Peminat Bola

Baca ni!!!

Showing posts with label HARIMAU MUDA. Show all posts
Showing posts with label HARIMAU MUDA. Show all posts

Harimau Muda A MENGGANAS lagi..


Skuad B-23 negara, Harimau Muda A terus mengaum di bumi Kanggaru apabila mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam siri empat aksi persahabatan di Australia selepas menewaskan pasukan divisyen dua negara itu, Brisbane Lions 2-1 di Pusat Sukan dan Olahraga Queensland (QSAC), Brisbane, semalam.
Penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan mudah menolak masuk gol pertama Harimau Muda A seawal minit ketiga sebelum lawan menyamakan kedudukan, 11 minit kemudian.
Gol kemenangan dijaringkan Rozaimi Abd Rahman menerusi sepakan percuma menarik pada minit ke-39.
“Ternyata Brisbane Lions lebih kuat daripada Palm Beach Sharks tetapi perlu diingat yang saya juga membuat lima hingga enam pertukaran pemain berbanding kesebelasan yang menang 5-1 ke atas lawan pertama kita (Sabtu lalu).
“Walaupun mungkin ada yang kata lawan hanyalah pasukan divisyen dua Australia, bagi saya mereka tetap memberi kesukaran dengan fizikal yang tinggi, cuma dari segi teknikal dan disiplin, pemain kita lebih baik,” kata pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee ketika dihubungi di Brisbane, malam tadi.
Dia turut gembira melihat semua pemain menunjukkan persaingan sengit sesama sendiri merebut tempat dalam kesebelasan utama menjelang Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember depan.
“Kesungguhan inilah saya mahu lihat di kalangan pemain. Perebutan tempat dalam kesebelasan masih terbuka,” kata Kim Swee menjelang baki dua lagi perlawanan bertemu satu lagi kelab divisyen dua, Brisbane Olympic, Sabtu ini dan kelab liga utama Australia, Brisbane Roar, Selasa depan

HARIMAU MUDA A BUKA LANGKAH KANAN


Harimau Muda XI: Izham (GK), Kenny, Shahrul Saad, Amer Saidin, Azrif Nasrulaq, Adam Norazlin, Irfan Fazail (C), Wan Zaharulnizam, Nurridzuan, Thamil Arasu, Rozaimi

Pasukan Malaysia Bawah-23 bermula dengan langkah kanan selepas berjaya menewaskan pasukan Palm Beach Sharks 5-1 pada aksi persabahatan pertama di Australia.
Jaringan oleh Wan Zaharulnizam, Rozaimi, dua jaringan oleh Thamil Arasu pada babak pertama dan jaringan oleh Izzaq Faris pada separuh masa kedua telah memberikan kemenangan selesa untuk Harimau Muda pada aksi persahabatan pertama mereka di Brisbane, Australia.
Harimau Muda menguasai keseluruhan separuh masa pertama tanpa memberi peluang kepada The Sharks. Wan Zaharulnizam berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-24.
Terdapat banyak percubaan yang dilakukan oleh skuad Bawah-23 itu dan mereka ternyata mampu memenangi perlawanan itu dengan jumlah gol yang banyak.
Empat minit selepas itu, Rozaimi menyumbat gol mudah dari kiri selepas penjaga gol Sharks gagal megawal gawang golnya dengan baik.
Pasukan tuan rumah beraksi dengan lebih fizikal namun itu tidak menghalang Harimau Muda untuk terus mengasak dan pada minit ke-32, Thamil Arasu menjaringkan gol ketiga perlawanan hasik hantaran oleh Irfan Fazail.
Tiga minit selepas itu, Thamil sekali lagi menjaringkan gol mudah dan meletakkan Harimau Muda 4-0 di hadapan pasa separuh masa pertama.
Jurulatih Ong Kim Swee melalukan enam penukaran pemain pada babak kedua dengan memasukkan Syahrul Azwari, Saarvindran, Izzaq Faris, Hazwan Bakri, Syahid Zaidon dan Mohd Firdaus menggantikan Nurridzuan, Rozaimi, Izham Tarmizi, Wan Zaharulnizam, Adam Nor Azlin dan Thamil Arasu.
The Sharks yang pemainnya secara purata berumur 22 tahun itu, mula bangkit selepas waktu rehat. Penjaga gol kedua Harimau Muda, Firdaus lebih diuji berbanding Izham pada babak pertama perlawanan.
Barisan pertahanan Harimau Muda juga diasak oleh pasukan tuan rumah yang masih cuba untuk mendapatkan jaringan walaupun sudah ketinggalan 4-0.
Walaubagaimanapun, pada minit ke-68 Izzaq Faris berjaya menembusi gawang gol pasukan tuan rumah itu dan meletakkan Harimau Muda 5-0 di hadapan.
Aksi pasukan Harimau Muda pada babak kedua berlainan dengan separuh masa pertama ikutan dari perubahan enam pemain termasuk Ariff Farhan dan Saiful Ridzuwan yang masuk menggantikan Amer Saidin dan Irfan Fazail pada minit ke-50.
Selepas beberapa kali cuba mengasak, The Sharks akhirnya berjaya menjaringkan gol saguhati pada minit ke-82 perlawanan.



