Dua pemain FC Ryukyu,Wan Zack Haikal Wan Nor dan Mohd Nazirul Naim Che Hashim berazam menyajikan persembahan penuh bertenaga sepanjang berkelana di Negara “Matahari Terbit” itu.
Mereka yang di lepaskan daripada skuad Harimau Muda A mahu membalas kepercayaan diberikan dan bertekad menggunakan pengalaman yang dimiliki bagi merebut posisi utama Ryukyu.
Jelas mereka, ini peluang keemasan
Mereka yang di lepaskan daripada skuad Harimau
Muda A mahu membalas kepercayaan diberikan dan bertekad menggunakan pengalaman
yang dimiliki bagi merebut posisi utama Ryukyu.
Jelas mereka, ini peluang keemasan yangtidak
harus di sia-siakan dan akan memberi komitmen 100 peratus dalam latihan dalam
usaha menambat pengendali pasukan Norihiro Satsukawa.
Selepas beberapa minggu berkelana di
Okiniwa,Jepun, Wan Zack akhirnya Berjaya melakukan debut pertama bersama pasukan divisyen tiga Jepun (JFL) FC RYUKYU 13 April lalu.
Pemain sayap kebangsaan itu membantu kemenangan
ketiga pasukan dengan mengalahkan cabaran Sagawa Printing 2-1 di stadium
Okinawa City Athletics.
Dia yang
di beri peluang julung kali membarisi skuad utama FC Ryukyu akui takut melakukan
kesilapan pada penampilan di Stadium Okinawa City Athletics.
“Pada babak pertama saya dihantui perasaan
takut kerana saya perlu memahami pergerakan rakan sepasukan.
“Lagipun,ini kali pertama saya bermain di liga
Jepun selepas hanya menjalini latihan luar padang.Alhamdulillah,segalanya dapat
diatasi menjelang babak kedua dan saya dapat bermain seperti biasa”,katanya.
Begitu pun, anak jati Pahang itu agak kesal
kerana gagal menampilkan permainan cemerlang dan beraksi di bawah tahap
keupayaan sebenar.
Namun dia, berazam terus memperbaiki segala
kelemahan yang ada dan mengakui banyak benda perlu sipelajari sepanjang tempoh
berkelana di Okinawa.
NAIM MENANTI
PELUANG
Bagi Naim, dia masih menunggu peluang beraksi
sepertimana di kecapi Wan Zack Haikal.
Jelasnya, dia menghadapi kesukaran
berkomunikasi dengan rakan sepasukan namun segalanya apat diatasi selepas
beberapa hari bersama menjalani latihan di padang.
“Kami semua dilayan sama rata dan setiap pemain
diberi peluang untuk menjalani latihan dengan pasukan utama.
“Memang niat di hati ingin beraksi tapi saya percaya
masa itu akan tiba nanti. Saya sentiasa menggandakan mutu permainan danterserah
kepada jurulatih bila untuk menyenaraikan syay untuk yurun bermain.
“Saya sedia memberikan perkhidnatan pada
bila-bila masa diperlukan,”kata Naim yang diletakkan pada posisi pertahanan
kiri
MULA RINDU MASAKAN KELUARGA
Lumrah manusia apabial berhijrah ke luar Negara
factor pemakanan sering kali menjadi satu isu besar.
Tapi, Wan Zack dan Naim enggan memikirkan
perkara berkenaan kerana ia merupakan satu cabaran setiap pemain seluruh dunia.
“Memang rindu masakan di Malaysia,tapi keluarga
ada hantar bekalan makanan dan kami selalu masak sendiri.
“Ikan,sayur semuanya kami beli di kedai. Kalau
ikan kami akan masak pedas atau masak kicap. Kami akan bergilir-gilir memasak
tengok siapa yang tidak penat,kalau masing-masing penah kami akan makan di luar
saja.
Di sini kami selalu memasak kerana susah juga
untuk mencari makanan halaldi luar. Kami akan bergilir-gilir memasak,kalau pagi
kami selalu buat cucur udang,” kata mereka.
BUKAN
HANGAT-HANGAT TAHI AYAM
Ditanya sejauh mana mereka boleh bertahan
menjalani cabaran hidup sebagai pemain bola sepak di sana, Wan Zack Haikal
menegaskan akan cuba mengubag persepsi buruk peminat bola sepak tanah air
terhadap pemain Negara.
“Itu persepsi orang,saya tidak boleh berbuat
apa-apa, saya Cuma boleh buktikan mereka hanya bercakap kosong.
“Saya akan buktikan mampu mencipta sesuatu di
sini,”katanya.
Sebelum ini pemain tempatan seperti dilanda
sindrom tidak mampu bertahan lama di luar Negara dengan kes terbaru membabitkan
pemain muda Negara Muhammad Faiz Nazmi Mansor yang menamatkan kontrak awal
bersama SC Beira- Mar dan Fakri Saarani dari Atlentico SC di Portugal.
“Wan Zack pemain yang bagus, dia mampu bergerak ke kiri dan kanan.Cuma dia gugup pada penampilan pertama,” Jurulatih FC Ryukyu, Norihiro Satsukawa
“Kualiti yang ada pada Wan Zack memang tidak
boleh di sangkal lagi dan dia memang seorang pemain yang memiliki kualiti
tersendiri,” Kapten FC Ryukyu, Yugo Inchiyanagi.
SEKITAR GAMBAR WAN ZACK HAIKAL DAN NAZIRUL NAIM DI JEPUN
![]() |
Rakaman Sehari Bersama Nazirul Naim |
![]() |
lunch time |
![]() |
Sesi Latihan |
![]() |
Wan Zack (Belakang Kiri) berada dalam kesebelasan utama FC Ryukyu |
![]() |
Aksi pertama Wan Zack |
Sumber Berita : Sinar Harian
Gambar : Instagram Wan Zack dan Nazirul Naim