Penyokong yg hadir menyokong pasukan negara.. diHARAP penyokong negara tidak berputus asa memberikan sokongan..
Pada separuh masa kedua, Mahalli
Jasuli memastikan Malaysia semakin tepat berada di landasan kemenangan pada
mulanya apabila memanfaatkan kesilapan penjaga gol Bahrain, Ashraf Waheed
Azsebaie yang gagal menangkap kemas percubaan awal pemain bek kanan itu sebelum
merembat cantik untuk gol kedua pada minit ke-67.
Ketiadaan pemain tunggak seperti Muslim Ahmad, K. Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan
dan Ahmad Fakri Saarni mungkin juga punca pasukan Negara hilang arah. Pemain yang
kurang cergas seperti Wan Zack Haikal, Syahrul Azwari dan Irfan Fazail yang
terhincut-hincut semasa dalam permainan menyebabkan mereka kurang perhatian. Seperti
kata jurulatih negara, Ong Kim Swee, “Saya tidak tahu bagaimana mahu cakap.
Lima minit, semuanya berubah. Saya terpaksa menerima hakikat skuad ini tidak
mempunyai ramai pemain tengah”.
Barisan pertahanan negara jelas
bermain terlalu buruk pada detik 15 minit perlawanan untuk ditamatkan dengan
banyak memberikan ruang kepada Bahrain di samping tindakan bijak jurulatih
Bahrain, Salman Shareeda memasukkan dua pemain gantian, Saad Sazah dan Isa
Ahmed yang banyak membuatkan pertahanan Malaysia hilang arah di samping faktor
kepenatan memainkan peranan kebangkitan Bahrain. Layangan kad merah kepada
salah seorg pemain Baharin tidak memberikan kesan terhadap pasukan mereka. Pada
minit-80, gol pertama berjaya dilakuakn dgn
sepakan gunting daripada pasukan Baharin. Seterusnya gol kedua pada minit-84
sebelum menambah gol pada 2 minit kemudian. Ini juga menyebabkan Malaysia kecundang
dalam masa 5 minit dengan kedudukan 2-3. Kesilapan ini diharap tidak membuat
psaukan Negara berputus asa untuk perlawanan seterusnya..
 |
KECEWA.... skuad Negara selepas tamat perlawanan
 |
MURUNG..... Tewas 2-3 ke atas Baharin
|
|
Kekalahan itu menjadikan Malaysia
mengungguli tangga tercorot Kumpulan C dengan peluang tipis untuk layak menjelang 3
aksi timbal balik tahun depan. Sekarang Jepun menguasai dengan 9 mata maksimum
daripada 3 perlawanan setakat ini. Seterusnya Syria ditempat kedua sementara
pasukan negara di tempat tercorot tanpa sebarang mata.
Kali terakhir, pasukan negara layak
ke olimpik pada tahun 1980 di Mosco Rusia. Namun Malaysia membatalkan
penyertaan selepas kerajaan memboikot temasya itu. Aksi seterusnya Malaysia selepas ini ialah
berhadapan Bahrain sekali lagi di tempat lawan pada 5 Februari 2012.
JADUAL PERLAWANAN KUMPULAN C.
Malaysia, Jepun, Syiria dan Bahrain
21 September 2011- SYRIA lwn BAHRAIN
21 September 2011- JEPUN lwn MALAYSIA
23 November 2011- BAHRAIN lwn JEPUN
23 November 2011- MALAYSIA lwn SYRIA
27 November 2011- JEPUN lwn SYRIA
27 November 2011- MALAYSIA lwn BAHRAIN
5 Feb 2012- SYRIA lwn JEPUN
5 Feb 2012- BAHRAIN lwn MAlAYSIA
22 Feb 2012- BAHRAIN lwn SYRIA
22 Feb 2012- MALAYSIA lwn JEPUN
14 Mac 2012- SYRIA lwn MALAYSIA
14 Mac 2012- JEPUN lwn BAHRAIN
|
No comments:
Post a Comment
DAH BACA?KOMEN LAH.....
SATU PUN JADI LAH,TAPI KALAU LEBIH LAGI HAPPY...
HIHIHIHI...