Setelah berjaya di
perlawanan akhir bola sepak sukan sea di Indonesia pada 21 November , skuad Harimau Muda sekali
lagi diuji dalam perlawanan pusingan kelayakan olimpik menentang Syria pada 23 November, selang
sehari selepas menentang Indonesia di Sukan Sea.
Skuad Malaysia
berjaya menampilkan aksi terpuji selepas terpaksa akur tewas 0-2 menentang
Syria. Walaubagaimanapun, penyerang, Ahmad Fakri Saarani berusaha melakukan serangan di
awal
minit ke-20 permainan, namun melepasi gawang gol. Skuad Negara berjersi kuning-hitam dalam perlawanan tersebut,
mendapat sokongan padu daripada rakyat Malaysia kira-kira 20 ribu penyokong.
Anak-anak buah Ong Kim Swee berjaya memberi tentangan di awal permainan
menerusi beberapa gerakan bahaya. Tanpa jaringan di babak pertama, kedua-dua
pasukan berusaha memburu jaringan sebelum rehat. Syria yang meningkatkan permaina di babak
kedua berjaya memecahkan kebuntuan selepas Sulaiman (pemain syria) pantas
menanduk gol pertama pada minit ke 51. Pemain Negara terus diasak. Mujur
penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat merangkap Kapten pada perlawanan ini banyak
menyelamatkan keadaan. Dikala keletihan mula mengganggu skuad Harimau, pemain lawan sekali lagi berjaya menjaringkan gol apabila berjaya memaparkan
kesilapan benting Negara pada minit ke-88. Dengan ini, Syria mengumpul 6 mata
sekaligus berkongsi kedudukan teratas dengan Jepun.
Jadual Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012
![]() |
Skuad Harimau Muda |
![]() |
GO MALAYSIA!!! |
No comments:
Post a Comment
DAH BACA?KOMEN LAH.....
SATU PUN JADI LAH,TAPI KALAU LEBIH LAGI HAPPY...
HIHIHIHI...