 |
MALAYSIA vs. MYANMAR |
Misi Pasukan Bola Sepak Harimau Muda untuk mempertahankan pingat Emas masih terus
membara apabila berjaya melangkah ke peringkat FINAL. Perlawanan sengit antara
Malaysia dengan Myanmar akhirnya membuahkan hasil kepada skuad Negara apabila Ahmad Fakri Saarani muncul sebagai wira menjaringkan gol kemengangan 1-0 pada
perlawanan separuh akhir semalam.
Bagaimanapun, malang
nasib jurulatih pasukan Harimau Muda, Ong Kim Swee, kerana beliau hanya
dibenarkan menonton di tempat penonton berikutan kes semasa menentang Indonesia
kelmarin. Sudahlah menonton di tempat penonton, malah beliau tidak dibenarkan
meraikan kejayaan anak buahnya apabila tidak dibenarkan masuk ke padang pada tamatnya perlawanan menentang Myanmar.
Mengulas
aksi anak buanhnya, Kim Swee mengakui, skuad Negara gagal menunjukkan aksi yang
di harapkan terutamanya pada babak pertama. Walaubagaimanapun, pada babak
kedua, mereka mula menunjukkan “taring ”
mereka sehingga berjaya menjaring gol pada lewat perlawanan.
Harimau
Muda terlepas peluang keemasan apabila sepakan Irfan Fazail berjaya disambut
penjaga gol Myanmar di awal permainan.Dengan kemasukan Izzaq Faris Ramlan
menggantikan Syahrul Azwari pada minit 72 telah membawa “luck”
apabila hantarannya berjaya ditolak masuk oleh Ahmad Fakri. Dengan gol Ahmad Fakri, skuad bola sepak bawah
23 tahun telah berjaya ke Final menentang tuan rumah buat kali ke-2. Pada tahun 2009, Ahmad Fakri Saarani juga pernah menjaringkan gol kemenangan yang membawa Malaysia ke peringkat akhir. Perlawanan yang mendebarkan kembali semula apabila Malaysia
akan menentang Indonesia buat kali kedua dalam perlawanan bola sepak Sukan Sea
2011. Perlawanan Akhir akan berlangsung pada 21 November 2011, jam 8:30 malam
di rtm tv1, tv3 dan astro Arena(801).
Berharap Skuad Bola Sepak Malaysia tidak menghampakan rakyat Malaysia
dan BERJAYA untuk menjadi juara Sukan Sea 2011 dalam acara bola sepak… GO
MALAYSIA!!!
 |
Skuad Harimau Muda Membuat latihan untuk menentang Myanmar
 |
Kim Swee ingin melakukan rombakan kecil |
|
 |
GEMBIRA...Meraikan gol kemenangan yang di jaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani (jersi 13) |
 |
Meraikan kejayaan bersama pasukan setelah berjaya ke FINAL
 |
Skuad Negara Gembira apabila wisel penamat berbunyi, membawa mereka ke FINAL |
|
 |
sangat GEMBIRA....MALAYSIA BERJAYA KE FINAL |