>>Empat pemain Harimau Muda A berlagu dendang perantau jika berdepan tugasan
Bak kata pepatah dulu lain,sekarang lain.Sekalippun pun masig di usia awal 20-an, sambutan lebaran empat permata muda bola sepak negara Fandi Othman, Izham Tarmzi Roslan, Syahrul Azwari Ibrahim dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria cukup berbeza selepas menyarung jersi belang Harimau Kebangsaan.
Sebagai pemain,keempat-empat jagoan muda ini sedar berjauhan dengan keluarga perkara biasa namun ada ketikanya, terutamanya ketika Aidilfitri , ia sesuatu yang cukup sayu sehingga mampu menitiskan air mata jika mendengar alunan takbir di perantauan ,jauh daripada insan tersayang.
Sedar kebanyakkan masa tiada di kampung halaman,berkorban untuk negara dan sering di hambat jadual yang padat,keempat-empat jagoan Haimau Muda ini mengakui amat bersyukur dapat beraya eraya bersama keluarga, pada tahun ini.
Seronok melihan keempat-empat bintang muda ini bergamar di studio NSTP buat pertama kali sambil berkongsi pengalaman beraya, sekalipun sambutan raya mereka bersama keluarga tahun ini cukup singkat kerana perlu menjalani latihan pusat seawal raya kedua.
Meskipun singkat, bagi mereka, ia satu peluang yang tidak boleh dilepaskan. Ikuti cerita pengalaman mereka yang di kongsi bersama.
FANDI Seronok
Kumpul Satu Keluarga
BERCERITA
pengalaman beraya, anak kelahiran kampong Majidee Johor Bahru ini mengakui
sudah tiga kali menyambut Aidilfitri di perantauan malah sudah merasainya seawall
usia 15 tahun lagi.
“Setakat ini, sudah tiga kali saya beraya
sebagai perantauan dan kali terakhir dua tahun lepas di Slovakia. Kalau nak
cerita pengalaman memang terlalu banyak tapi semuanya sedih sebab kita
berjauhan dengan keluarga,” katanya yang kini berusia 20 tahun.
Selain Slovakia Fandi juga pernah beraya
di Australia ketika mewakili Negara dalam kejohanan bawah 15 tahun dan
Uzbekistan, bawah 16 tahun.
Beraya di Johor tahun ini, Fandi berkata
suasana raya bersama keluarganya di kampong halaman cukup istimewa kerana semua
adik-eradiknya dapat berkumpul.
“Agak istimewa kerana semua adik-beradik
saya dapat berkumpul di pagi raya. Abang saya bekerja di Pulau Pinang, adik di
Melaka dan saya di Kuala Lumpur jadi susah kami nak berkumpul bersama. Namun
tahun ini semuanya balik beraya di kampong jadi suausana pastinya meriah.”
Selain bermaaf-maafan dengan ibu Fauziah
Yusof dan ayah Othman Idris, sanak-saudara dan rakan-rakan, Fandi yang menggemari
masakan nasi ayam di pagi raya juga gembira berpeluang menikmati masakan
kegemaran itu bersama-sama keluarga.
“Selepas
bergelar pemain ini, memang makin ramai tetamu dating ke beraya ke rumah namun
saya seronok dengan suasana itu. Bukan senang saya nak dapat beraya bersama
keluarga seperti ini.Malah saya juga sediakan duit raya untukmereka kerana ia
setahun sekali,” kata anak keempat dari lima adik-beradik ini yang pernah
beraya di Singapura bersama keluarga.
KECIK Mengalir Air Mata
SEKALIPUN
memiliki susuk tubuh tegap dan berwajah macho, pemain kelahiran Kampung
Kedemit, Wakaf Baru Kelantan, Wan Zaharulnizam atau lebih dikenali sebagai
kecik tidak segan mengakui menitis air mata ketika terpaksa beraya di Slovakia.
“Cukup sedih kerana suasananya amat sayu
ketika itu. Hanya rakan-rakan seperjuangan menjadi penghibur kami.Malah ramai
rakan-rakan turut menangis,” akui anak kedua dari empat adik-beradik ini.
“Kalau nak di bandingkan beraya di kampong
halaman dan di luar, perbezaannya cukup banyak. Raya kami tahun ini juga agak
singkat kerana pada hari raya kedua kami semua sudah kena berada di FAM untuk
latihan. Jadi peluang yang singkat inilah kami gunakan sebaik mungkin.”
Bercerita
samutan raya di kampungnya tahun ini, pemain sayap lincah ini berkata ia agak
meriah kerana keluarganya akan menjemput seluruh Jemaah surau untuk menjamu
selera di rumahnya selepas solat Aidilfitri.
“Rumah saya memang betul-betul sebelah
surau jadi selepas solat sunat Aidilfitri, keluarga saya akan mengadakan rumah
terbuka menjamu semua tetamu,”kata anak pasangan Wan Zakaria Wan Semail dan
Maziah Jussuh ini.
