Peminat Bola

Baca ni!!!

Showing posts with label Wan Zack Haikal. Show all posts
Showing posts with label Wan Zack Haikal. Show all posts

AZAM DUA SAHABAT


Dua pemain FC Ryukyu,Wan Zack Haikal Wan Nor dan Mohd Nazirul Naim Che Hashim berazam menyajikan persembahan penuh bertenaga sepanjang berkelana di Negara “Matahari Terbit” itu.
 Mereka yang di lepaskan daripada skuad Harimau Muda A mahu membalas kepercayaan diberikan dan bertekad menggunakan pengalaman yang dimiliki bagi merebut posisi utama Ryukyu.

Jelas mereka, ini peluang keemasan


Mereka yang di lepaskan daripada skuad Harimau Muda A mahu membalas kepercayaan diberikan dan bertekad menggunakan pengalaman yang dimiliki bagi merebut posisi utama Ryukyu.


Jelas mereka, ini peluang keemasan yangtidak harus di sia-siakan dan akan memberi komitmen 100 peratus dalam latihan dalam usaha menambat pengendali pasukan Norihiro Satsukawa.

    







Selepas beberapa minggu berkelana di Okiniwa,Jepun, Wan Zack akhirnya Berjaya melakukan debut pertama bersama pasukan divisyen tiga Jepun (JFL) FC RYUKYU 13 April lalu.

Pemain sayap kebangsaan itu membantu kemenangan ketiga pasukan dengan mengalahkan cabaran Sagawa Printing 2-1 di stadium Okinawa City Athletics.

 Dia yang di beri peluang julung kali membarisi skuad utama FC Ryukyu akui takut melakukan kesilapan pada penampilan di Stadium Okinawa City Athletics.
“Pada babak pertama saya dihantui perasaan takut kerana saya perlu memahami pergerakan rakan sepasukan.

“Lagipun,ini kali pertama saya bermain di liga Jepun selepas hanya menjalini latihan luar padang.Alhamdulillah,segalanya dapat diatasi menjelang babak kedua dan saya dapat bermain seperti biasa”,katanya.

Begitu pun, anak jati Pahang itu agak kesal kerana gagal menampilkan permainan cemerlang dan beraksi di bawah tahap keupayaan sebenar.
Namun dia, berazam terus memperbaiki segala kelemahan yang ada dan mengakui banyak benda perlu sipelajari sepanjang tempoh berkelana di Okinawa.


NAIM MENANTI PELUANG


Bagi Naim, dia masih menunggu peluang beraksi sepertimana di kecapi Wan Zack Haikal.
Jelasnya, dia menghadapi kesukaran berkomunikasi dengan rakan sepasukan namun segalanya apat diatasi selepas beberapa hari bersama menjalani latihan di padang.
“Kami semua dilayan sama rata dan setiap pemain diberi peluang untuk menjalani latihan dengan pasukan utama.
“Memang niat di hati ingin beraksi tapi saya percaya masa itu akan tiba nanti. Saya sentiasa menggandakan mutu permainan danterserah kepada jurulatih bila untuk menyenaraikan syay untuk yurun bermain.
“Saya sedia memberikan perkhidnatan pada bila-bila masa diperlukan,”kata Naim yang diletakkan pada posisi pertahanan kiri


MULA RINDU MASAKAN KELUARGA


Lumrah manusia apabial berhijrah ke luar Negara factor pemakanan sering kali menjadi satu isu besar.

Tapi, Wan Zack dan Naim enggan memikirkan perkara berkenaan kerana ia merupakan satu cabaran setiap pemain seluruh dunia.

“Memang rindu masakan di Malaysia,tapi keluarga ada hantar bekalan makanan dan kami selalu masak sendiri.

“Ikan,sayur semuanya kami beli di kedai. Kalau ikan kami akan masak pedas atau masak kicap. Kami akan bergilir-gilir memasak tengok siapa yang tidak penat,kalau masing-masing penah kami akan makan di luar saja.

Di sini kami selalu memasak kerana susah juga untuk mencari makanan halaldi luar. Kami akan bergilir-gilir memasak,kalau pagi kami selalu buat cucur udang,” kata mereka.


BUKAN HANGAT-HANGAT TAHI AYAM



 Ditanya sejauh mana mereka boleh bertahan menjalani cabaran hidup sebagai pemain bola sepak di sana, Wan Zack Haikal menegaskan akan cuba mengubag persepsi buruk peminat bola sepak tanah air terhadap pemain Negara.
“Itu persepsi orang,saya tidak boleh berbuat apa-apa, saya Cuma boleh buktikan mereka hanya bercakap kosong.