KREADIT :ESPN STAR..

Seri Perlawanan Persahabatan Harimau Muda Di Australia


Tiga perlawanan persahabatan Harimau Muda di Australia nampaknya mencatatkan keputusan yang sungguh membanggakan kerana Harimau Muda mencatatkan 2 kemenangan daripada 3 perlawanan.Perlawanan pertama skuad Harimau Muda ialah menentanh Sydney FC,di mana skuad Harimau Muda ini berjaya membenan kelab dari Australia ini dengan jaringan 3 gol  tanpa balas.jaringan di jaringkan oleh Hazwan Bakri yang menyumbat 2 gol dan Gurusamy menyumbat 1 gol lagi.Selepas perlawanan pertama tamat,keesokan harinya skuad Harimau Muda turun sekali lagi untuk menentang Central Coast Marines,dimana menyaksikan skuad Harimau Muda tewas tipis dengan 1 gol sahaja,namun dalam perlawanan ini Fakri Saarani mendapat pujian dari jurulatih kelab tersebut.Pujian harus diberikan pada skuad Haarimau Muda kerana kalah tipis kepada naib juara Liga Australia...

Perlawanan terakhir yang melibatkan skuad Harimau Muda ialah menentang kelab yang sama iaitu Central Coast Marines yang menyaksikan Harimau Muda membaham kelab tersebut dengan jaringan 4-1.Keputusan ini menyaksikan skuad Harimau Muda dalam persiapan yang bagus untuk bermain di Liga Singapura...

Gambar Mahali,Muslim,Nazmi dan Fandi Di Konti Hot FM

Selepas berjaya mempertahan kan pingat emas di sukan sea,nama-nama pemain Harimau Muda tidak pernah lekang di bibir peminat-peminat bola sepak tanah air Malaysia.Ada beberapa pemain Harimau Muda di jemput datang ke siaran langsung contohnya di Malaysia Hari Ini(MHI),Radio Hot FM,dan semua pemain ini muncul di dalam sebuah rancangan yang bertajuk Stadium Angkasa di TV 1....























Malaysia Tempat Ke-3 di Kejohanan Piala VFF 2011





Malaysia menamatkan Vietnam Football Federation (VFF)tempat yang ketiga selepas mengharunggi 3 perlawanan.Perlawanan pertama Malaysia menyaksikan anak didik Ong Kim Swee tumpas kepada Uzbekistan dengan jaringan 3-1pada 19 Oktober.Perlawnan kedua menyaksikan pertemuan antara Malaysia menentang Myanmar pada 21 Oktober dimana Malaysia menang 2-1 hasil jaringan Syahrul Azwari dan Kapten pasukan Baddrol Bakthihar.Perlawanan terakhir menemukan Malaysia dengan Vietnam pada 23 Oktober yang menyaksi Malaysia seri 1-1 sama,gol dijaringkan menerusi free kick Baddrol Bakthihar.Perlawanan yang melibat kan 4 negara menyaksikan Uzbekistan muncul juara apabila mengumpul 7 mata,di ikuti dengan Vietnam 5 mata,Malaysia dengan 4 mata dan terakhir Myanmar 0....Maka tamatlah saingan Piala ini yang di jalankan secara satu pusingan



