Peminat Bola

Baca ni!!!

Faizal Ada Ciri Kelas Dunia


           

         Jika dapat mengekalkan prestasi dan skil individu dipertingkatkan, penyerang hoki muda negara, Faizal Saari mampu menjadi bintang dunia, kata bekas pemain kebangsaan Mirnawan Nawawi.
           
        Menurutnya, kehadiran Faizal dalam pasukan kebangsaan sejak tiga tahun lalu memberikan impak, termasuk membantu skuad remaja meraih Piala Remaja Asia 2012.

            Pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang sedang berlangsung di Ipoh, Faizal mencuri tumpuan apabila menjaringkan dua gol bertaraf dunia ketika menentang Britain yang berakhir seri 3-3.

          “Faizal seorang penyerang yang serba boleh, bukan sahaja mampu meledak gol melalui jaringan padang tetapi juga melalui pukulan sudut penalti," katanya ketika dihubungi semalam.

            Faizal, 21, pemain kelahiran Rantau Panjang, Kelantan berjaya membantu skuad senior mengikat Britain 3-3 Khamis lalu, hasil dua gol cantik dalam perlawanan kedua Piala Sultan Azlan Shah 2012.

            Dia juga menjaringkan gol ketika membantu pasukan bimbingan Tai Beng Hai mencatat keputusan seri 1-1 menentang Korea Selatan sehari sebelum itu.

          Jelas Mirnawan, Faizal juga mempunyai ‘naluri pembunuh’ menjaringkan gol tidak kira melalui pukulan kencang mahupun pukulan kilas.

       “Saya harap dia dapat mengekalkan pretasi dan yang paling penting menjadi lebih baik. Dia juga tidak boleh cepat berpuas hati dengan tahap mahupun pencapaian yang dicatatkan sekarang.

        “Sebagai seorang pemain yang penting dalam skuad remaja mahupun senior, Faizal harus mencabar dirinya sendiri menjadi lebih baik dan jika mendapat tawaran beraksi di luar negara dia tidak harus melepaskannya," kata Mirnawan.



Sumber : Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

DAH BACA?KOMEN LAH.....
SATU PUN JADI LAH,TAPI KALAU LEBIH LAGI HAPPY...
HIHIHIHI...