Peminat Bola

Baca ni!!!

FC Ryukyu Kelab Devisyen 3 Jepun Intai Wan Zaharulnizam a.k.a Kecik

Wan Zaharulnizam
 Meskipun tidak berjaya menjejakkan kaki ke Sukan Olimpik 2012 Julai nanti, namun bakat pemain sayap skuad Olimpik Malaysia, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria yang lebih dikenali sebagai Kecik, berjaya mencuri tumpuan kelab Jepun, FC Ryukyu.


Mengesahkan perkara tersebut, jurulatihnya, Ong Kim Swee berkata, Wan Zaharul ditawarkan menjalani ujian percubaan bersama kelab Devisyen 3 berpangkalan di Okinawa itu, selepas agensi pencari bakat bola sepak, Japan Dream FA menonton aksinya sewaktu perlawanan kelayakan Olimpik menentang Jepun di Tosu September tahun lalu.




“Wakil FC Ryukyu datang berjumpa saya semasa perlawanan­ pertama menentang Jepun dan menyatakan minat terhadap Kecik.


“Tidak terhenti disitu, ejen tersebut turut menemui saya semula dalam perlawanan kedua menentang Jepun dan mereka sudah pun menyiapkan kertas kerja untuk melihat Kecik beraksi di Okinawa,” katanya yang berlepas ke Jordan pagi semalam untuk­ meneruskan perlawanan terakhir saingan kelayakan Olimpik, Malaysia bertemu Syria.


 


Mengakui teruja dengan hasrat kelab tersebut yang menyatakan sendiri minat mereka tanpa perlu disyorkan, Kim Swee turut mencadangkan penyerang Harimau Muda, Wan Zack Haikal kepada kelab tersebut bagi menjalani ujian bersama Kecik. 


   "Siapa tahu jika Wan Zack dapat mencuri perhatian mereka.kita ada dua wakil beraksi disana nanti "


my fwenz by Zack Haikal
Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam
 Ong Kim Swee menyatakan biarpun di devisyen ketiga,harapan nya mereka dapat beraksi satu musim disana.

Japan Dream FA adalah ajen pencari bakat bola sepak yang pernah menyatakan minat untuk membawa penjaga gol kebangsaan iaitu Khairul Fahmi untuk beraksi bersama kelab di sana.Namun hinga kini ianya melalui lisan sahaja.



Terengganu Buka Langkah Kanan


Manaf Mamat meledak gol tunggal untuk Terengganu  ketika
menentang Song Lam Nghe semalam



Saingan Piala AFC bagi dua pasukan dari Malaysia bermula dengan langkah kanan apabila Terngganu yang bertandang ke Vietnam bertemu dengan kelab Song Lam Nghe berjaya mengutip 3 mata penuh setelah menang 1-0 di stadium Vinh.
       Ini merupakan saingan pembukaan kumpulan F Piala AFC.Gol kemenangan dan juga gol tunggal perlawanan dijaring kan oleh Manaf Mamat pada minit ke 51 perlawanan.
      Bagi perlawanan kedua pula,skuad kendalian Mat Zan Mat Aris akan melayan kunjungan Kitcee FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 20 Mac ini.













Sementara itu,satu lagi wakil negara iaitu Kelanatan akan menetang juga kelab Vietnam iaitu Navibank Saigon FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 7 malam ini (7 Mac)