Mengakui agak nakal dan masih bermain
merecun namun tidaklah sehingga membahayakan, Kecik menjadikan nasi dagang buatan
emaknya sebagai makanan kegemaran di pagi raya.
“Memang selepas ergelar pemain
Kebangsaan ini rumah tidak pernah kosong, ada saja kunjungan dari peminat dan
itulah kemeriahan berhari raya.”
SYAHRUL Berpeluh Di
Pagi Raya
CUKUP menarik aktiviti yang
dilakukan oleh penyerang licik ini kerana setiap pagi raya, selepas menunaikan
solat sunat Aidilfitri, seluruh penduduk kampongnya Kampung Manal Tanah Merah,
Kelantan akan berkumpul untuk bermain futsal.
“Saya mempunyai empat abang dan termasuk
saya, kami akan bermain sebagai satu pasukan jadi ia memang cukup istimewa dan
merapatkan lagi hubungan antara kami. Dan selepas habis bermain, barulah
aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah sanak-saudara, kata anak ketujuh dari
lapan orang adik-beradik ini.”
Mengakui perayaan aidilfitri yang disambut
ketika ini amat berbeza dari zaman kanak-kanaknya, Syahrul yang baru berusia 19
tahun ini sedar itulah pengorbanan yang terpaksa di lakukan untuk bergelar
pemain berjaya
“Setiap
kali raya saya tidak akan melepaskan untuk merasai kuih Dahlia dan nasi ayam
gulai yang menjadi makanan wajib hari raya bagi saya,” katanya yang seronok
dapat beraya di kampong halaman keluarganya apabila dapat berjumpa semua rakan,
saudara dan erborak panjang.
Turut berpengalaman beraya di Slovakia,
anak lelaki Ibrahim Ahmad dan Salma Mamat ini akui oa pengalaman yang tidak
dapt di lu[pakannya.
“Bukan saya saja yang sedih sedih,
rakan-rakan semua sama jadi ia tidak begitu terasa. Sambutan di sana memang tiada
namun kami tetap bertakir. Bersolat Aidilfitri yang diimamkan fisioterapi,
abang Mohd Nasrul Ahmad Tajuddun.”
IZHAM Bakar Satay Pagi
Raya
“ISTIMEWANYA sambutan Aidilfitri di rumah
saya, setiap pagi raya kami sekeluarga akan bakar satay dan bagi saya, satay
yang dibakar sendiri cukup enak dan berbeza dari yang dibeli di lua,”kata
Izham, 21 tahun yang juga penjaga gol utama Harimau Muda A ini.
Mengakui jarang pulang ke kanpung halaman akibat tugasan bersama pasukan,
sambutan raya di kampong kelahiran di Marang Terengganu tidak akan dipersiakan
dengan mengunjungi sanak saudara selain sibuk dengan persiapan raya.
Gembira dapat menyambut lebaran bersama tahun ini, pengalamn beraya di
Slovakia dua tahun lalu menjadi perayaan paling sayu pernah di hadapi.
“Siapa yang tidak bersedih berhari raya bersama-sama kawan sahaja malah
suasananya juga tidak meriah, tidak banyak perkara yang boleh boleh kami buat.
Tetapi dalam sedih, ia sedikit terubat dengan kehaddiran rakan sepasukan,” kata
anak kedua dari lapan orang adik-beradik ini.
Dengan karier semakin erkemang, Izham berkata rumahnya akan di penuhi
bukan saja keluarga, malah rami kawan-kawan turut dating beraya menjadikan
suasana di rumahnya menjadi amat meriah.
“Memang seronok dapat berbual, makan beramai-ramai bersama keluarga dan
saya juga mengeluarkan wang untuk memberi duit raya,” kata anak pasangan Roslan
Ngah dan Fauziah Abdullah.
p/s : maaflah sebab ada gambar yang tak erapa clear.....
SUMBER : BERITA HARIAM (BOLA)
best dpt beraya diperantauan. lain suasana dan pengalaman.. siapa nak cube boleh s hubungi mahira holiday homes and car rental pty ltd (AUSTRALIA). mereka ada 6 buah bungalow holiday yang disewakan kpd org islam seluruh dunia. subhanaAllah facility yg disediakan amat lah baik dan puas hati. rate mereka memang competatitve. owner memang sgt baik dan helpful. servis memang yg terbaik. saya juga pernah baca ramai org comment tentang mahira holiday homes and semuanya pujian dan komen positive. mereka sgt menitikberatkan service yg baik. memang thumb up. rumah2 mereka semua sgt selesa dan dilengakapi dengan segala2 termasuk mesin basuh dan dapur. thn lepas saya ada cuba mengikut trip yg dianjurkan mereka ke NZ. wahh memang terbaikkkk.. tak rushing dan tempat penginapan , mknan semua berbaloi dengan harga yg dicaj. saya memang rekomen mereka kpd sesiapa yg mahu ke perth dan NZ. anak owner ada disini +60123360098 boleh call dan tanya. try lahhh.. memang best beraya di perth. mereka siapkan pakej ikut sembahyang terawih, sambut raya dan mcm mcm lg :)
ReplyDelete