“Saya akan buktikan mampu mencipta sesuatu di sini,”katanya.





Sebelum ini pemain tempatan seperti dilanda sindrom tidak mampu bertahan lama di luar Negara dengan kes terbaru membabitkan pemain muda Negara Muhammad Faiz Nazmi Mansor yang menamatkan kontrak awal bersama SC Beira- Mar dan Fakri Saarani dari Atlentico SC di Portugal.


“Wan Zack pemain yang bagus, dia mampu bergerak ke kiri dan kanan.Cuma dia gugup pada penampilan pertama,” Jurulatih FC Ryukyu, Norihiro Satsukawa

 “Kualiti yang ada pada Wan Zack memang tidak boleh di sangkal lagi dan dia memang seorang pemain yang memiliki kualiti tersendiri,” Kapten FC Ryukyu, Yugo Inchiyanagi.


SEKITAR GAMBAR WAN ZACK HAIKAL DAN NAZIRUL NAIM DI JEPUN

Rakaman Sehari Bersama Nazirul Naim

lunch time

Sesi Latihan

Wan Zack (Belakang Kiri) berada dalam kesebelasan utama FC Ryukyu



Aksi pertama Wan Zack





Sumber Berita : Sinar Harian
Gambar : Instagram Wan Zack dan Nazirul Naim

Wan Zack Haikal, Nazirul Naim ke Jepun mahu cipta impak bersama FC Ryukyu


 Dua pemain Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Mohd Nazirul Naim Che Hashim bertekad untuk mempamerkan aksi cemerlang bersama kelab baharu FC Ryukyu dari Jepun.
Dua pemain berkenaan menyifatkan peluang beraksi di negara ‘Matahari Terbit’ itu merupakan peluang yang tidak harus dilepaskan.
Kedua-dua pemain itu menandatangani kontrak bersama kelab divisyen tiga itu berpangkalan di Okinawa, Jepun, pada 23 Mac lepas di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini.
Bagi Wan Zack Haikal, 22 yang bermain di posisi sayap kanan berkata, beliau menyasarkan untuk membantu kelab berkenaan meraih kejuaraan Divisyen 3 seterusnya naik ke Divisyen Dua pada Liga Jepun pada musim depan.
“Saya berharap mampu bermain secara tetap dalam kesebelasan utama pasukan biarpun harus bersaing dengan pemain yang lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan jersi pasukan oleh Naib Presiden Eksekutif FC Ryukyu, Sotaro Shinoda di sini, pada Isnin.
Wan Zack Haikal berkata dengan kehadiran Mohd Nazirul Naim, beliau yakin tidak akan berdepan dengan banyak masalah untuk menyesuaikan diri dengan buadaya dan cuaca di negara itu.
Mengulas lanjut, Wan Zack yang akan memakai jersi bernombor 33 berkata beliau akan berusaha mencapai kecemerlangan bersama kelab berkenaan.
“Paling penting kepada mana-mana pemain yang ingin beraksi di luar negara ialah melupakan kerinduan di kampung halaman sebaliknya fokus dengan pasukan baru mereka,” kata anak jati Pahang itu yang menandatangani kontrak selama dua tahun dengan kelab berkenaan.
Berkongsi pandangan sama ialah Mohd Nazirul Naim yang bertekad mengisi posisi utama di bahagian sayap kiri dalam pasukan berkenaan walaupun sedar ia merupakan satu cabaran sukar kepada beliau.
Anak jati Kuala Kangsar Perak berusia 19 tahun itu yang akan memakai jersi bernombor 32 berkata beliau tidak mahu menjadikan masalah komunikasi dan budaya sebagai halangan untuk beraksi cemerlang.

“Sebagai pemain bola sepak, kita harus pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di negara orang bagi memastikan kita mampu bertahan lama,” katanya yang mengikat kontrak selama setahun.
Sementara itu, Sotaro berkata mereka mengikat kontrak dengan tempoh berbeza selepas menilai persembahan masing-masing.
“Kami melihat aksi Wan Zack Haikal ketika bersama Harimau Muda A pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2012 manakala Mohd Nazirul Naim ketika lawatan pasukan itu ke Malaysia bulan lepas,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, kedua-dua pemain itu perlu bertarung untuk mengisi tempat kesebelasan utama yang akan diputuskan oleh ketua jurulatih Takeo Matsuda.
Kedua-dua pemain Malaysia adalah antara lima pemain import dalam pasukan itu selain dua pemain Korea dan seorang dari Brazil. – BERNAMA