Peminat Bola

Baca ni!!!

Irfan Fazail Galas Tugas Kapten




Jurulatih skuad bawah 22 tahun negara, Ong Kim Swee melantik Irfan Fazail sebagai kapten pasukan untuk mengetuai skuad muda negara. 

Pemilihan Irfan sebagai kapten pasukan bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun di Myanmar bulan depan, sememangnya sudah dijangkakan memandangkan Irfan merupakan pemain paling berpengaruh dalam pasukan.

Menurut Kim Swee, faktor pemilihan Irfan juga disebabkan pengalaman pemain kelahiran Johor itu di peringkat antarabangsa serta pernah mengalas tanggungjawab sebagai keptan ketika Kim Swee membimbing pasukan bawah 16 tahun negara.

Bagi Irfan Fazail, tanggungjawab yang diamanahkan jurulatih Ong Kim Swee sememangnya tidak mudah kerana misi yang digalas untuk membawa pasukan melepasi Kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun.

Irfan berkata, membimbing rakan sepasukannya membentuk pasukan yang mantap sebelum bermulanya kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun memerlukan kesabaran namun diakui ketika ini mental rakan pasukannya tampak masih lagi belum bersedia sepenuhnya untuk mengatasi kekurangan serta kelemahan pasukan.

Ketika bersama skuad Kim Swee, Irfan meraih pingat emas Sukan Sea di Jakarta Novermber lalu. Irfan juga antara tiga pemain yang pernah beraksi secara pinjaman bersama Vion FC di Slovakia tahun lalu.

Malaysia diletakkan dalam kumpulan G bersama dengan Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Taiwan, dan Filipina dalam aksi kelayakan Piala AFC di Myanmar bermula 23 Jun depan.

Faizal Ada Ciri Kelas Dunia


           

         Jika dapat mengekalkan prestasi dan skil individu dipertingkatkan, penyerang hoki muda negara, Faizal Saari mampu menjadi bintang dunia, kata bekas pemain kebangsaan Mirnawan Nawawi.
           
        Menurutnya, kehadiran Faizal dalam pasukan kebangsaan sejak tiga tahun lalu memberikan impak, termasuk membantu skuad remaja meraih Piala Remaja Asia 2012.

            Pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang sedang berlangsung di Ipoh, Faizal mencuri tumpuan apabila menjaringkan dua gol bertaraf dunia ketika menentang Britain yang berakhir seri 3-3.

          “Faizal seorang penyerang yang serba boleh, bukan sahaja mampu meledak gol melalui jaringan padang tetapi juga melalui pukulan sudut penalti," katanya ketika dihubungi semalam.

            Faizal, 21, pemain kelahiran Rantau Panjang, Kelantan berjaya membantu skuad senior mengikat Britain 3-3 Khamis lalu, hasil dua gol cantik dalam perlawanan kedua Piala Sultan Azlan Shah 2012.

            Dia juga menjaringkan gol ketika membantu pasukan bimbingan Tai Beng Hai mencatat keputusan seri 1-1 menentang Korea Selatan sehari sebelum itu.

          Jelas Mirnawan, Faizal juga mempunyai ‘naluri pembunuh’ menjaringkan gol tidak kira melalui pukulan kencang mahupun pukulan kilas.

       “Saya harap dia dapat mengekalkan pretasi dan yang paling penting menjadi lebih baik. Dia juga tidak boleh cepat berpuas hati dengan tahap mahupun pencapaian yang dicatatkan sekarang.

        “Sebagai seorang pemain yang penting dalam skuad remaja mahupun senior, Faizal harus mencabar dirinya sendiri menjadi lebih baik dan jika mendapat tawaran beraksi di luar negara dia tidak harus melepaskannya," kata Mirnawan.



Sumber : Utusan Malaysia

Nazmi Faiz Di Jangka Sertai Kelab Portugal


Nazmi Faiaz
Perkembangan terbaru mengatakan bahawa bintang Harimau Muda Nazmi Faiz hampir pasti akan menyertai pasukan Division 1 di Portugal.
    Football Management International yang mengusahakan perpindahan pemain berusia 17 tahun itu walaubagaimanapun enggan mendedahkan identiti kelab itu dan butiran permohonan.
Tetapi Marco Guimaraes, pengarah bole sepak di Football Management International memberitahu akhbar Today bahawa kelab dari Portugal berminat dengan Nazmi Faiz.
"Kelab tersebut adalah kelab yang menduduki pertengahan Liga Primeira Portugal dan mereka sangat memuji Nazmi setelah menonton aksi Nazmi yang dirakamkan," kata Guimaraes kepada Today.
"Perpindahan ke Eropah akan membantu untuk mengembangkan bakatnya kerana dia akan menjadi berbahaya untuk beraksi dalam pasukan utama."
Tambahnya lagi: "Kami akan menyelesaikan beberapa perkara terkahir, Nazmi dan bapanya akan berangkat ke Portugal pada Ahad ini untuk membincangkan dengan kelab dan mungkin akan menandatangani pra-kontrak."
Nazmi Faiz hanya akan menyambut hari jadi ke-18 pada 16 Ogos dan hanya boleh mendapatkan kontrak profesional selepas itu, mengikut peraturan FIFA.


