Peminat Bola

There was an error in this gadget

Baca ni!!!

Hatrik Hazwan Pada Penampilan Pertama Bersama Skuad Senior


Hazwan Bakri

     Biarpun hanya beraksi selama 20 minit dan merupakan aksi pertamanya bersama skuda senior, pemain Harimau Muda A, Ahmad Hazwan Bakri menggegar di hadapan 5,000 penyokong di Stadium Shah Alam apabila mencipta hatrik untuk membantu Harimau Malaya membaham Sri Lanka 6-0 pada perlawanan persahabatan, semalam.
Masuk menggantikan Safee Sali pada minit ke-70, Hazwan yang baru berusia 20 tahun, mempamerkan belangnya dengan menjaringkan gol pada minit ke-71, ke-82 dan ke-90.

Menggantikan Safee pada minit ke-71, sentuhan pertama Hazwan terus menghasilkan gol ketiga Harimau Malaya yang juga gol pertamanya pada perlawanan sulung bersama skuad senior negara di pentas antarabangsa.
Hazwan terus mempamerkan bisanya dengan meledak gol kedua peribadi pada minit ke-82 selepas menerima hantaran dari sebelah kiri sebelum penyerang Pahang, Azamuddin Akil menambah gol kelima apabila mudah menolak masuk bola muntah percubaan Mohd. Aidil Zafuan melalui situasi sepakan percuma pada minit ke-85.

Ketika perlawanan hampir tamat, Hazwan sekali lagi mencuri tumpuan apabila melalui gerakan kreatif Safiq, Hazwan yang merupakan pemain produk Kuala Lumpur menanduk masuk gol keenam Harimau Malaya, sekali gus mengesahkan jaringan hatrik.



Harimau Malaya Mengaum,BahamSri Lanka

            
























Hatrik daripada penyerang Harimau Muda A, Ahmad Hazwan Bakri,dua gol juga dari pemain skuad Harimau Muda A iaitu Wan Zack Haikal dan satu dol dari Azammuddin Akil memastikan skuad kebangsaan mencatat kemenangan dengan penuh bergaya dengan membenam Sri lanka dengan 6 berbalas 0 pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam semalam. 
        
     Pada perlawanan tersebut, Harimau Malaya tampil garang seawal minit ke-19 tetapi Ahmad Syakir Ali gagal memanfaatkan hantaran Safee Sali.
    Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu dilihat semakin yakin selepas percubaan pertama itu dan seperti dijangka mereka berjaya menguasai bahagian tengah, sekali gus menghadirkan tekanan buat pasukan lawan.
    Hasilnya, skuad negara berjaya menjaringkan gol pembukaan menerusi Wan Zack yang tidak mensia-siakan lorongan Safee pada minit ke-25.
    Berselang dua minit kemudian, Wan Zack sekali lagi berjaya menewaskan penjaga gawang Sri Lanka, Weearsinghe Sinnath apabila penyerang Harimau Muda itu bijak membaca hantaran jauh Safiq Rahim untuk menjadikan kedudukan 2-0 sehingga tamat aksi separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, skuad negara terus mendominasi perlawanan dengan melancarkan serangan bertali arus, namun gagal menembusi gawang pasukan pelawat yang dilihat lebih banyak bertahan daripada melancarkan serangan.
Penyerang gantian, Hazwan kembali menceriakan 5,000 penyokong fanatik Harimau Malaya apabila meledak gol ketiga untuk skuad negara pada minit ke-71.
Selang 10 minit kemudian, Hazwan sekali lagi muncul sebagai pemusnah apabila menjaringkan gol keempat sebelum Azzamuddin menjaringkan gol kelima Harimau Malaya pada minit ke-81.
Hazwan melengkapkan kemenangan bergaya buat pasukan tuan rumah apabila menjaringkan hatrik pada masa kecederaan.

 WAN Zack (kanan) bijak memperdaya penjaga gol Sri Lanka  sebelum merembat bola ke dalam gawang lawan pada perlawanan persahabatan antarabangsa  di Stadium Shah Alam, malam tadi.





Peluang NAZMI FAIZ Kembang Bakat

Bintang Harimau Muda, Nazmi Faiz mungkin akan beraksi bersama pasukan simpanan Cardiff City selama setahun.



