Peminat Bola

There was an error in this gadget

Baca ni!!!

Perlawanan Yang Melibatkan Pasukan Negara


- 8th September 2011 | U19 Malaysia vs U19 Philippines | 2011 AFF U-19 Youth Championship
- 8th September 2011 | U16 China vs U16 Malaysia | 2012 AFC U-16 Championship qualification
- 9th September 2011 | Olympic Malaysia vs Arbil SC (Iraq) | Friendly Match
- 10th September 2011 | U16 North Korea vs U16 Malaysia | 2012 AFC U-16 Championship qualification
- 10th September 2011 | U19 Malaysia vs U19 Singapore | 2011 AFF U-19 Youth Championship
- 12th September 2011 | U19 Malaysia vs U19 Cambodia | 2011 AFF U-19 Youth Championship
- 13th September 2011 | U16 Malaysia vs U16 Timor Leste | 2012 AFC U-16 Championship qualification
- 14th September 2011 | Olympic Malaysia vs Olympic Oman | Friendly Match
- 14th September 2011 | U19 Malaysia vs U19 Thailand | 2011 AFF U-19 Youth Championship
- 15th September 2011 | U16 Singapore vs U16 Malaysia | 2012 AFC U-16 Championship qualification
- 18th September 2011 | U16 Malaysia vs U16 Macau | 2012 AFC U-16 Championship qualification
- 21st September 2011 | Olympic Japan vs Olympic Malaysia | Football at the 2012 Summer Olympics Qualification
-7 Oktober 2011  | Australia vs Malaysia | Friendly Match
- 31st October 2011 | U19 Malaysia vs U19 Vietnam | 2012 AFC U-19 Championship qualification
- 2nd November 2011 | U19 Malaysia vs U19 Laos | 2012 AFC U-19 Championship qualification
- 6th November 2011 | U19 Malaysia vs U19 North Korea | 2012 AFC U-19 Championship qualification
- 8th November 2011 | U19 Malaysia vs U19 Myanmar | 2012 AFC U-19 Championship qualification
- 23rd November 2011 | Olympic Malaysia vs Olympic Syria | Football at the 2012 Summer Olympics Qualification
- 27 November 2011 | Olympic Malaysia vs Olympic Bahrain | Football at the 2012 Summer Olympics Qualification

Senarai Pemain Menentang Jepun 21 September 2011





  1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
  2. Mohd Izuan Solahuddin (Kelantan)
  3. Mohd Zubir Mohd Azmi (Terengganu)
  4. Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah)
  5. Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur)
  6. Mohd Azrif Nasrulhaq (PKNS)
  7. Muhammad Nazmi Faiz (Harimau Muda B)
  8. Muhammad Syazwan Tajuddin (Harimau Muda B)
  9. Abdul Shukor Jusoh (Harimau Muda A)
  10. K. Gurusamy Govandar (Harimau Muda A)
  11. Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A)
  12. Mahalli Jasuli (Harimau Muda A)
  13. Mohamad Amer Saidin (Harimau Muda A)
  14. Mohammad Muslim Ahmad (Harimau Muda A)
  15. Mohd Fandi Othman (Harimau Muda A)
  16. Mohd Ferris Daniel Mat Nasir (Harimau Muda A)
  17. Mohd Izham Tarmizi (Harimau Muda A)
  18. Muhammad Zamir Selamat (Harimau Muda A)
  19. Nazirul Naim Che Hashim (Harimau Muda A)
  20. Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda A)
  21. Thamil Arasu Ambumamee (Harimau Muda A)
  22. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria. (Harimau Muda A)



--->   Wan Zack, Fadhli Shas, Irfan Fazail (loan to ViOn).
--->   5 Digugur: Gary Steven, Affize Faisal, Sasikumar, Fakri Saarani, Azrul Azmi

