawang Selangor bocor pada minit ke-65 apabila Asrarudin tertanduk sepakan sudut kapten Singapura, Shahril Ishak ke gawang sendiri.
     Pada minit ke-80, gol penyamaan Selangor dibatalkan pengadil selepas Amri didakwa menggunakan tangan untuk menguis masuk bola sepakan sudut Hardi Jaafar.