Siapa yang tidak kenal nama Nazmi Faiz yang berusia 17 tahun kini bersama pasukan Harimau Muda yang beraksi di dalam Liga Singapura.
Ramai yang mengetahui bakat dan kebolehan pemain remaja ini yang menyerlah dalam saingan kelayakan Olimpik, Sukan SEA dan juga Liga Singapura. Pergerakannya di padang sentiasa mendapat perhatian.
Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee sangat mengenali kebolehannya anak buahnya itu tetapi berharap bakatnya dapat dipupuk lagi di Eropah.
Bercakap kepada akhbar Singapura, Today, Ong Kim Swee berkata: "Nazmi mempunyai bakat yang jarang kita lihat. Bakatnya semulajadi dengan pengelihatan yang baik untuk membuat hantaran dan juga keupayaan teknikal yang kuat. Dia perlu ke luar negara untuk beraksi di tahap yang lebih tinggi untuk mengembangkan bakatnya."
"Untuk ke arah itu, kami akan bertemu dengan wakil dari Cardiff City pada minggu ini untuk memuktamadkan beberapa perkara untuk Nazmi beraksi dengan pasukan simpanan mereka.
"Tetapi kami terutama sekali mesti tahu bila dia boleh kembali ke Malaysia untuk menduduki peperiksaan dan jika mereka boleh melepaskannya itu tugas bersama skuad kebangsaan." katanya lagi.
Cardiff City yang dimiliki oleh usahawan Malaysia, Dato Chan Tien Ghee sebelum ini pernah menawarkan sesi percubaan kepada Safee Sali dan Safiq Rahim tetapi situasi Nazmi sedikit berbeza dimana dia dicadangkan untuk bermain bersama pasukan simpanan.
Nazmi Faiz telah menerima banyak pujian sejak persembahannya dalam Sukan SEA tahun lepas. Dan pada kelayakan Olimpik dengan Bahrain, dia telah menjaringkan gol yang hebat.
"Itu merupakan gol terbaik saya pernah jaringkan. Tetapi saya tidak rasa saya seorang bintang. Rakan sepasukan dan saya semuanya sama," kata Nazmi kepada Today.
Setakat ini Nazmi telah beraksi dalam lapan perlawanan Liga Singapura dan menjaringkan dua gol.
"Sejujurnya saya terkejut ada orang Singapura berpendapat bahawa saya pemain yang luar biasa," kata Nazmi lagi.
"Saya berbangga tetapi tiada tekanan dan masih banyak yang perlu dicapai. Impian saya adalah untuk bermain di Eropah dan beraksi seperti idola saya, Xavi Hernandez."

HARIMAU MALAYA AKAN Di UJI HUJUNG BULAN INI




Skuad bola sepak kebangsaan bakal diuji oleh sebuah negara luar dalam satu perlawanan persahabatan penghujung bulan ini sebagai persediaan awal mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi di Indonesia pada 2010.
Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal ketika mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan menamakan negara berkenaan kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mengadakan rundingan dengan persatuan bola sepak negara itu.

"Perlawanan itu mungkin diadakan di sini namun saya tidak mahu dedahkan terlebih dahulu kerana FAM yang akan mengumumkannya selepas selesai rundingan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen  "You're not you when you're hungry" oleh Snickers di sini hari ini.

Pada majlis itu, Rajagobal dan dua pemain Mohd Safiq Rahim dari pasukan Selangor dan S. Kunanlan dari Negeri Sembilan dilantik sebagai "Duta Snickers".

FAM sebelum ini dipercayai telah menghantar surat permohonan kepada Persatuan Bolasepak Thailand dan Persatuan Bolasepak Australia untuk mengadakan perlawanan persahabatan namun terpaksa ditolak oleh kedua-dua negara disebabkan komitmen liga domestik negara-negara itu.

Rajagobal berkata, beliau akan menampilkan beberapa muka baru dalam skuad Harimau Malaya itu apabila menghadapi beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan tempatan atau luar.

