Peminat Bola

Baca ni!!!

BADMINTON

Jurulatih KLRC tak faham syarat pelik dikenakan

MENGARUT dan tidak masuk akal!

Itulah kesimpulan bekas pakar beregu negara, Razif Sidek berhubung syarat dikenakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kepada beregu bimbingannya, Mohd Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan Tazari andai mahu menjalani 'sparring' dengan skuad negara.
Antara syarat mengarut dan tidak masuk akal itu ialah pasangan kelab profesional KLRC itu tidak boleh membawa jurulatih, tidak dibenarkan memakai baju lain selain baju penaja BAM dan mereka tertakluk kepada arahan jurulatih BAM sepanjang ‘sparring’ dua kali seminggu selama tiga bulan yang ditetapkan itu.

“Saya tidak faham dengan syarat ditetapkan BAM itu. Adakah BAM benar-benar ikhlas? Mengapa melarang saya datang... Saya benar-benar tidak faham dan ia langsung tidak masuk akal,” kata Razif selepas latihan di New Vision Badminton Akademi di Petaling Jaya, semalam.

Apapun, tindakan BAM itu pasti mencetuskan kemelut baru sedangkan pertikaian antaranya dengan satu lagi beregu KLRC, Gan Teik Shai-Tan Bin Shen belum selesai dan mereka juga mungkin tidak lagi dibenarkan ‘sparring’ dengan skuad negara kerana ‘bermasalah’ dengan badan induk itu.

Adakah dengan tindakan mengarut dan tidak masuk akal BAM itu akan membantu perkembangan dan kemajuan badminton negara dan mengapa Morten Frost Hansen yang datang membawa skuad pelapis Denmark menjalani latihan bersama skuad negara sebelum Aidilfitri lalu tidak dikenakan syarat sama?

Sumber :Berita harian

 

'Biar mereka bersuara'




KIEN KEAT (kiri) dan Boon Heong perlu bebas bersuara bagi memenuhi kehendak mereka.

BEREGU lelaki utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong perlu diberi lebih banyak peluang untuk bersuara sekiranya mahu menyaksikan mereka mencapai sasaran membawa pulang pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London.
Begitupun, sejauh mana kesahihannya, hanya pemain itu sendiri yang lebih mengetahui.
Bekas pemain beregu negara, Razif Sidek (gambar kecil) berkata, komunikasi antara jurulatih dan pemain adalah penting kerana ia dapat mempengaruhi prestasi serta corak permainan mereka.
“Pada pandangan peribadi saya, mungkin sebelum ini pandangan serta keluhan mereka (Kien Keat-Boon Heong) tidak diendahkan oleh jurulatih yang bertanggungjawab ke atas mereka.
“Sebagai pemain, mereka berhak untuk bersuara memberitahu kepada jurulatih apa sebenarnya yang mereka kehendaki. Jurulatih pula perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya terhadap kemahuan mereka itu,” kata Razif ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Razif berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan Kien Keat-Boon Heong kepada Persatuan Bad minton Malaysia (BAM) yang mahu berlatih di bawah kendalian Pang Cheh Chang dan bukannya jurulatih mereka sebelum ini, Rexy Mainaky.
Setelah mengkaji daripada semua aspek, permintaan beregu utama negara itu bagaikan sudah ditunaikan apabila Jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan (C&T) BAM melantik Tan Kim Her menjadi ketua jurulatih beregu lelaki yang baharu minggu lalu.
Situasi tersebut sekali gus menyaksikan Kim Her bakal dibantu oleh dua jurulatih iaitu Cheh Chang dan Rosman Razak.
Rexy pula dilantik menjadi ketua jurulatih beregu bagi skuad badminton wanita negara.
Bagi Razif, dia merasakan bahawa permintaan yang dibuat oleh Kien Keat-Boon Heong itu berkemungkinan mereka mahu sesuatu yang baharu dalam corak latihan mereka daripada terus dihantui rutin yang sama setiap hari.
“Pemain-pemain sudah pastinya sentiasa mahukan sesuatu yang berbeza kerana ia boleh mengelakkan mereka daripada cepat bosan. Jika pemain itu datang menjalani latihan dan boleh menjangka apa yang akan mereka lakukan, itu adalah satu masalah.
“Pada saya, jurulatih perlu kreatif dalam menyusun corak latihan mereka setiap hari,” jelas Razif.
Tambahnya, Kien Keat-Boon Heong juga mungkin merasakan lebih selesa dengan Cheh Chang berbanding Rexy.
“Macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Kita tidak tahu.
“Sebab itu, mereka mungkin merasakan lebih seronok sekiranya dapat menjalani latihan di bawah Cheh Chang dan mereka pun kemukakan permintaan kepada BAM untuk menukar jurulatih.
“Bagi mereka, peluang untuk buktikan yang mereka mampu menjadi sandaran negara pada Sukan Olimpik nanti adalah cerah. Tidak perlu tunggu sehingga enam bulan, tiga atau empat kejohanan sahaja sudah cukup untuk menilai prestasi mereka dengan jurulatih yang baharu,” tambah Razif.
Razif merupakan bekas pemain beregu negara yang berjaya memenangi pingat gangsa pada temasya Sukan Olimpik 1992 di Barcelona bergandingan bersama adiknya, Jailani Sidek.



