Peminat Bola

Baca ni!!!

NAZMI FAIZ DALAM PERMAINAN VIDEO Pro Evolution Soccer 2013


Photobucket
Nampaknya bakat pemain bola sepak Nazmi Faiz Mansor semakin terkenal dan diiktiraf  apabila wataknya dimainkan dalam permainan video terbaru Pro Evolution Soccer 2013. Dia bermain untuk pasukan BEFMAXAO (iaitu S.C Beira Mar).
Pro Evolution Soccer 2013

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Buat pengetahuan anda juga, Nazmi juga ialah satu watak dalam permainan video FIFA 13 yang terbaru.


SUMBER : beautifulnara.com

RAYA 4 SEKAWAN (Aidilfitri Penuh Kenangan)

     >>Empat pemain Harimau Muda A berlagu dendang perantau jika           berdepan tugasan



            Bak kata pepatah dulu lain,sekarang lain.Sekalippun pun masig di usia awal 20-an, sambutan lebaran empat permata muda bola sepak negara Fandi Othman, Izham Tarmzi Roslan, Syahrul Azwari Ibrahim dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria cukup berbeza selepas menyarung jersi belang Harimau Kebangsaan.
            Sebagai pemain,keempat-empat jagoan muda ini sedar berjauhan dengan keluarga perkara biasa namun ada ketikanya, terutamanya ketika Aidilfitri , ia sesuatu yang cukup sayu sehingga mampu menitiskan air mata jika mendengar alunan takbir di perantauan ,jauh daripada insan tersayang.
            Sedar kebanyakkan masa tiada di kampung halaman,berkorban untuk negara dan sering di hambat jadual yang padat,keempat-empat jagoan Haimau Muda ini mengakui amat bersyukur dapat beraya eraya bersama keluarga, pada tahun ini.
            Seronok melihan keempat-empat bintang muda ini bergamar di studio NSTP buat pertama kali sambil berkongsi pengalaman beraya, sekalipun sambutan raya mereka bersama keluarga tahun ini cukup singkat kerana perlu menjalani latihan pusat seawal raya kedua.
          Meskipun singkat, bagi mereka, ia satu peluang yang tidak boleh dilepaskan. Ikuti cerita pengalaman mereka yang di kongsi bersama.



FANDI Seronok Kumpul Satu Keluarga

BERCERITA pengalaman beraya, anak kelahiran kampong Majidee Johor Bahru ini mengakui sudah tiga kali menyambut Aidilfitri di perantauan malah sudah merasainya seawall usia 15 tahun lagi.
      “Setakat ini, sudah tiga kali saya beraya sebagai perantauan dan kali terakhir dua tahun lepas di Slovakia. Kalau nak cerita pengalaman memang terlalu banyak tapi semuanya sedih sebab kita berjauhan dengan keluarga,” katanya yang kini berusia 20 tahun.
      Selain Slovakia Fandi juga pernah beraya di Australia ketika mewakili Negara dalam kejohanan bawah 15 tahun dan Uzbekistan, bawah 16 tahun.
       Beraya di Johor tahun ini, Fandi berkata suasana raya bersama keluarganya di kampong halaman cukup istimewa kerana semua adik-eradiknya dapat berkumpul.
       “Agak istimewa kerana semua adik-beradik saya dapat berkumpul di pagi raya. Abang saya bekerja di Pulau Pinang, adik di Melaka dan saya di Kuala Lumpur jadi susah kami nak berkumpul bersama. Namun tahun ini semuanya balik beraya di kampong jadi suausana pastinya meriah.”
     Selain bermaaf-maafan dengan ibu Fauziah Yusof dan ayah Othman Idris, sanak-saudara dan rakan-rakan, Fandi yang menggemari masakan nasi ayam di pagi raya juga gembira berpeluang menikmati masakan kegemaran itu bersama-sama keluarga.
       “Selepas bergelar pemain ini, memang makin ramai tetamu dating ke beraya ke rumah namun saya seronok dengan suasana itu. Bukan senang saya nak dapat beraya bersama keluarga seperti ini.Malah saya juga sediakan duit raya untukmereka kerana ia setahun sekali,” kata anak keempat dari lima adik-beradik ini yang pernah beraya di Singapura bersama keluarga.