"Mungkin beberapa pemain dari Sarawak, Kedah atau Kelantan ataupun Harimau Muda A. Saya hanya akan mengetahui keupayaan sebenar skuad kebangsaan kita sehinggalah saya benar-benar berpuashati dengan persembahan yang dipamerkan oleh pemain-pemain kita," katanya.

Setakat ini, hanya Persatuan Bolasepak Singapura yang menyatakan persetujuan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf 'A' menentang skuad  kebangsaan di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 8 Julai, dan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini pada 12 Julai.

TERENGGANU,KELANTAN KUTIP 3 MATA





Joseph Kalang Tie.



Keputusan Piala AFC yang melibatkan 2 pasukan dari Malaysia iaitu Terengganu dan Kelantan pada 4 April 2012 menyaksikan kedua-dua wakil Malaysia berjaya mengutip 3 mata penuh selepas menunduk kan lawan masing-masing.Terlebih dahulu Terengganu berjaya mengalahkan Tampines Rovers di tempat lawan dengan jaringan 1-0 hasil jaringan tunggal Joseph Kalang Tie.
      











M.Ghaddar Cipta hatrik dengan menjaringkan 3 gol.
Kelantan juga berjaya menumpaskan lawannya iaitu Arema Indonesia dengan 3-0 hasil jaringan hatrik pemain importnya iaitu M.Ghaddar.Gol pertama muncul mint awal,gol kedua muncul selepas beberapa minit babak kedua bermula hasil dari sepakan sudut yang diambil kapten pasukan Kelantan Iaitu Badri Radzi yang di tanduk kemas sekali lagi  Ghaddar meletakkan Kelantan mendahului 2-0.Kelaantan menambah gol 3 pada minit-minit akhir perlawanan juga jaringan dari M.Ghaddar.Tamat perlawanan Kelantan 3 Arema Indonesia 0.Perlawanan timbal balik akan diadakan pada 10/4/2012 di Indonesia.









IBU Tawar Kontrak Kepada Ariff



LANGKAH berani Muhd Ariff Zulkifly berkelana ke New Zealand menjalani ujian percubaan bersama Akademi Bola Sepak Ole membuahkan hasil apabila ditawar kontrak mewakili kelab Island Bay United (IBU) untuk beraksi dalam Liga Perdana New Zealand Central.

Biarpun hasrat utamanya untuk beraksi dalam liga utama negara itu, ASB Premiership tidak kesampaian, pemain berusia 19 tahun itu tetap menganggap peluang diberikan IBU itu tidak wajar dilepaskan jika mahu melebarkan sayap ke peringkat lebih tinggi.

“Saya dimaklumkan oleh Nate Winkel (Pengarah Akademi Ole) mengenai perkara ini dan kemudian sudah mengadakan perbincangan awal dengan kelab IBU. Mereka berminat selepas melihat saya beraksi dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dan latihan bersama Ole.

“Walaupun IBU tidak beraksi dalam liga utama, bagi saya ini permulaan baik untuk menimba pengalaman serta meningkatkan prestasi sebelum mencuba nasib ke negara lain. Jika saya mempamerkan permainan baik bersama pasukan utama IBU dalam liga, saya yakin peluang ke Eropah juga cerah,” katanya yang mula menjalani latihan di Ole, awal Mac lalu.

Bagaimanapun bekas kapten skuad bawah 17 tahun negara itu belum boleh menandatangani kontrak bersama IBU memandangkan masih mempunyai komitmen bersama skuad Piala Presiden Selangor hingga Jun ini.

Ariff akan pulang ke tanah air pada 1 Mei bagi berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengenai kontraknya itu.
“Saya belum tahu dari segi tempoh dan gaji yang akan diberikan IBU kerana mereka mahu saya menyelesaikan kontrak dengan Selangor terlebih dulu,” kata pemain pertahanan itu yang bercita-cita besar beraksi di England.

Selain itu, Ariff juga mendapat perkhabaran gembira apabila ditawar peluang menjalani ujian selama dua hari bersama Liga Conference England, Luton Town FC pada 31 Mei ini.
“Saya belum pasti lagi sama ada akan menerima tawaran Luton itu kerana saya juga perlu memikirkan kos yang tinggi untuk ke sana,” katanya yang mendapat tajaan Mister Potato sebanyak RM14,000 untuk ke New Zealand itu.