SUMBER :KOSMO





Zakry/Fairuzizuan Keluar Dari BAM


Fairuzizuan dan Zakry

Persatuan Badminton Malaysia(BAM) semalam mengumumkan berita mengejut apabila Mohd Zakry Abdul Latif dan Farizizuan akan meninggalkan skuad kebangsaan selepas 15 tahun menaung di bawah BAM.Dengan mengambil kira sumbangan yang telah kedua-dua pemain berikan kepada negara pihak BAM melepaskan mereka tanpa syarat.Mereka berdua menghantar surat kepada BAM pada 17 ogos yang lalu untuk keluar dari BAM dan ingin menjadi pemain bebas di luar sana.Mengenai bekas pasangan mereka iaitu Hoon Thiew How dan Ong Soon Hock pihak BAM menyerahkan kepada Jawatankuasa kejurulatihan dan latihan untuk menentukan arah tuju kedua-dua pemain tersebut...




BADMINTON WORLD CHAMPIONSHIPS


IMPIAN EMAS BERKECAI



Impian Lee Chong Wei berkecai selepas tumpas kepada seteru utamanya dan juga pilihan kedua kejohanan iaitu Lin Dan.Chong bermula garang apabila berjaya menumpaskan lawan pada set pertama 22-20,namun gagal pada set kedua dengan 21-14.Kedua-dua pemain saling berkejar mata pada set ketiga sehinggalah pada satu seketika Chong Wei mendahului dengan 16-13,namun kesilapan memberikan bola keluar mendekat kan mata sehingga 16-16,sekali lagi Chong Wei dihadapan dengan memerlukan satu saja lagi mata untuk mencipta sejarah tetapi gagal melakukannya,perlawanan diteruskan ke mata tambahan sehingga lah Lin Dan berjaya memenaggi perlawanan tersebut dengan 23-21.Lin Dan berjaya memenaggi kejohanan dunia buat kali keempat.
         Buat kali kelapan berturut-turut China memenanggi kesemua gelaran yang dipertandingkan,Wang Yihan berjaya menumpaskan pemain China Taipei dikuti dengan bergu lelaki apabila gandingan Cai Yun dan Fu Haifeng berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut menutup kejayaan gemilang China adalah bergu campuran mereka berjaya menumpaskan lawan masing-masing
         "Kekalahan ini memang perit tetapi saya telah mencuba sedaya upaya,mungkin nasib tidak menyebelahi saya"kata jaguh pemain perseorangan negara yang berlinangan air mata sejurus tamat perlawanan.Dia juga tidak akan berputus asa dan akan mencuba pada tahun 2013,dan sekarang tumpuannya di Olimpik tahun hadapan.Lee Chong Wei juga Mengalami kekejangan otot dan terpaksa mendapatkan rawatan selepas tamat perlawanan.