Safiq Rahim ke Cardiff City


      KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.
      Semalam, pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.
“Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.
“Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).
“Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah saya menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti,” kata Safiq ketika dihubungi Kosmo! semalam.
     Pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang membesar di Kuala Selangor itu turut lega apabila pihak Cardiff City memberi ruang untuknya memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.
“Mereka (Cardiff City) tidak mahu ganggu tugasan saya bersama Selangor dalam Piala Malaysia. Mereka mahu saya beri tumpuan penuh terhadap saingan itu terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian percubaan tersebut.
“Buat masa ini memang saya seorang saja yang diberi tawaran ini tetapi mungkin selepas ini mereka akan tawarkan juga kepada Safee Sali (penyerang Pelita Jaya),” jelas Safiq.
       Difahamkan, Cardiff City kendalian pengurus, Malky Mackay terpikat dengan aksi Safiq ketika menyaksikannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal pada Julai lalu, terutamanya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika bertemu Liverpool.
Kelmarin, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama dua bulan sehingga awal November depan.
     Ia sekali gus membuka lembaran baharu buat pemain-pemain bola sepak negara mengembangkan bakat mereka beraksi di luar negara seperti dicetuskan Safee yang beraksi untuk Pelita Jaya sejak Februari lalu.



Sumber Kosmo

Harimau Malaya Betuah



SKUAD Harimau Malaya masih bertuah biarpun terkandas di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Julai lalu apabila pasukan gergasi Asia, Australia mengundang anak buah Datuk K Rajagobal bertandang ke Sydney pada 7 Oktober ini bagi perlawanan persahabatan.
Berita baik itu disampaikan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Subahan Kamal yang menyifatkan pelawaan naib juara Piala Asia 2011 itu sebagai satu penghormatan dan pendedahan terbaik buat pemain negara.

“Kami menerima jemputan untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Australia, minggu lalu. “Bagaimanapun perkara ini akan dibincangkan di peringkat Exco terlebih dulu tapi kemungkinan besar kami bersetuju kerana bukan senang untuk kita diberi peluang menentang skuad Piala Dunia Australia.

“Saya fikir belum pernah Malaysia menentang Australia sebelum ini dan ini satu penghormatan buat skuad Harimau Malaya apabila dapat berdepan barisan pemain bintang Australia seperti Tim Cahill dan Harry Kewell,” katanya.

Pelawaan Australia itu ibarat orang mengantuk disorongkan bantal buat FAM yang berdepan kesukaran mendapatkan perlawanan berkualiti buat skuad kebangsaan selepas gagal mara ke peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia apabila tumpas kepada Singapura menerusi agregat 6-4 sebelum ini.

Ini terbukti apabila skuad kebangsaan yang berkumpul pada awal bulan lalu hanya menjalani latihan biasa tanpa perlawanan persahabatan antarabangsa selepas gagal mencari pasukan bagi menggantikan Oman dan Indonesia yang membatalkan perlawanan yang diatur pada awalnya.


Selain memiliki reputasi selaku juara Asia Tenggara, Malaysia menjadi pilihan Australia yang dibimbing jurulatih Jerman, Holger Osieck sebagai persiapan sebelum menentang Thailand pada pusingan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia pada 15 November ini.

“Australia akan menentang Thailand dalam pusingan kelayakan Piala Dunia, mungkin mereka mahu mencari pasukan dari rantau ini untuk dijadikan ujian sebelum menghadapi perlawanan itu,” katanya




SUMBER Harian Metro

Perlawanan Terakhir Harimau Muda Di Slovakia....Menang




SKUAD HARIMAU MUDA a.k.a SKUAD OLIMPIK
Selepas mengalami kekalahan pada perlawanan sebelumnya kepada Nitra fc Skuad Harimau Muda bangkit untuk mencatatkan kemenangan pada perlawanan terakhir pada 24 ogos dengan jaringan yang dihasilkan oleh Izuan Salahuddin pada minit ketiga.Skuad Harimau Muda mencatat kan kemenangan buat kali kelima selepas mengharunggi kesemua perlawanan iaitu tujuh perlawanan.Analisis semua perlawanan menunjukkan tanda positif dan Skuad Harimau Muda harus menterjemahkannya pada perlawanan peringkat kumpulan pada kelayakan Olimpik 2012 nanti.Wan Zack Haikal merupakan penjaring terbanyak dalam semua perlawanan tersebut dengan 3 gol.Sembilan gol berjaya dihasilkan sepanjang perlawanan disana dan bolos sebanyak tujuh gol.....      Skuad Harimau Muda akan mengharungi jadual yang padat pada November ini apabila Sukan Sea 2011 di Indonesia dan Kelayakan Olimpik pada bulan yang sama seta tarikh yang hampir dengan kedua-dua kejohanan.

