Jom layam pic Kapten Malaysia semasa menjalani latihan di kelab Cardiff City:
Baca ni!!!
Showing posts with label Safiq Rahim. Show all posts
Showing posts with label Safiq Rahim. Show all posts
Gambar Safiq Rahim Di Cardiff City
Sorry dah lama tak update blog nie......So ari saya update lagi...
Jom layam pic Kapten Malaysia semasa menjalani latihan di kelab Cardiff City:
Jom layam pic Kapten Malaysia semasa menjalani latihan di kelab Cardiff City:
Safiq Rahim Telah ke Cardiff City
Pada 23 November, Kapten Pasukan Kebangsaan dan juga pakar sepakan percuma skuad bola sepak negara, Safiq Rahim, dilaporkan telah ke Cardiff City. Beliau akan menjalani percubaan bersama Cardiff City selama lebih kurang sebulan. Katanya, ini adalah peluang yang ditunggu-tunggu dan peluang yang terbaik buatnya untuk menunjukkan kemahiran atau skill bola sepaknya walaupun beliau tahu ia adalah sukar tetapi katanya tiada yang mustahil. Kata pemain tengah Selangor yang berusia 24 tahun itu lagi, masanya sudah sampai untuk menunjukkan Malaysia juga mempunyai ramai pemain bola sepak yang berbakat.
Tambah Safiq, apa jua keputusannya, beliau berharap dapat mempelajari sesuatu daripada perlawaan ini dan bisa meningkatkan permainannya ke tahap yang lebih tinggi dan membanggakan. Sememangnya beliau layak mendapat tawaran sebegni kerana bakatnya yang pernah menyumbat gol hasil sepakan percuma ketika menentang gergasi Liga Perdana Inggeris Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Julai lalu.
Impian Kapten Kebangsaan bola sepak itu adalah ingin menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di England.
Semoga doa semua rakyat Malaysia dan peminat bola sepak tempatan mengiringi pemergian Safiq Rahim pemain berjersi no.8 itu ke Cardiff City. GOOD LUCK....SEMOGA BERJAYA..... SELAMAT MAJU JAYA.... MAJULAH SUKAN UNTUK MALAYSIA.
![]() |
| SAFIQ RAHIM bersama jersi Cardiff City(CC) dan pemilik CC Dato' Tien Ghee |
Giliran Safiq Rahim Pula....
Selepas penyerang sensasi negara Safee Sali tamat menjalani latihan di Cardiff City, kini Kapten Harimau Malaya Iaitu Safiq Rahim pula akan ke sana selepas berakhirnya kempen Piala Malaysia Oktober ini.
Pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu berkata beliau mendapat tawaran daripada kelab yang mendapat jolokan nama 'Blue Birds' itu pada 26 Ogos lepas.
"Saya akan pergi bersama dengan (bekas rakan sepasukan) Safee Sali dan dijangka menjalani ujian percubaan selama tiga minggu di sana," katanya kepada Bernama selepas sesi latihan skuad Pilihan Selangor di Stadium Shah Alam, hari ini.
Skuad Pilihan Selangor akan menentang Pilihan Singapura pada edisi ke-10 Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam esok.
Mengenai peluangnya untuk mendapat tempat dalam kelab itu, Safiq berkata: "Saya akan cuba beri persembahan terbaik nanti. InsyaAllah, kalau ada rezeki saya di sana, mungkin saya akan berjaya."
Sebelum ini, Safee yang kini bermain dengan Kelab Pelita Jaya di Indonesia mencuba nasib dengan menjalani latihan ujian percubaan selama dua minggu dengan kelab yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee.
Bagaimanapun, hajat penyerang skuad negara itu untuk bermain dalam kelab berkenaan masih menemui jalan buntu ekoran peraturan permit kerja di United Kingdom.
Pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datang dari negara di ranking 70 terbaik dunia.
Safiq Rahim ke Cardiff City
KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.
Semalam, pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.
“Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.
“Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).
“Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah saya menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti,” kata Safiq ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang membesar di Kuala Selangor itu turut lega apabila pihak Cardiff City memberi ruang untuknya memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.
“Mereka (Cardiff City) tidak mahu ganggu tugasan saya bersama Selangor dalam Piala Malaysia. Mereka mahu saya beri tumpuan penuh terhadap saingan itu terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian percubaan tersebut.
“Buat masa ini memang saya seorang saja yang diberi tawaran ini tetapi mungkin selepas ini mereka akan tawarkan juga kepada Safee Sali (penyerang Pelita Jaya),” jelas Safiq.
Difahamkan, Cardiff City kendalian pengurus, Malky Mackay terpikat dengan aksi Safiq ketika menyaksikannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal pada Julai lalu, terutamanya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika bertemu Liverpool.
Kelmarin, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama dua bulan sehingga awal November depan.
Ia sekali gus membuka lembaran baharu buat pemain-pemain bola sepak negara mengembangkan bakat mereka beraksi di luar negara seperti dicetuskan Safee yang beraksi untuk Pelita Jaya sejak Februari lalu.
Sumber Kosmo
SAFIQ RAHIM KE ISL MUSIM DEPAN?
![]() |
| SAFIQ RAHIM |
Siapa yang tidak mengenali Kapten Harimau Malaya iaitu Safiq Rahim,sebut je nama ni pasti akan ingat bagaiman freekick daripada beliau menerjah gawang Liverpool dan menewaskan penjaga gol Liverpool.Sememangnya beliau mempunyai kepakaran dalam membuat tendangan freekick....Tutup pasal freekick,kita bercakap pasal perpindahan beliau ke liga Indonesia musim depan.
Dengarnya Safiq Rahim ingin bermain di liga Indonesia dan ada beberapa klub disana mahu mengimport beliau salah satu klub itu ialah Persija Jakarta yang menduduki tangga ketiga dan akan bermain AFC cup pada musim depan.Pihas FAS tidak akan menghalang pemainnya untuk berbuat demikian kerana ini merupakan peluang terbaik buat pemain itu.Diharapkan perpindahn ini dapat meningkatkan corak pemainan beliau dan semoga berjaya disana serta dapat menimpa pengalaman berkelana di luar negara...
Subscribe to:
Posts (Atom)














