Peminat Bola

Baca ni!!!

Showing posts with label Nazmi Faiz. Show all posts
Showing posts with label Nazmi Faiz. Show all posts

NAZMI FAIZ DALAM PERMAINAN VIDEO Pro Evolution Soccer 2013


Photobucket
Nampaknya bakat pemain bola sepak Nazmi Faiz Mansor semakin terkenal dan diiktiraf  apabila wataknya dimainkan dalam permainan video terbaru Pro Evolution Soccer 2013. Dia bermain untuk pasukan BEFMAXAO (iaitu S.C Beira Mar).
Pro Evolution Soccer 2013

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Buat pengetahuan anda juga, Nazmi juga ialah satu watak dalam permainan video FIFA 13 yang terbaru.


SUMBER : beautifulnara.com

Nazmi Faiz Di Jangka Sertai Kelab Portugal


Nazmi Faiaz
Perkembangan terbaru mengatakan bahawa bintang Harimau Muda Nazmi Faiz hampir pasti akan menyertai pasukan Division 1 di Portugal.
    Football Management International yang mengusahakan perpindahan pemain berusia 17 tahun itu walaubagaimanapun enggan mendedahkan identiti kelab itu dan butiran permohonan.
Tetapi Marco Guimaraes, pengarah bole sepak di Football Management International memberitahu akhbar Today bahawa kelab dari Portugal berminat dengan Nazmi Faiz.
"Kelab tersebut adalah kelab yang menduduki pertengahan Liga Primeira Portugal dan mereka sangat memuji Nazmi setelah menonton aksi Nazmi yang dirakamkan," kata Guimaraes kepada Today.
"Perpindahan ke Eropah akan membantu untuk mengembangkan bakatnya kerana dia akan menjadi berbahaya untuk beraksi dalam pasukan utama."
Tambahnya lagi: "Kami akan menyelesaikan beberapa perkara terkahir, Nazmi dan bapanya akan berangkat ke Portugal pada Ahad ini untuk membincangkan dengan kelab dan mungkin akan menandatangani pra-kontrak."
Nazmi Faiz hanya akan menyambut hari jadi ke-18 pada 16 Ogos dan hanya boleh mendapatkan kontrak profesional selepas itu, mengikut peraturan FIFA.


Sumber Dairpada : ESPN STAR

Peluang NAZMI FAIZ Kembang Bakat

Bintang Harimau Muda, Nazmi Faiz mungkin akan beraksi bersama pasukan simpanan Cardiff City selama setahun.



Siapa yang tidak kenal nama Nazmi Faiz yang berusia 17 tahun kini bersama pasukan Harimau Muda yang beraksi di dalam Liga Singapura.
Ramai yang mengetahui bakat dan kebolehan pemain remaja ini yang menyerlah dalam saingan kelayakan Olimpik, Sukan SEA dan juga Liga Singapura. Pergerakannya di padang sentiasa mendapat perhatian.
Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee sangat mengenali kebolehannya anak buahnya itu tetapi berharap bakatnya dapat dipupuk lagi di Eropah.
Bercakap kepada akhbar Singapura, Today, Ong Kim Swee berkata: "Nazmi mempunyai bakat yang jarang kita lihat. Bakatnya semulajadi dengan pengelihatan yang baik untuk membuat hantaran dan juga keupayaan teknikal yang kuat. Dia perlu ke luar negara untuk beraksi di tahap yang lebih tinggi untuk mengembangkan bakatnya."
"Untuk ke arah itu, kami akan bertemu dengan wakil dari Cardiff City pada minggu ini untuk memuktamadkan beberapa perkara untuk Nazmi beraksi dengan pasukan simpanan mereka.
"Tetapi kami terutama sekali mesti tahu bila dia boleh kembali ke Malaysia untuk menduduki peperiksaan dan jika mereka boleh melepaskannya itu tugas bersama skuad kebangsaan." katanya lagi.
Cardiff City yang dimiliki oleh usahawan Malaysia, Dato Chan Tien Ghee sebelum ini pernah menawarkan sesi percubaan kepada Safee Sali dan Safiq Rahim tetapi situasi Nazmi sedikit berbeza dimana dia dicadangkan untuk bermain bersama pasukan simpanan.
Nazmi Faiz telah menerima banyak pujian sejak persembahannya dalam Sukan SEA tahun lepas. Dan pada kelayakan Olimpik dengan Bahrain, dia telah menjaringkan gol yang hebat.
"Itu merupakan gol terbaik saya pernah jaringkan. Tetapi saya tidak rasa saya seorang bintang. Rakan sepasukan dan saya semuanya sama," kata Nazmi kepada Today.
Setakat ini Nazmi telah beraksi dalam lapan perlawanan Liga Singapura dan menjaringkan dua gol.
"Sejujurnya saya terkejut ada orang Singapura berpendapat bahawa saya pemain yang luar biasa," kata Nazmi lagi.
"Saya berbangga tetapi tiada tekanan dan masih banyak yang perlu dicapai. Impian saya adalah untuk bermain di Eropah dan beraksi seperti idola saya, Xavi Hernandez."

Fenomena Muhammad Nazmi Faiz Mansor


Nama : Muhammad Nazmi Faiz Bin Mansor
Tarikh Lahir : 16 Ogos 1994
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Tinggi :1.67 m
Posisi : Midfielder
Kelab Semasa :Harimau Muda B (Sekarang bersama
skuad olimpik Malaysia)

Nama Nazmi Faiz tidak perlu di perkenalkan lagi andai anda mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia,pemilik nama ini hanya berusia 17 tahun tetapi corak pemainannya digeruni pihak lawan.Nama beliau menjadi sebutan selepas aksi cemerlang dalam sukan sea 2011 baru-baru ini. Nazmi Faiz dipanggil Jurulatih Ong Kim Swee pada saat-saat akhir sebelum berangkat ke sukan sea bagi menggantikan Gary Steven Robert yang mengalami kecederaan.....


Jom layan beberapa pic Nazmi Faiz :




Nazmi Faiz dengan Abangnya Najib...



Nzami Faiz dan Wan Zack Haikal.