Peminat Bola

Baca ni!!!

Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts
Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts

Harimau Malaya Mengaum,BahamSri Lanka

            
























Hatrik daripada penyerang Harimau Muda A, Ahmad Hazwan Bakri,dua gol juga dari pemain skuad Harimau Muda A iaitu Wan Zack Haikal dan satu dol dari Azammuddin Akil memastikan skuad kebangsaan mencatat kemenangan dengan penuh bergaya dengan membenam Sri lanka dengan 6 berbalas 0 pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam semalam. 
        
     Pada perlawanan tersebut, Harimau Malaya tampil garang seawal minit ke-19 tetapi Ahmad Syakir Ali gagal memanfaatkan hantaran Safee Sali.
    Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu dilihat semakin yakin selepas percubaan pertama itu dan seperti dijangka mereka berjaya menguasai bahagian tengah, sekali gus menghadirkan tekanan buat pasukan lawan.
    Hasilnya, skuad negara berjaya menjaringkan gol pembukaan menerusi Wan Zack yang tidak mensia-siakan lorongan Safee pada minit ke-25.
    Berselang dua minit kemudian, Wan Zack sekali lagi berjaya menewaskan penjaga gawang Sri Lanka, Weearsinghe Sinnath apabila penyerang Harimau Muda itu bijak membaca hantaran jauh Safiq Rahim untuk menjadikan kedudukan 2-0 sehingga tamat aksi separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, skuad negara terus mendominasi perlawanan dengan melancarkan serangan bertali arus, namun gagal menembusi gawang pasukan pelawat yang dilihat lebih banyak bertahan daripada melancarkan serangan.
Penyerang gantian, Hazwan kembali menceriakan 5,000 penyokong fanatik Harimau Malaya apabila meledak gol ketiga untuk skuad negara pada minit ke-71.
Selang 10 minit kemudian, Hazwan sekali lagi muncul sebagai pemusnah apabila menjaringkan gol keempat sebelum Azzamuddin menjaringkan gol kelima Harimau Malaya pada minit ke-81.
Hazwan melengkapkan kemenangan bergaya buat pasukan tuan rumah apabila menjaringkan hatrik pada masa kecederaan.

 WAN Zack (kanan) bijak memperdaya penjaga gol Sri Lanka  sebelum merembat bola ke dalam gawang lawan pada perlawanan persahabatan antarabangsa  di Stadium Shah Alam, malam tadi.





HARIMAU MALAYA AKAN Di UJI HUJUNG BULAN INI




Skuad bola sepak kebangsaan bakal diuji oleh sebuah negara luar dalam satu perlawanan persahabatan penghujung bulan ini sebagai persediaan awal mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi di Indonesia pada 2010.
Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal ketika mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan menamakan negara berkenaan kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mengadakan rundingan dengan persatuan bola sepak negara itu.

"Perlawanan itu mungkin diadakan di sini namun saya tidak mahu dedahkan terlebih dahulu kerana FAM yang akan mengumumkannya selepas selesai rundingan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen  "You're not you when you're hungry" oleh Snickers di sini hari ini.

Pada majlis itu, Rajagobal dan dua pemain Mohd Safiq Rahim dari pasukan Selangor dan S. Kunanlan dari Negeri Sembilan dilantik sebagai "Duta Snickers".

FAM sebelum ini dipercayai telah menghantar surat permohonan kepada Persatuan Bolasepak Thailand dan Persatuan Bolasepak Australia untuk mengadakan perlawanan persahabatan namun terpaksa ditolak oleh kedua-dua negara disebabkan komitmen liga domestik negara-negara itu.

Rajagobal berkata, beliau akan menampilkan beberapa muka baru dalam skuad Harimau Malaya itu apabila menghadapi beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan tempatan atau luar.

"Mungkin beberapa pemain dari Sarawak, Kedah atau Kelantan ataupun Harimau Muda A. Saya hanya akan mengetahui keupayaan sebenar skuad kebangsaan kita sehinggalah saya benar-benar berpuashati dengan persembahan yang dipamerkan oleh pemain-pemain kita," katanya.

Setakat ini, hanya Persatuan Bolasepak Singapura yang menyatakan persetujuan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf 'A' menentang skuad  kebangsaan di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 8 Julai, dan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini pada 12 Julai.

Malaysia (1),India (1)...Perlawanan Persahabatan


Skuad Kebangsaan bimbingan K.Rajagobal yang mengadakan perlawanan persahabatan di India,menentang pasukan Kebangsaan India pada perlawanan pertama pada 13 November hanya sekadar seri 1-1.
    Safiq Rahim membuka tirai gol untuk Malaysia berada dihadapan pada minit ke-42,tamat masa pertama Malaysia mendahului dengan 1-0.Separuh masa kedua Malaysia nampak lebih garang,tetapi India  membuat serangan demi serangan ke gawang gol Malaysia.2 mint sebelum masa perlawanan tamat Syed Rahim Nabi muncul wira India apabila menjaringkan gol penyamaan,Tamat perlawanan Malaysia 1, India 1.....Satu perlawanan lagi akan berlangsung pada 16 November ini antara Malaysia dan India.