Harimau Muda Kalah tipis...




Pada 23 ogos 2011 Skuad Olimpik Malaysia mengharungi satu lagi aksi persahabatan menentang Nitra FC.Walaubagaimanapun,Skuad Olimpik kalah tipis kepada kelab tersebut dengan jaringan 1 berbalas 0.Kekalahan ini adalah kekalahan kali kedua buat Skuad Olimpik Malaysia daripada 6 perlawanan persahabatan  yang diharungi di Slovakia selama sebulan disana dan aksi perlawanan terakhir Skuad Olimpik Malaysia akan menentang kelab FK Levice pada 24 ogos ini sebelum Skuad Olimpik pulang ke tanah air untuk berhari raya.Sepatutnya,last game Skuad Harimau Muda 26 ogos namun atas kesilapan penjadualan mereka terpaksa turun keesokan harinya...

QPR Sedia Uji Apek,Safee Sali



 
 Queens Park Rangers (QPR) bersedia memberi  peluang kepada pemain negara, Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk mengikuti latihan bersama kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris itu    
      Pembelian QPR oleh syarikat Malaysia, Tune Sports Sdn. Bhd. bukan hanya bertujuan komersial tetapi juga untuk meningkatkan mutu sukan tanah air.
      Malah, Ahli Lembaga Pengarah QPR, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pemilikan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bukan hanya untuk mengetengahkan pemain kebangsaan sekarang tetapi juga memberi pendedahan kepada lebih ramai pemain muda pada masa akan datang.
    " Sebagai langkah awal,kami berhasrat menguji Apek dan Safee dengan QPR.Kami juga akan memberi perhatian kepada mereka yang masih lagi di bangku sekolah hingga peringkat antarabangsa."katanya kepada utusan malaysia.


*Sumber Utusan Malaysia

Giliran Pemain Olimpik Malaysia di Lamar Kelab Luar




Tiga tonggak Olimpik
 Selepas beberapa pemain harimau malaya di lamar kelab-kelab dari luar negara,kini giliran Harimau Muda pula dirisik salah satu kelab yang berpengkalan di Slovakia iaitu Vion Zlate Moravce diliga Corgon Slovakia.Wan Zack Haikal,Irfan Fazail dan Fadzli Shas tiga tonggak olimpik ini di tawarkan kontrak sebagai pemain pinjaman kelab tersebut sehingga habis liga disana.Aksi cemerlang yang di tunjukkan oleh mereka sepanjang perlawanan persahabatan disana telah memikat kelab tersebut yang menjadi tempat pangkalan mereka disana selama sebulan.Menurut Jurulatih Harimau Muda A,Ong Kim Swee,urusan pinjaman ketiga-tiga pemain ini sedang di jalankan dan apabila sudah muktamat ketiga-tiga pemain ini tidak akan pulang ke tanah air untuk berhari raya.
      "Saya harap ketiga-tiga pemain ini akan membuka lembaran baru agar lebih ramai lagi pemain kita dapat beraksi di liga sekitar Eropah. Walaupun liga utama Slovakia ini kurang prestij jika dibandingkan dengan Liga Perdana England akan tetapi ia tetap mempunyai kualiti yang baik. Biarlah pemain kita bermula di Slovakia dan kita berharap mereka ini membuktikan dahulu kemampuan di sini sebelum berfikir jauh untuk beraksi di liga lebih ternama," kata Kim Swee.
       Vion fc kini menduduki tempat ketiga liga dengan enam perlawanan dimana tiga menang,dua seri dan sekali tewas perbezaan dua mata daripada pendahulu liga Slovan Bratislava.Wam Zack Haikal adalah pemain yang menjaringkan gol terbanyak selepas 5 aksi persahabatan disana dengan tiga gol dan Irfan Fazail menjaringkan 1 gol.Walaubagaimana pun mereka akan diberi pelepasan semasa kelayakan Olimpik dan sukan sea november depan.