KECIK Mengalir Air Mata 


  SEKALIPUN memiliki susuk tubuh tegap dan berwajah macho, pemain kelahiran Kampung Kedemit, Wakaf Baru Kelantan, Wan Zaharulnizam atau lebih dikenali sebagai kecik tidak segan mengakui menitis air mata ketika terpaksa beraya di Slovakia.
      “Cukup sedih kerana suasananya amat sayu ketika itu. Hanya rakan-rakan seperjuangan menjadi penghibur kami.Malah ramai rakan-rakan turut menangis,” akui anak kedua dari empat adik-beradik ini.
       “Kalau nak di bandingkan beraya di kampong halaman dan di luar, perbezaannya cukup banyak. Raya kami tahun ini juga agak singkat kerana pada hari raya kedua kami semua sudah kena berada di FAM untuk latihan. Jadi peluang yang singkat inilah kami gunakan sebaik mungkin.”
         Bercerita samutan raya di kampungnya tahun ini, pemain sayap lincah ini berkata ia agak meriah kerana keluarganya akan menjemput seluruh Jemaah surau untuk menjamu selera di rumahnya selepas solat Aidilfitri.
        “Rumah saya memang betul-betul sebelah surau jadi selepas solat sunat Aidilfitri, keluarga saya akan mengadakan rumah terbuka menjamu semua tetamu,”kata anak pasangan Wan Zakaria Wan Semail dan Maziah Jussuh ini.
        Mengakui agak nakal dan masih bermain merecun namun tidaklah sehingga membahayakan, Kecik menjadikan nasi dagang buatan emaknya sebagai makanan kegemaran di pagi raya.
       “Memang selepas ergelar pemain Kebangsaan ini rumah tidak pernah kosong, ada saja kunjungan dari peminat dan itulah kemeriahan berhari raya.”
                        
   
                  SYAHRUL Berpeluh Di Pagi Raya


CUKUP menarik aktiviti yang dilakukan oleh penyerang licik ini kerana setiap pagi raya, selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, seluruh penduduk kampongnya Kampung Manal Tanah Merah, Kelantan akan berkumpul untuk bermain futsal.
      “Saya mempunyai empat abang dan termasuk saya, kami akan bermain sebagai satu pasukan jadi ia memang cukup istimewa dan merapatkan lagi hubungan antara kami. Dan selepas habis bermain, barulah aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah sanak-saudara, kata anak ketujuh dari lapan orang adik-beradik ini.”
       Mengakui perayaan aidilfitri yang disambut ketika ini amat berbeza dari zaman kanak-kanaknya, Syahrul yang baru berusia 19 tahun ini sedar itulah pengorbanan yang terpaksa di lakukan untuk bergelar pemain berjaya
         “Setiap kali raya saya tidak akan melepaskan untuk merasai kuih Dahlia dan nasi ayam gulai yang menjadi makanan wajib hari raya bagi saya,” katanya yang seronok dapat beraya di kampong halaman keluarganya apabila dapat berjumpa semua rakan, saudara dan erborak panjang.
       Turut berpengalaman beraya di Slovakia, anak lelaki Ibrahim Ahmad dan Salma Mamat ini akui oa pengalaman yang tidak dapt di lu[pakannya.
        “Bukan saya saja yang sedih sedih, rakan-rakan semua sama jadi ia tidak begitu terasa. Sambutan di sana memang tiada namun kami tetap bertakir. Bersolat Aidilfitri yang diimamkan fisioterapi, abang Mohd Nasrul Ahmad Tajuddun.”



 IZHAM Bakar Satay Pagi Raya



“ISTIMEWANYA sambutan Aidilfitri di rumah saya, setiap pagi raya kami sekeluarga akan bakar satay dan bagi saya, satay yang dibakar sendiri cukup enak dan berbeza dari yang dibeli di lua,”kata Izham, 21 tahun yang juga penjaga gol utama Harimau Muda A ini.
         Mengakui jarang pulang ke kanpung halaman akibat tugasan bersama pasukan, sambutan raya di kampong kelahiran di Marang Terengganu tidak akan dipersiakan dengan mengunjungi sanak saudara selain sibuk dengan persiapan raya.
        Gembira dapat menyambut lebaran bersama tahun ini, pengalamn beraya di Slovakia dua tahun lalu menjadi perayaan paling sayu pernah di hadapi.
        “Siapa yang tidak bersedih berhari raya bersama-sama kawan sahaja malah suasananya juga tidak meriah, tidak banyak perkara yang boleh boleh kami buat. Tetapi dalam sedih, ia sedikit terubat dengan kehaddiran rakan sepasukan,” kata anak kedua dari lapan orang adik-beradik ini.
           Dengan karier semakin erkemang, Izham berkata rumahnya akan di penuhi bukan saja keluarga, malah rami kawan-kawan turut dating beraya menjadikan suasana di rumahnya menjadi amat meriah.
           “Memang seronok dapat berbual, makan beramai-ramai bersama keluarga dan saya juga mengeluarkan wang untuk memberi duit raya,” kata anak pasangan Roslan Ngah dan Fauziah Abdullah.




