Di
Stadium Shah Alam, Selangor meleburkan rekod tanpa kalah Perak dalam kempen
Piala Malaysia selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-1.
Safiq Rahim
membuktikan dia masih mempunyai bisa untuk bermain dengan skuad kebangsaan
apabila meledak dua jaringan awal melalui sepakan percuma pada minit ke-12 dan
ke-57.
Mohd. Amirulhadi Zainal memberikan keselesaan dengan gol ketiga
pada minit ke-62 selepas... berjaya mengelak diri daripada berada pada kedudukan
ofsaid.
Perak berjaya mencuri satu gol melalui Mohd. Failee Mohd. Ghazli
pada minit ke-76.
Terengganu mencatat kemenangan berharga
3-1 ke atas juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan dalam perlawanan tegang
dengan lima kad merah dilayangkan oleh pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Ismail Faruqi meletakkan skuad
Penyu mendahului pada minit ke-43 ketika Kelantan bermain dengan sembilan
pemain, selepas Shakir Shaari dan Mohd. Daudsu Jamaludin meneri...ma kad merah
pada minit ke-31 dan 34.
Kegembiraan Ismail tidak bertahan lama apabila
Nafeez menghadiahkan kad merah kepada penjaring gol pertama Terengganu itu pada
penghujung separuh masa pertama akibat menerima dua kad kuning.
Ketua
pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi kembali memastikan Kelantan berada pada
landasan apabila menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit
ke-78.
Namun, Terengganu memastikan Kelantan pulang hampa apabila Abdul
Manaf Mamat memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-88, sebelum tonggak
pertahanan Peteh, Marzuki Yusof menambah derita Red Warriors pada masa
kecederaan separuh masa kedua.
Dua lagi kad merah dilayangkan oleh
pengadil sebelum perlawanan berakhir apabila pertahanan Terengganu, Zubir Azmi
dan pertahanan Kelantan, Aziz Ismail bergaduh sebelum perlawanan
berakhir.
Di
Stadium Likas, Sabah gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri
apabila tewas 1-2 kepada T-Team.
Bekas pemain kebangsaan, Indra Putra
Mahayudin meletakkan T-Team di hadapan pada minit ke-34, sebelum Alto Linus
kembali menghidupkan harapan Sabah dengan gol penyamaan pada minit
ke-46.
Namun, lima minit sebelum permainan tamat, Indra Putra muncul wira
T-Team dengan menjaringkan gol kemenangan bagi memastikan pasukan Pantai Timur
itu pulang ke Kuala Terengganu dengan membawa kelebihan satu gol.
Felda United mengejutkan naib juara Piala Malaysia edisi
lalu, Negeri Sembilan menerusi jaringan tunggal Mohd Badrul Azam Mohd Zamri pada
minit ke-58 di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya, Kelana Jaya.Sumber: Utusan Malaysia dan Sokernet.com
No comments:
Post a Comment
DAH BACA?KOMEN LAH.....
SATU PUN JADI LAH,TAPI KALAU LEBIH LAGI HAPPY...
HIHIHIHI...