Siaran Langsung Piala Malaysia Di RTM



Kepada peminat bola sepak Malaysia yang tak ada astro di rumah,nanti kan Siaran secara langsung di RTM bermula 6 September ini,Hafizal Hamad akan memaklumkan jadual siaran langsung pada satu tarikh...Yang pasti ada LIVE Piala Malaysia di RTM...."Sukan Terbaik Hanya Di RTM"Terima Kasih 3x  -SUMBER dari Hafizal Hamad-sukan @RTM Fan Club-

Kem Latihan Di China Batal



Kem latihan di China yang dirancang oleh skuad olimpik Malaysia terpaksa di batalkan kerana pihak FAM tidak berjaya mendapatkan kelab tempatan disana untuk di uji skuad olimpik menjelang aksi sulung kelayakan olimpik 2012 menentang Jepun 21 september nanti.Namun begitu FAM berjaya mendapatkan aksi persahabatan yang lain di Kuala Lumpur iaitu bertemu kelab dari Iraq(Al-Arbil) pada 9 september dan menentang skuas olimpik Oman pada 14 september.Menurut Jurulatih skuad Olimpik iaitu Ong Kim Swee perlawanan ini dianggap satu alternatif terbaik menjelang aksi sulung menentang Jepun nanti.
        Ong Kim Swee berharap agar menerusi dua perlawanan ini dapat menguji kekuatan dan kelemahan skuad Olimpik sebelum bertemu dengan Jepun.Perlawanan ini merupakan kesinambungan perlawanan persahabatan yang diadakan di Slovakia yang akan berakhir pada 28 ogos ini.......

Tan Sri Tony Fernandes Pemilik Queens Park Rangers



Pemilik AirAsia Tan Sri Fernandes sah menjadi pemilik baru kelab bola sepak liga perdana Inggeris Queens Park Rangers.Berita pembelian Tan Sri Tony Fernandes ke atas kelab tersebut mendapat liputan meluas di Britain,Tan Sri Tony Fernandes menguasai 66 peratus saham dalam kelab tersebut.Jumlah pembelian tersebut dianggarkan bernilai £35 juta.“Adalah menjadi impian saya untuk melibatkan diri dalam dunia pengurusan bolasepak dan peluang untuk memiliki sebuah kelab bolasepak di London adalah terlalu baik untuk diketepikan begitu sahaja,” kata Fernandes.33 peratus lagi saham masih menjadi milik taikun besi dari India, Lakshmi Mittal.
   
    Nampaknya kegagalan pembelian kelab West Ham tersebut bagaikan membawa tuah kepada Tan Sri Tony Fernandes kerana West Ham kini telah disingkirkan ke Bahagian Kedua Liga dan QPR sebaliknya berada di Liga Perdana selepas menjuarai Liga Bahagian Dua England.

Menang Lagi!!!!!

  

  Selepas kalah besar dengan kelab  Budapest Honvéd FC pada 9 ogos lalu,skuad Harimau Muda bangkit dengan menewaskan  Dolny Kubin  dengan jaringan 2-0.Skuad Harimau Muda tidak menunggu lama apabila meledak gol pada minit ke 9 oleh Wan Zack Haikal,gol seterusnya hadir pada minit yang ke 37 hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke 37,kemenangan ini adalah kemenagan keempat Harimau Muda selepas aksi 5 perlawanan.Perlawanan berikutnya pada 23 ogos ini dimana Harimau Muda akan menentang FC Nitra..... 

TEMPOH PERCUBAAN DI WIGAN...

          

BADROL BAKHTIAR
   

 Selepas Safiq Rahim,Amirulhadi dan Safee Sali mendapat tawaran daripada kelab-kelab luar negara,kini giliran penyerang skuad hijau kuning iaitu Badrol baddrol Bakhtiar yang di pelawa kontrak tempoh percubaan oleh salah sebuah kelab EPL iaitu Wigan Athletic.
     Namun begitu berita ini belum mendapat satu kepastian dan pengesahan daripada Kedah FA mahu pun FAM sendiri.Menurt Bad,dia belum dapat apa-apa tawaran secara rasmi tetapi ada dengar juga mengenai tawaran tersebut.Dia juga  tidak mahu memikirkan sangat sehingga dapat tawaran secara rasmi-info dari Hafizal Hamad-....Anda juga boleh baca di artikel DISINI...

