SYABAS MALAYSIA
ALHAMDULILLAH… Misi untuk Malaysia mendapatkan “Ibu Segala
Pingat” telah tercapai apabila Skuad Pasukan Bola Sepak Harimau Muda telah
berjaya menewaskan Skuad Garuda Indonesia. Dengan kejayaan 4-3 melalui sepakan
penalti kerana perlawanan seri 1-1, telah berjaya membuat rakyat Malaysia
bangga. Perlawanan akhir yang cukup
sengit dan mendebarkan apabila menentang pasukan tuan rumah. Perlawanan yang
tidak cukup dengan masa tambahan, telah membawa kepada sepakan penalti yang
sememangnya membuat kita gelisah. Tetapi, Malaysia mempunyai penjaga gol tidak
asing lagi hebatnya, iaitu Khairul Fahmi Che Mat yang telah menyelamatkan
banyak hantaran bola daripada pihak lawan. Tidak ketinggalan juga, penghormatan
kepada Kapten Harimau Muda iaitu
Badrol Bakhtiar, yang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang. Tidak
lupa juga kepada semua Skuad bola sepak Malaysia yang bertungkus lumus untuk
membuat rakyat Malaysia bangga.
Hantaran daripada Badrol Bakhtiar kepada
Asraruddin telah menyamakan kedudukan kepada 1-1 apabila Indonesia terlebih
dahulu menjaringkan gol di awal permainan. Malangnya, jaringan yang seawal
minit ke-5 tidak membawa kemenangan kepada skuad Garuda Indonesia kerana
sepakan penalti lebih menyebelahi Skuad Harimau Muda. Daripada 5 sepakan
penalti, Skauad bawah 23 tahun itu telah berjaya melancarkan 4 sepakan membolosi gawang yang di kawal oleh penjaga gol Indonesia.
Sepakan ketiga daripada pemain Malaysia iaitu Ahmad Fakri Saarani, telah
membuat kita sedikit gelisah, namun tangkapan kemas oleh Khairul Fahmi daripada
pemain berjersi 17 telah membuatkan pemain Indonesia itu kecewa. Dengan itu,
ini telah memberi keyakinan kepada
pemain Malaysia melalui sepakan
penalti terakhir yang telah
dijayakan oleh Badrol Bakhtiar seterusnya membawa kepada Kemenangan Malaysia.
Pertembungan
kedua antara Malaysia dengan Indonesia selepas perlawanan penentuan juara
kumpulan A, sememangnya begitu sengit. Pemain Indonesia lebih bertenaga dan bersemangat
menentang Malaysia pada perlawanan akhir. Ini ditunjukkan apabila mereka
terlebih dahulu menjaringkan gol di awal permainan.
Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya
mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal
permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah
terdiam.
Setiap
kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak
pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi,
komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan
penalti Ferdinan Sinaga.
Dan ketua pasukan, Baddrol
Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua
tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan PINGAT EMAS buat kali
pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.
Kebetulan, kali terakhir Malaysia
berjaya mempertahankan gelaran bola sepak secara berturut-turut adalah di
Jakarta pada 1979 ketika menewaskan Indonesia 1-0 hasil jaringan Allahyarham
Datuk Mokhtar Dahari.
Ong Kim Swee berpendapat, Keletihan
mereka sepanjang saingan bukan kerana lawan kuat tapi perjalanan ke stadium
temu Indonesia peringkat kumpulan dan final... keletihan ini berbaloi.
Seterusnya, skuad negaraakan menentang Syria malam esok (23 Nov. 2011). SEMOGA BERJAYA....
|
No comments:
Post a Comment
DAH BACA?KOMEN LAH.....
SATU PUN JADI LAH,TAPI KALAU LEBIH LAGI HAPPY...
HIHIHIHI...