Peledak Harimau Muda Tunjuk Taring


KETIADAAN 14 tonggak utama jelas tidak menghalang kemaraan skuad Harimau Muda merakam kemenangan 4-2 ke atas Selangor pada perlawanan persahabatan di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), petang semalam.
      �Sudah lama kami tidak menjaringkan empat gol, ini membuktikan barisan ini juga mempunyai kepakaran di bahagian penyudah,� kata jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee mengenai pasukannya yang rata-rata dibarisi pemain simpanan skuad bawah 23 selepas 11 dipanggil membawa cabaran negara di Canberra manakala tiga lagi masih di Slovakia.
      �Saya harap perkara ini akan berlarutan, jika tidak dalam tempoh terdekat tetapi pada masa akan datang. Secara keseluruhan, ada peningkatan berbanding perlawanan dengan pasukan senior kebangsaan sebelum ini.� Pada perlawanan persahabatan pertama 2 Oktober lalu, skuad Kim Swee tewas 3-0 kepada anak buah Datuk K Rajagobal.
       Sementara itu, jurulatih Selangor P Maniam tetap melihat keputusan semalam secara positif dengan pasukan simpanannya beraksi lebih baik berbanding skuad utama.
     �Pada babak pertama saya menurunkan kemungkinan kesebelasan utama, mereka beraksi sebaik mungkin tetapi kerana faktor keletihan selepas melakukan latihan kecergasan semalam (kelmarin) menyebabkan permainan mereka kurang berkesan,� kata pengganti K Devan itu.
     �Ini sesuatu yang positif dan dalam tempoh beberapa hari sebelum bertemu Perak, kita akan menilai semula skuad utama yang bakal diturunkan.�
     Perlawanan persahabatan semalam antara persiapan skuad Olimpik menghadapi Sukan SEA 6 November ini manakala Selangor pula akan mengharungi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Perak, Isnin ini.










GAMBAR KREDIT :DUNIA SUAKN ONLINE

Skuad Bawah 23 Tahun Sertai Kejohanan di Vietnam



Persatuan Bolasepak Malaysia telah mengumumkan senarai pemain pasukan Bawah 23 Kebangsaan yang diminta untuk melapor diri serta menjalani latihan sebagai persiapan untuk Sukan Sea 2011.
Skuad kebangsaan juga dijadualkan menyertai Kejohanan Jemputan Antarabangsa Piala AFF di Hanoi, Vietnam pada 17 hingga 24 Oktober nanti.
Senarai pemain seperti di dalam siaran media FAM adalah :
1.  Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan)
2.  Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur)
3.  See Kok Luen (Kuala Lumpur)
4.  Muhammad Faizal Abu Bakar (Kedah)
5.  Mohammad Ab Aziz Ismail (Kelantan)
6.  Mohd Izuan Salahuddin (Kelantan)
7.  Mohd Syazwan Roslan (Perak)
8.  Azrul Azmi (KL Felda United)
9.  Saarvindran a/l Devandran (Harimau Muda A/ KL Felda United)
10.  Abdul Shukor Jusuh (Harimau Muda A)
11.  Thamil Arasu A/L Ambumamee (Harimau Muda A)
12.  Mohammad Ferris Danial Mat Nasir (Harimau Muda A)
13.  Gary Stevan Robbat (Harimau Muda A)
14.  Nazirul Naim Che Hashim (Harimau Muda A)
15. Muhammad Amer Saidin (Harimau Muda A)
16. Mohamad Fandi Othman (Harimau Muda A)
17.  Mohd Izham Tarmizi Roslan (Harimau Muda A)
18.  Muhammad Zamir Selamat (Harimau Muda A))
19.  Sasikumar a/l Kishokumar (Harimau Muda A)
20.  Mohammad Nazmi Faiz Mansor (Harimau Muda B)
21.  Muhammad Syazwan Tajuddin (Harimau Muda B)
Manakala pemain-pemain yang tersebut dibawah dikehendaki melaporkan diri pada hari Ahad, 9 Oktober 2011 kepada Ketua Jurulatih Pasukan Olimpik Kebangsaan, Encik Ong Kim Swee di Wisma FAM.
1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2. Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu)
3. Mohd Asraruddin Putra Omar (Selangor)
4. Badrol Bakhtiar (Kedah)
5. Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur)
6. Mohammad Muslim Ahmad (Harimau Muda A)
7. Mahalli Jasuli (Harimau Muda A)
8. Mohammad Fadhli Mohd Shas (Hariumau Muda A)
9. Gurusamy Govandar Kandasamy (Harimau Muda A)
10. Izzaq Farris Ramlan (Harimau Muda A)
11. Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda A)
12. Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria (Harimau Muda A)
13. Ruben Thayaparan Kathrillai (Universiti Kebangsaan Malaysia)