     




















p/s : maaflah sebab ada gambar yang tak erapa clear.....

SUMBER : BERITA HARIAM (BOLA) 



         

"Tiada Siapa Tahu Penderitaan Bila Lawan Lin Dan"-CHONG WEI-


“SAYA minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua,” kata pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei.
Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit.
Chong Wei berkata, tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lepas.
“Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih,” katanya.
Beliau berkata, dia hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih sepenuhnya ketika menjalani latihan fasa akhir di University of Bath, dekat sini sebelum beraksi di Arena Wembley.
“Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain.
“Prestasi ketika itu dapat diterjemahkan bila saya terpaksa bermain di rubber-set ketika menentang pemain tidak ternama, Ville Lang dari Finland dalam perlawanan peringkat Kumpulan A,” katanya.
Pada perlawanan itu, Chong Wei menang 21-8, 14-21, 21-11.
Mengenai perlawanan menentang Lin Dan hari ini, Chong Wei mengakui pemain dari Tembok Besar China itu berada dalam kelasnya tersendiri dan masih sukar digugat.
“Kehadiran Lin Dan memaksa saya berusaha lebih kuat untuk menewaskannya.
Saya rasa Lin Dan juga menghargai kehadiran saya yang selalu membayanginya,” kata Chong Wei.
Beliau berkata, Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya.
“Umur saya sudah 30 tahun. Olimpik di Brazil empat tahun lagi dan usia saya sudah tua,” katanya secara berseloroh.
Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik 2012, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyifatkan pencapaian Chong Wei seperti ‘hampir mencapai puncak Everest’.
“Dia bermain amat baik dan telah mengeluarkan segala kebolehan dan pengalamannya namun Lin Dan pemain yang lebih baik,” katanya.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata, kekalahan Chong Wei amat menyedihkan tetapi tidak menganggapnya sebagai satu kegagalan.
“Chong Wei telah berikan yang terbaik berbanding ketika pertemuan kedua-dua pemain itu di Beijing. Dia cuma tidak bernasib baik,” katanya. 

Rozaimi Hatrik,Benam Vietnam

Mohd Rozaimi Abdul Rahman


Rozaimi Abd Rahman menjadi wira Harimau Muda selepas menajringkan hatrik yang seterusnya memberikan tiga mata penuh kepada pasukan Harimau Muda menentang Vietnam di Stadium Aung San petang ini.
Vietnam yang hanya menang sekali sahaja sebelum ini telah memulakan perlawanan dengan baik setelah beberapa asakan dibuat ke arah gawang gol Harimau Muda.
Harimau Muda kelihatan cuba mencari rentak pada separuh masa pertama tetapi gagal dan Vietnam tampak lebih mengawal perlawanan dengan beberapa percubaan berbahaya dilakukan.
Hantaran bola oleh Harimau Muda kurang memberansangkan dan penjaga gol Vietnam kurang diuji oleh Harimau kerana tiada percubaan berbahaya dari mereka.
Walaubagaimanapun, separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan setelah gol jaringan Rozaimi dibatalkan kerana ofsaid pada aminit ke-42.
Ong Kim Swee hanya melakukan satu perubahan pada separuh masa kedua apabila beliau menggantikan Wan Zaharulnizam dengan Nazirul Naim.
Vietnam melakukan beberapa asakan sejurus separuh masa kedua bermula tetapi Harimau Muda berjaya bangkit dan Rozaimi meletakkan Harimau Muda 1-0 di hadapan hasil hantaran oleh Wan Zack Haikal.
Perlawanan bertambah sengit selepas jaringan gol Rozaimi dan pasukan Vietnam bermain lebih kasar dan lasak menyebabkan beberapa kad kuning telah dilayangkan 20 minit selepas separuh masa pertama dimulakan.
Pada minit ke-75, Wan Zack telah diganti oleh Azrif Nasrulhaq setelah dia beberapa kali dikasari.
Vietnam walaubagaimanapun tidak berputus asa dan terus menyerang namun benteng pertahanan Harimau Muda terlalu kukuh untuk dilepasi.
Harimau Muda sekali lagi menyerang dan Rozaimi menajaringkan gol kedua dan ketiga perlawanan dan memberikan keputusan 3-0 kepada Harimau Muda pada masa penamat.

SUMBER :ESPN

*SENARAI PENJARING GOL MALAYSIA DI KELAYAKAN PIALA ASIA U22 SETAKAT INI.