Sumber Dairpada : ESPN STAR

HOKI : Malaysia Layak Ke Piala Dunia 2013

      PEMAIN Malaysia Amir Farid Ahmad Fuzi (kanan) cuba melepasi pemain Jepun Sazaki Ren dalam aksi Piala Remaja Asia di Stadium hoki Bukit Serindit, semalam.  
     
       Jepun pula menjadi mangsa Skuad Hoki Remaja Kebangsaan selepas menumpaskan pasukan tersebut pada peringkat kumpulan dengan jaringan 3 berbalas 1,sekaligus menyaksikan Malaysia layak mengisi slot untuk Piala Dunia pada tahun 2013.Dengan kemenangan tersebut Malaysia memimpin peringkat kumpulan A dengan 9 mata.
       Terlebih dahulu Jepun mendahului dengan jarinngan pada minit ke-4, menerusi gerakan padang yang menarik oleh Mori Yohei,namun begitu Noor Faeez Ibrahim menceriakan penyokong apabila golnya pada minit ke-14 menyamakan kedudukan menerusi penalti conner yang disempurnakannya.
      Pertempunngan menarik pada aksi penutup kumpulna menyaksikan Jepun bukanlah lawan yang mudah untuk di tumpangkan,namun begitu sokongan padu yang diterima kira-kira 5000 penyokong menyaksikan kan,pemain negara menambah gol pada minit ke-57 oleh Muhammad Syahmim Mohd Yusuf sebelum Faisal Saari menyumbat gol ketiga pada minit ke-67 perlawanan sekali gus menutup peluang Jepun untuk mengikat skuad Kebangsaan


HOKI : Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia

Barisan Pemain-Pemain Hoki Remaja


Selepas gah membenam Iran dengan 6 berbalas 1 ,Skuad hoki remaja asia sekali cemerlang dengan membenam Korea Selatan dengan 6 berbalas 3. Hatrik daripada penyerang kebangsaan iaitu Faizal Saari ketika menewaskan Korea Selatan membolehkaan Malaysia menerajui carta kumpulan A Piala Remaja Asia 2012 di ukit Serindit,Melaka.
       Dengan Kemenangan kedua itu, Malaysia kine mengumpul ennam mata maksimum dan hanya memerlukan satu sahaja mata lagi untuk melangkah ke perlawanan sepaaruh akhir dengan perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Jepun pada hari Isnin (7 Mei 2012).
      Walaupun pasukan lawan mennguasai lima minit awal permainan tetapi pasukan kebangsaan berjaya membuka terai jaringan menerusi penyerang  Faizal Saari hasil pukulan sudut penalti pada minit keenam dan disusuli jaringan dengan Mohd Shamin Mohd Yusuf pada minit ke-13,namaun Kapten Korea Selatan Yang Jihun merapatkan jurang jaringan pada minit ke-22 sebelum tamatnya babak pertama.
      Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling membalas serangan namun Malaysia terlebih dahulu menyumbat gol ketiga menerusi Ahmad Farid Ahmad Fuzi pada minat ke-41.Faizal Saari sekali lagi menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk gol keempat Malaysia pada minit ke-45.
      Kelekaan benteng pertahanan Malaysia menyaksikan pasukan lawan menyumbat gol kedua pada minit ke-47.Namun begitu Malaysia kembali selesa apabila Faizal Saari sekali lagi muncul wira apabila menghasilkan gol cantik menerusi pukulan deras pada minit ke-56,sebelum sekali lagi Yang Jihun menyumbat gol ketiga Korea.
    Gol keenam muncul pada saat-saat akhir perlawanan apabila Kapten Pasukan Malaysia iaitu Muhammad Noor Faeez Ibrahim  menyempurna pukulan sudut penalti pada minit ke-67,memberikan keceriaan kepada semua penonton yang hadir memberikan sokongan kepada skuad Kebangsaan.





p/s :Malaysia akan menetang Jepun pada hari esok dengan perlawanan secara langsung menerusi     Astro Arena 801....=)