SUMBER:DUNIA SUKAN

Good Job Malaysia Walaupun Tewas



Semua orang maklum akan kekalahan Skuad Olimpik Malaysia kepada Jepun pada malam semalam,tetapi pujian harus diberikan kan kepada anak-anak didik Ong Kim Swee kerana berusaha keras mempertahan kan kubu Malaysia daripada banyak dibolosi.Khairul Fahmi Che Mat iaitu kapten Olimpik Malaysia serta penjaga gawang Malaysia merupakan watak penting kerana berjaya menafikan banyak percubaan daripada pemain-pemain Jepun.Skuad Olimpik Malaysia tewas 0-2 kepada Jepun pada aksi pembukaan peringkat kumpulan semalam.
      Ramai yang menyalahkan pemain pertahanan tetapi bagi saya sampai bila pemain pertahanan boleh bertahan kalau asyik kena serang je kan.....So skuad Olimpik ni bukan lah pasukan belasan kerana bolos 2 gol sama dengan pasukan lain seperti Oman yang tewas 0-2 juga dengan Kore Selatan


Berikut Aksi-aksi perlawanan semalam :






Apek mentelamatkan percubaan daripada di bolosi



Wan Zack Haikal diberi rawatan kerana mengalami kecederaan



tamat perlawanan



Jepun bergembira menjaring kan gol kedua



Wajah kecewa pemain selepas tamat perlawanan



Sebahagian penyokong Malaysia di Jepun


Semoga Berjaya Harimau Muda




Esok (21 September 2011) merupakan hari perhitungan Harimau Muda menentang Samurai(Jepun) di Jepun. Lapan pemain negara yang dibimbing Datuk K Rajagobal turut beraksi ketika tewas 0-2 di Stadium Huadu, Guangzhou iaitu Khairul Fahmi, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Fandi Othman, K Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan dan Faizal Abu Bakar menjadi tonggak untuk menentang Jepun esok walaupun Jepun juga menurun kan lapan  pemain Jepun yang menjuarai Sukan Asia 2010 masih berada dalam skuad bimbingan Takashi Sekizuka iaitu Shunsuke Ando, Takuya Masuda, Yusuke Higa, Daisuke Suzuki, Kazuya Yamamura, Keigo Higashi, Hotaru Yamaguchi dan Kensuke Nagai.





Barisan Kemungkinan :Khairul Fahmi Che Mat (kapten), Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Wan Zack Haikal Wan Nor, K Gurusamy, Abdul Shukur Jusoh, Fandi Othman, A Thamil Arasu, Izzaq Faris Ramlan.


Info :Jangan lupa saksikan perlawanan ini secara live di TV2,Astro Arena dan Astro 813 jam 6.45 petang

Perlawanan Persahabatan Olimpik Malaysia vs Ar-Arbil

Skuad Olimpik mengadakan perlawanan persahabatan sebelum menghadapi Jepun pada 21 September 2011 dalam kelayakan Olimpik 2012.Dalam perlawanan yang berlansung di Padang FAM Kelana Jaya Olimpik Malaysia dengan kelab daripada Iraq semalam(8 september) menyaksikan perlawanan terikat tanpa jaringan.Skuad Olimpik turun tanpa 4 tonggak utama iaitu Gary Steven Robert kerana kad merah,Irfan Fazail,Wan Zack Haikal dan Mohd Fazdli Shas kerana beraksi untuk Vion fc.Skuad Olimpik akan mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan pada 15 September menentang Olimpik Oman...


Aksi-aksi Perlawanan :
Gambar-->kredit Dunia Sukan Online




Senarai Pemain Menentang Jepun 21 September 2011





  1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
  2. Mohd Izuan Solahuddin (Kelantan)
  3. Mohd Zubir Mohd Azmi (Terengganu)
  4. Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah)
  5. Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur)
  6. Mohd Azrif Nasrulhaq (PKNS)
  7. Muhammad Nazmi Faiz (Harimau Muda B)
  8. Muhammad Syazwan Tajuddin (Harimau Muda B)
  9. Abdul Shukor Jusoh (Harimau Muda A)
  10. K. Gurusamy Govandar (Harimau Muda A)
  11. Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A)
  12. Mahalli Jasuli (Harimau Muda A)
  13. Mohamad Amer Saidin (Harimau Muda A)
  14. Mohammad Muslim Ahmad (Harimau Muda A)
  15. Mohd Fandi Othman (Harimau Muda A)
  16. Mohd Ferris Daniel Mat Nasir (Harimau Muda A)
  17. Mohd Izham Tarmizi (Harimau Muda A)
  18. Muhammad Zamir Selamat (Harimau Muda A)
  19. Nazirul Naim Che Hashim (Harimau Muda A)
  20. Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda A)
  21. Thamil Arasu Ambumamee (Harimau Muda A)
  22. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria. (Harimau Muda A)