9 goals - Rozaimi Abdul Rahman
2 goals - Devandrn Saarvindran
2 goals - Thamil Arasu Ambumamee
1 goals - Mohd Fandi Othman
1 goals - Wan Zaharulnizam Zakaria

Kim Swee Gembira Pretasi Rozaimi



"Saya bersyukur dengan kemenangan ini, kesungguhan pemain juga cukup terpuji apabila beraksi dengan cukup bagus (semalam).
"Saya juga gembira dengan jumlah jaringan Mohd. Rozaimi, inilah yang saya mahukan apabila kesemua penyerang memiliki sentuhan penyudah yang berkesan supaya kita tidak terlalu bergantung kepada keupayaan seorang penyerang semata-mata," kata Kim Swee selepas tamat perlawanan.


"Amukan" Harimau Muda


Mohd Rozaimi kiri meledak 4 gol 



Selepas tewas tipis kepada Korea Selatan dengan jaringan 3 berbalas 2 ,skuad Harimau Muda A beraksi cemerlang apabila meledak 7 gol tanpa balas pada aksi pertemuan dengan Filipina.Peledak berbisa iaitu Rozaimi Abdul Rahman ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila meledak 4 gol pada perlawanan tersebut,sekali gus menghidupkan semula misi Harimau Muda selepas tewas tipis dengan Korea Selatan pada perlawanan pembuka tirai sabtu lalu.
        Malaysia membuka jaringan pada minit-minit awal permainan apabiala Mohd Rozaimi meyempurnakan hantaran Wan Zaharulnizam a.k.a kecik seawal minit ke dua.Fandi Othman berjaya menjarakkan kedudukan apabila menyumbat gol ke-2 Malaysia pada minit ke-32,sebelum sekali lagi Rozaimi meledakkan gol untuk gol ketiga.
       Babak kedua berlangsung menyaksikan Malaysia mendapat sepakan penalti dan peluang itu tidak di sia-sia kan oleh Rozaimi apabila sepakannya berjaya membuahkan hasil untuk gol ke-4 Malaysia pada minit ke-68 dan 74 sebelum D.Saarvindran pada masa kecederaan.

Pengadil Bantu Singapura?




 Harimau Malaya terpaksa seri 2-2 menentang Singapura dalam perlawanan Cabaran Tambak 2012 dan gagal membalas dendam kekalahan 3-5 pada kelayakan Piala Dunia 2014 tahun lepas.


Bagaimanapun bukan aksi longlai yang dipersoalkan tetapi keputusan pengadil perlawanan, Ng Kai Lam dari Hong Kong pada 10 lima minit terakhir perlawanan mencetus tanda tanya.


Ia bermula dengan pemberian penalti, diikuti kad kuning kepada Aidil Zafuan Abd. Radzak dan sepakan percuma di dalam kotak penalti Malaysia.


Selepas mendahului 2-0 hasil jaringan Azamuddin Md. Akil (minit 42) dan sepakan percuma ketua pasukan, Safiq Rahim (minit 59) skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal dikejutkan dengan pemberian penalti kepada Singapura pada minit ke-83 apabila Kai Lam mendakwa penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat mengasari Khairul Nizam.


Khairul Fahmi bertindak cemerlang menyelamatkan penalti Qiu Li.


Namun tidak disangka Kai Lam memberikan sepakan percuma di dalam petak penalti kepada Singapura kerana mendakwa Aidil menyebut perkataan yes dan turut melayangkan kad kuning kepada pemain (ATM) itu.


Sepakan percuma di dalam petak penalti dimanfaatkan sebaik mungkin dan berjaya disempurnakan Shahdan Sulaiman, sebelum Qiu Li menjaringkan gol penyamaan hasil rembatan deras dari luar petak penalti pada masa kecederaan.


Menurut Rajagobal, lima minit terakhir perlawanan mengubah segala-galanya.


"Saya melihat dari jauh ia bukanlah situasi yang sepatutnya memberikan sepakan penalti, tiba-tiba mendapat sepakan percuma pula dalam petak penalti tetapi memang kita datang di sini adalah untuk bermain dengan baik," katanya.



Sumber : Utusan Malaysia

Irfan Fazail Galas Tugas Kapten




Jurulatih skuad bawah 22 tahun negara, Ong Kim Swee melantik Irfan Fazail sebagai kapten pasukan untuk mengetuai skuad muda negara. 

Pemilihan Irfan sebagai kapten pasukan bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun di Myanmar bulan depan, sememangnya sudah dijangkakan memandangkan Irfan merupakan pemain paling berpengaruh dalam pasukan.

Menurut Kim Swee, faktor pemilihan Irfan juga disebabkan pengalaman pemain kelahiran Johor itu di peringkat antarabangsa serta pernah mengalas tanggungjawab sebagai keptan ketika Kim Swee membimbing pasukan bawah 16 tahun negara.