Kekalahan Pertama Harimau Muda

Selapas memenangi 3 perlawanan persahabatan sebelumnya,Harimau Muda mengalami kekalahan pertama ketika menentang kelab divisyen 1 Hungary iaitu Budapest Honvéd dengan jaringan 4 berbalas 1,gol Malaysia di jaringkan sekali lagi oleh Wan Zack Haikal.Jurulatih Ong Kim Swee menyenaraikan 6 daripada 7 pemain yang baru menyertai kem latihan di Slovakia.
         Berikut adalah aksi perlawanan Pasukan Harimau Muda menentang Budapest Honvéd:



Safee Sali di risik Kelab Bundesliga Jerman




Penyerang sensasi Malaysia dan Pelita Jaya diburu kelab Jerman,perkaraini disah kan sendiri oleh Safee Sali apabila ditemuramah oleh watawan.Andai berita ini menjadi kenyataan,ianya menjadi satu lagi sejarah setelah dia menjadi pemain Malaysia pertama berhijrah ke liga Indonesia dan sekarang ke Bundesliga Jerman.Walaubagaimanapun Safee Sali tidak memberitahu kelab mana kah yang merisik beliau kerana ianya masih di peringkat awal.Safee tidakmahu mengulas lebih lanjut memandangkan ianya masih peringkat awal.


“Saya hanya mendapat khabar dari sana tetapi saya belum mendapat pengesahan jelas. Jadi saya tidak boleh komen terlalu banyak,” katanya.

Amirul Hadi Juga Di pancing Klub Luar


Selepas Safiq Rahim ditawarkan bermain diluar negara,kini namam Amirul Hadi pula dikaitkan akan mengikut jejak Safee Sali dan Safiq Rahim untuk bermain di luar negara.Salah satu klub yang dikaitkan dengan beliau ialah Persib Bandung.Bukan itu sahaja, Amirul Hadi di katakan diperhati salah satu klub di liga J (liga Jepun).
      Terbaca dalam facebook Amirul Hadi yang mengatakan dia tidak tahu pasal dipancing salah satu klub di Jepun.Andai berita ini betul,Amirul Hadi akan menjadi permain dari liga M pertama bermain klub di liga J dan akan menjadi sejarah tersendiri..


SAFIQ RAHIM KE ISL MUSIM DEPAN?

SAFIQ RAHIM



Siapa yang tidak mengenali Kapten Harimau Malaya iaitu Safiq Rahim,sebut je nama ni pasti akan ingat bagaiman freekick daripada beliau menerjah gawang Liverpool dan menewaskan penjaga gol Liverpool.Sememangnya beliau mempunyai kepakaran dalam membuat tendangan freekick....Tutup pasal freekick,kita bercakap pasal perpindahan beliau ke liga Indonesia musim depan.
            Dengarnya Safiq Rahim ingin bermain di liga Indonesia dan ada beberapa klub disana mahu mengimport beliau salah satu klub itu ialah Persija Jakarta yang menduduki tangga ketiga dan akan bermain AFC cup pada musim depan.Pihas FAS tidak akan menghalang pemainnya untuk berbuat demikian kerana ini merupakan peluang terbaik buat pemain itu.Diharapkan perpindahn ini dapat meningkatkan corak pemainan beliau dan semoga berjaya disana serta dapat menimpa pengalaman berkelana di luar negara...

Kontinjen Bola Sepak Malaysia ke Sukan Universiti Dunia 2011



Mustaza Ahmad
Ariff Hashim
Aminuddin Hussin
Muhammad Izzuddin Mohd Azman
Mohd Bukhari Idris
Muhamad Nor Haziq Mohd Aris
Mohd Bunyamin Umar
Reuben Thayaparan Kathiripillai
Muhamad Hazwan Rahman
Arman Fareez Mohd Ali
Muhammad Aizat Jaini
Fahrul Razi Kamaruddin
Mohd Faris Mohamad Yusof
Norhadi Ubaidillah
Aiman Syazwan Abdullah
Saiful Ridzuwan Selamat
Mohd Nursalam Zainal Abidin
Khairul Naim Mahyuddin
Muhamad Afham Zulkipeli
Mohd Nasril Izzat Jalil
Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha’ari
Mohd Asrol Ibrahim
Amirizwan Taj Tajuddin
Mohd Fiqri Mohd Abdullah
Richard Nelson Scully
Muhamad Ashraf Zulkapli