--->   Wan Zack, Fadhli Shas, Irfan Fazail (loan to ViOn).
--->   5 Digugur: Gary Steven, Affize Faisal, Sasikumar, Fakri Saarani, Azrul Azmi

Perlawanan Terakhir Harimau Muda Di Slovakia....Menang




SKUAD HARIMAU MUDA a.k.a SKUAD OLIMPIK
Selepas mengalami kekalahan pada perlawanan sebelumnya kepada Nitra fc Skuad Harimau Muda bangkit untuk mencatatkan kemenangan pada perlawanan terakhir pada 24 ogos dengan jaringan yang dihasilkan oleh Izuan Salahuddin pada minit ketiga.Skuad Harimau Muda mencatat kan kemenangan buat kali kelima selepas mengharunggi kesemua perlawanan iaitu tujuh perlawanan.Analisis semua perlawanan menunjukkan tanda positif dan Skuad Harimau Muda harus menterjemahkannya pada perlawanan peringkat kumpulan pada kelayakan Olimpik 2012 nanti.Wan Zack Haikal merupakan penjaring terbanyak dalam semua perlawanan tersebut dengan 3 gol.Sembilan gol berjaya dihasilkan sepanjang perlawanan disana dan bolos sebanyak tujuh gol.....      Skuad Harimau Muda akan mengharungi jadual yang padat pada November ini apabila Sukan Sea 2011 di Indonesia dan Kelayakan Olimpik pada bulan yang sama seta tarikh yang hampir dengan kedua-dua kejohanan.

Harimau Muda Kalah tipis...




Pada 23 ogos 2011 Skuad Olimpik Malaysia mengharungi satu lagi aksi persahabatan menentang Nitra FC.Walaubagaimanapun,Skuad Olimpik kalah tipis kepada kelab tersebut dengan jaringan 1 berbalas 0.Kekalahan ini adalah kekalahan kali kedua buat Skuad Olimpik Malaysia daripada 6 perlawanan persahabatan  yang diharungi di Slovakia selama sebulan disana dan aksi perlawanan terakhir Skuad Olimpik Malaysia akan menentang kelab FK Levice pada 24 ogos ini sebelum Skuad Olimpik pulang ke tanah air untuk berhari raya.Sepatutnya,last game Skuad Harimau Muda 26 ogos namun atas kesilapan penjadualan mereka terpaksa turun keesokan harinya...

Kem Latihan Di China Batal



Kem latihan di China yang dirancang oleh skuad olimpik Malaysia terpaksa di batalkan kerana pihak FAM tidak berjaya mendapatkan kelab tempatan disana untuk di uji skuad olimpik menjelang aksi sulung kelayakan olimpik 2012 menentang Jepun 21 september nanti.Namun begitu FAM berjaya mendapatkan aksi persahabatan yang lain di Kuala Lumpur iaitu bertemu kelab dari Iraq(Al-Arbil) pada 9 september dan menentang skuas olimpik Oman pada 14 september.Menurut Jurulatih skuad Olimpik iaitu Ong Kim Swee perlawanan ini dianggap satu alternatif terbaik menjelang aksi sulung menentang Jepun nanti.
        Ong Kim Swee berharap agar menerusi dua perlawanan ini dapat menguji kekuatan dan kelemahan skuad Olimpik sebelum bertemu dengan Jepun.Perlawanan ini merupakan kesinambungan perlawanan persahabatan yang diadakan di Slovakia yang akan berakhir pada 28 ogos ini.......

Menang Lagi!!!!!

  

  Selepas kalah besar dengan kelab  Budapest HonvĂ©d FC pada 9 ogos lalu,skuad Harimau Muda bangkit dengan menewaskan  Dolny Kubin  dengan jaringan 2-0.Skuad Harimau Muda tidak menunggu lama apabila meledak gol pada minit ke 9 oleh Wan Zack Haikal,gol seterusnya hadir pada minit yang ke 37 hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke 37,kemenangan ini adalah kemenagan keempat Harimau Muda selepas aksi 5 perlawanan.Perlawanan berikutnya pada 23 ogos ini dimana Harimau Muda akan menentang FC Nitra.....