PERTEMUAN DUA GERGASI BADMINTON DUNIA



      Perlawanan yang di ibarat buku bertemu ruas,itu lah istilah yang boleh dikatakan pada pertemuan peringkat akhir perlawanan badminton dunia 2011.Terdahulu Lee chong Wei melangkah ke peringkat akhir dengan menumpaskan rakan senegara Lin Dan iaitu Chen Jin dengan staraigh set iaitu 21-13,21-9 manakala Lin Dan menumpaskan Peter Gade pada perlawanan separuh akhir tengah malam semalam dengan pertarungan sehingga ketiga set iaitu 22-24,21-7,21-21-15.Perlawanan peringkat akhir kejohanan dunia adalah perlawanan pertama buat Lee Chong Wei dan ingin mencari kemenangan pertama untuk dirinya berbanding dengan Lin Dan yang telah memegang gelaran ini sebanyak tiga kali dan ingin mencari kemenangan keempat buat dirinya.
      Perlawanan peringkat akhir akan berlangsung pada pukul 7 malam ini waktu Malaysia dan perhintungan antara Lee Chong Wei dan Lin Dan akan bermula sejurus selepas perlawanan bergu campuran iaitu perlawanan yang kedua
    Berikut adalah Jadual peringkat akhir:
  • Yang Xioli/Yu Yang VS Qian tian/Zhou Yunlei
  • Lee Chong Wei VS Lin Dan
  • Chen Shou Chieh VS Wang Yihan
  • Fu Hai Feng/Cai Yun VS Ko Sung Hyun/Yoo Yeon Seong
  • Zhang Nan/Zhou Yunlei VS Chris Adcock/Imogen Bankier


Keputusan pusingan pertama (8 ogos 201)

(MS)Lee Chong Wei  kalahkan  Tanongsak Saensomboonsuk (21-15,21-17)
(MD)Zakry Abdul Latif/Hoon Thien how  kalahkan  Tony Gunawan/Howard Bach (21-17,21-14)
(WD)Ng Hui Ern/Ng Hui Lin  kalahkan  Anna Kobceva/Elena Prus (21-14,22-20)
(XD)Chan Peng Soon/Goh Liu Ying  kalahkan  Lino Munoz/Cynthia Gonzales (21-9,21-5)
(MD)Chan Peng Soon/Lim Khim Wah  kalah kepada  Adam Cwalina/Michal Logosz (13-21,19-21)
(WD)Chin EEi Hui/Wong Pei Tty  kalahkan  Jenny Wollwork/Gabrielle White (21-12,21-14)

--->Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mendapat bye dipusingan pertama
--->Wong Choon Hann memulakan aksi pada 9/8 ini.


Keputusan Pusingan Kedua:


(MD)Mohd Zakry ABDUL LATIF & Thien How HOON kalah kepada Chieh Min FAN & Sheng Mu LEE(24-26,19-21)
(XD) Peng Soon CHAN & Liu Ying GOH kalahkan Nathan ROBERTSON & Jenny WALLWORK( 21-19 21-19)
(WD)Hui Ern NG & Hui Lin NG kalah kepada Matsutomo MISAKI & Ayaka TAKAHASHI (10-21,11-21)
(XD)Jien Guo ONG & Sook Chin CHONG kalahkan Min Chun LIAO & Hsiao ( 21-18 21-16)
(MS)Choong Hann WONG kalahkan Yu Hsing HSIEH(21-7 21-9)





KEPUTUSAN PERINGKAT KETIGA:
  • Lee Chong Wei kalahkan Park Sung Hwan(21-10.21-5)
  • Koo Kien Keat/Tan Boon Heong kalahkan  Chen Hung Ling/Lin Yu Lang(21-13,21-14)
  • Chan Peng Soon-Goh Liu Ying kalah kepada Chayut Triyachart/Lei Yao(19-21,14,21)
 PUSINGAN SUKU AKHIR:
  • Lee Chong Wei VS  Kevin Cordon
  • Koo Kien Keat/Tan Boon Heong VS  Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong

 KEPUTUSAN SUKU AKHIR
  • Lee Chong Wei kalahkan Kevin Cordon(21-7,21-13)
  • Koo Kien Keat/Tan Boon Heong kalah kepada Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong(21-17,21-13) 

PERLAWANAN SEPARUH AKHIR(MS)
  • Lee Chong Wei VS Chen Jin
  • Lin Dan VS Peter Gade
PERLAWANAN AKHIR (MS)
  • LEE CHONG WEI VS LIN DAN