Bagi Irfan Fazail, tanggungjawab yang diamanahkan jurulatih Ong Kim Swee sememangnya tidak mudah kerana misi yang digalas untuk membawa pasukan melepasi Kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun.

Irfan berkata, membimbing rakan sepasukannya membentuk pasukan yang mantap sebelum bermulanya kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun memerlukan kesabaran namun diakui ketika ini mental rakan pasukannya tampak masih lagi belum bersedia sepenuhnya untuk mengatasi kekurangan serta kelemahan pasukan.

Ketika bersama skuad Kim Swee, Irfan meraih pingat emas Sukan Sea di Jakarta Novermber lalu. Irfan juga antara tiga pemain yang pernah beraksi secara pinjaman bersama Vion FC di Slovakia tahun lalu.

Malaysia diletakkan dalam kumpulan G bersama dengan Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Taiwan, dan Filipina dalam aksi kelayakan Piala AFC di Myanmar bermula 23 Jun depan.

Faizal Ada Ciri Kelas Dunia


           

         Jika dapat mengekalkan prestasi dan skil individu dipertingkatkan, penyerang hoki muda negara, Faizal Saari mampu menjadi bintang dunia, kata bekas pemain kebangsaan Mirnawan Nawawi.
           
        Menurutnya, kehadiran Faizal dalam pasukan kebangsaan sejak tiga tahun lalu memberikan impak, termasuk membantu skuad remaja meraih Piala Remaja Asia 2012.

            Pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang sedang berlangsung di Ipoh, Faizal mencuri tumpuan apabila menjaringkan dua gol bertaraf dunia ketika menentang Britain yang berakhir seri 3-3.

          “Faizal seorang penyerang yang serba boleh, bukan sahaja mampu meledak gol melalui jaringan padang tetapi juga melalui pukulan sudut penalti," katanya ketika dihubungi semalam.

            Faizal, 21, pemain kelahiran Rantau Panjang, Kelantan berjaya membantu skuad senior mengikat Britain 3-3 Khamis lalu, hasil dua gol cantik dalam perlawanan kedua Piala Sultan Azlan Shah 2012.

            Dia juga menjaringkan gol ketika membantu pasukan bimbingan Tai Beng Hai mencatat keputusan seri 1-1 menentang Korea Selatan sehari sebelum itu.

          Jelas Mirnawan, Faizal juga mempunyai ‘naluri pembunuh’ menjaringkan gol tidak kira melalui pukulan kencang mahupun pukulan kilas.

       “Saya harap dia dapat mengekalkan pretasi dan yang paling penting menjadi lebih baik. Dia juga tidak boleh cepat berpuas hati dengan tahap mahupun pencapaian yang dicatatkan sekarang.

        “Sebagai seorang pemain yang penting dalam skuad remaja mahupun senior, Faizal harus mencabar dirinya sendiri menjadi lebih baik dan jika mendapat tawaran beraksi di luar negara dia tidak harus melepaskannya," kata Mirnawan.



Sumber : Utusan Malaysia

Nazmi Faiz Di Jangka Sertai Kelab Portugal


Nazmi Faiaz
Perkembangan terbaru mengatakan bahawa bintang Harimau Muda Nazmi Faiz hampir pasti akan menyertai pasukan Division 1 di Portugal.
    Football Management International yang mengusahakan perpindahan pemain berusia 17 tahun itu walaubagaimanapun enggan mendedahkan identiti kelab itu dan butiran permohonan.
Tetapi Marco Guimaraes, pengarah bole sepak di Football Management International memberitahu akhbar Today bahawa kelab dari Portugal berminat dengan Nazmi Faiz.
"Kelab tersebut adalah kelab yang menduduki pertengahan Liga Primeira Portugal dan mereka sangat memuji Nazmi setelah menonton aksi Nazmi yang dirakamkan," kata Guimaraes kepada Today.
"Perpindahan ke Eropah akan membantu untuk mengembangkan bakatnya kerana dia akan menjadi berbahaya untuk beraksi dalam pasukan utama."
Tambahnya lagi: "Kami akan menyelesaikan beberapa perkara terkahir, Nazmi dan bapanya akan berangkat ke Portugal pada Ahad ini untuk membincangkan dengan kelab dan mungkin akan menandatangani pra-kontrak."
Nazmi Faiz hanya akan menyambut hari jadi ke-18 pada 16 Ogos dan hanya boleh mendapatkan kontrak profesional selepas itu, mengikut peraturan FIFA.


Sumber Dairpada : ESPN STAR