KUMPULAN A
China, Korea Selatan, Colombia, Afrika Selatan
KUMPULAN B
Ukraine, Brazil, Russia, MALAYSIA
KUMPULAN C
Itali, Republik Czech, Uruguay, Thailand
KUMPULAN D
Jepun, Britain, Kanada, Ghana



Jadual perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia
11 Ogos (Khamis): Malaysia vs Ukraine (1630)
14 Ogos (Ahad): Malaysia vs Brazil (1930)
16 Ogos (Selasa): Malaysia vs Russia (1630)

PIALA MALAYSIA 2011




KUMPULAN A : KEDAH - PERAK - SABAH - JOHOR
KUMPULAN B : TERENGGANU - NEGERI SEMBILAN - PKNS - SIME DARBY
KUMPULAN C : KELANTAN - JOHOR FC - FELDA UNITED - SARAWAK
KUMPULAN D : SELANGOR - T-TEAM - KUALA LUMPUR - PDRM


...JADUAL PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 2011
Pusingan 1 PM : 6 , 10 & 13 September
Pusingan 2 PM : 17 , 24 & 27 September
Jadual Suku Akhir PM : 4 & 8 Oktober
Jadual Separuh Akhir PM : 14 & 22 Oktober
FINAL PM 2011 : 29 Oktober 2011

KEMENANGAN KETIGA DI SLOVAKIA

              Skuad Harimau muda(U23) mencatatkan kemenangan yang ketiga berturut-turut selepas menumpaskan Tatran Liptovský Mikulás dengan jaringa 2-1 semalam.Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke 10 dan disusuli gol jaringan Irfan Fazail pada minit-minit terakhir pemainan iaitu minit ke 86.Terdahulu Skuad Harimau Muda berjaya menewaskan FK Bodva Moldava dengan 1-0 dan selepas itu menewaskan MFK Topvar Topoľčany dengan jaringan 2-1...Tahniah Harimau Muda
               Perlawanan seterus nya akan berlangsung pada 6 0gos ini dengan menentang MFK Dolný Kubín...
                                                                    
                                                    Aksi Harimau Muda vs Tatran Liptovky Mikulas

  


MALAYSIA vs OMAN (dibatalkan)

  Perlawanan ini di tunda pada tarikh yang belum ditentukan.Tetapi skuad kebangsaan akan menentang Selangor pada 6 0gos ini di stadium Shah Alam jam 10 malam.


SENARAI 25 PEMAIN DIPANGGIL SEMULA :
                                  
                    Penjaga Gol: Sharbinee Alawee (Ter) . Farizal Marlias (NS). Norazlan Razali (KL)

        Pertahanan: Azmi Muslim (Ked). Asrarudin Putra (Sel). Norhafiz Zamani Misbah (NS). Helmi Rameli(Ter). Farisham Ismail (Kel). Rizal Fahmi Rosid (Kel). Shahrom Kalam (KL). Faizal Muhammad (HMA)

Midfield: Amar Rohidan (Ked). Baddrol Bakhtiar (Ked). Khyril Muhymeen (Ked). Amirulhadi Zainal (Sel). Safiq Rahim (Sel). S.Kunanlan (NS). Ashaari Shamsudin (Ter). Ismail Faruqi (Ter). Joseph Kallang Tie (Ter). S.Chanturu (Kel). Shakir Shaari (Kel)

Penyerang: Abdul Hadi Yahya (Ter). Shahrizal Saad (Jfc). Safee Sali (PJ)


7 Pemain skuad Harimau Muda di gugurkan kerana menjalani latihan di slovakia termasuk penjaga gawang iaitu Khairul Fahmi Che Mat dan 10 pemain senior dipanggil semula.Kem pusat akan diadakan pada 3 ogos ini.