Peminat Bola

Baca ni!!!

KENALIPEMAIN NEGARA


Nama :Mohd Safiq Rahim
Tarikh Lahir :5 Julai 1987
Tempat Lahir :Negeri Sembilan
Posisi :Tengah
Kelab Semasa :Selangor

Mohd Safiq Rahim lahir pada 5 Julai, 1987 merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk Selangor . Dia merupakan pemain pasukan kebangsaan Malaysia.
     Safiq merupakan bekas pemain KL PLUS. Dia merupakan penjaring gol kemenangan Selangor pada perlawanan akhir Piala Presiden Malaysia 2007-08 menentang Perak.
Safiq mewakili Malaysia dari setiap peringkat. Dia mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia ke Piala Belia Asia 2006. Dia juga mewakili Malaysia ke Sukan Asia 2006 di Doha. Safiq membuat penampilan sulung bersama pasukan utama pada Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2007 ketika menentang Myanmar. Selepas itu, dia hanya bermain untuk pasukan bawah 23 tahun.
     Di pilih untuk menjadi ketua pasuakn semasa Sukan Asia 2010 selepas ketiadaan Aidil Zafuan akibat kecerdaan.Safiq mengetuai pasukan negara menjuarai Piala AFF suzuki pada hujung tahun 2010 dan turut berada dalam kesebelasan utama dalam menamatkan kemarau pingat emas Sukan Sea selama 25 tahun dengam memenangi pingat emas pada tahun 2009 di Laos.




Nama :Mohd Safee Mohd Sali
Tarikh Lahir :29 Januari 1984
Tempat Lahir :Selangor
Posisi :Penyerang
Kelab Semasa :Pelita Jaya

 Mohd Safee Mohd Sali lahir pada 29 Januari, 1984 adalah seorang pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk pasukan Pelita Jaya, Indonesia, merupakan pemain bola sepak Malaysia yang pertama bermain di Liga Super Indonesia. Sebelum ini beliau pernah bermain untuk Melaka TMFC, Kuala Lumpur FA, Sarawak FA and Selangor FA.
       Pada 27 April 2011, beliau memenangi Anugerah Atlit Lelaki Paling Digemari di dalam satu undian oleh Astro Arena, saluran sukan Malaysia yang pertama.Safee menyertai Selangor FA untuk musim 2006/07, lalu diserahkan jersi nombor 10 yang pernah dipakai oleh legenda Selangor FA dan pasukan kebangsaan, Allahyarham Mokhtar Dahari. Bersama Selangor, Safee membantu pasukannya mencapai pusingan akhir Piala FA dan Piala Malaysia. Bagaimanapun, Selangor tewas kepada Kedah FA di kedua-duanya dengan mata sama 3-2.
      Dalam Piala Sultan Selangor 200, Safee menjaringkan gol yang mengagumkan terhadap pasukan pilihan Singapura.Perlawanan terakhir Safee dengan Selangor adalah seri 1-1 menentang Kuala Lumpur FA sebelum pemergiannya ke Karawang, Indonesia untuk menyertai Pelita Jaya.
       Safee mula mewakili Malaysia Bawah-23 ketika peringkat kelayakan Sukan Olimpik 2004. Beliau beraksi di semua perlawanan tetapi kebanyakannya adalah sebagai pemain ganti. Beliau kemudian dipilih untuk menyertai pasukan Malaysia Under-23 di Pra-Sukan Asia Tenggara 2005 di Thailand di bawah jurulatih Bertalan Bicskei. Beliau hanya berupaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan menentang Filipina Bawah-23. Sayangnya, beliau tidak menyertai skuad Sukan SEA 2005 yang menggondol pingat gangsa. Selepas Sukan SEa, Safee diberi peluang oleh jurulatih Norizan Bakar untuk menyertai pasukan Bawah-23 untuk Sukan Asia 2006, tetapi beliau tidak berjaya lagi.
      Setelah prestasi yang hambar dari pasukan Bawah 23 kebangsaan, Safee dipilih sebagai penyerang utama oleh jurulatih B. Sathianathan. Bersama dengan rakan seperjuangan, Mohd Aquan Adha Abdul Radzak, mereka berjaya menjuarai Pesta Bola Merdeka 2007 setelah mengalahkan Myanmar 3-1 dalam perlawanan akhir, di samping beliau sendiri menjadi penjaring terbanyak dengan 4 gol. Kemudian, beliau dipilih untuk mewakili negara di Sukan Asia Tenggara 2007. Safee mampu menjaringkan 2 gol dalam kejohanan ini tetapi pasukan Bawah 23 gagal melayakkan diri ke peringkat akhir.
       Pada tahun 2008, Safee dipilih sebagai penyerang utama di Piala Intercontinental Malaysia 2008, di mana beliau berjaya menjaringkan ketiga-tiga gol untuk pasukan Malaysia yang kecundang 1-3 kepada Republik Ireland, menang 1-0 ke atas Iraq dan seri 1-1 dengan Nigeria. Perlawanan menentang Nigeria ini merupakan kali terakhir Safee beraksi dalam pasukan bawah 23 kebangsaan.
      Setelah mempamerkan aksi cemerlang bersama Sarawak di Liga Perdana Malaysia, Safee berjaya menganggotai pasukan kebangsaan, lalu diberikan perlawanan senior pertama menentang New Zealand pada 19 Februari 2006. Kemudian, beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam perlawanan keduanya menentang New Zealand lagi.
     Safee kemudiannya menganggotai pasukan bola sepak kebangsaan yang bersedia untuk Piala Asia AFC 2007. Beliau membuat penampilan pertamanya di Piala Asia pada perlawanan kumpulan ketiga menentang Iran yang mana Malaysia kalah 0-3.
Safee juga menyertai skuad Malaysia XI menentang Chelsea F.C. di Stadium Shah Alam pada 29 Julai 2008. Sungguhpun beliau mempamerkan aksi yang mengagumkan, namun pasukan Malaysia XI tumpas 0-2. Walau apapun, jurulatih Chelsea, Luiz Felipe Scolari memuji kesungguhan Malaysia XI melawan pasukan anak latihnya.
    Dalam Pesta Bola Merdeka 2008, Safee sekali lagi melakukan jaringan yang hebat dalam perlawanan menentang Nepal. Beliau menjadi penjaring tertinggi di kejohanan ini dengan 5 gol biarpun Malaysia kalah dalam sepakan penalti 6-5 menentang Vietnam di pusingan akhir.
Pada November 2010, Safee disertakan dalam pasukan negara oleh jurulatih, K. Rajagopal untuk Piala Suzuki AFF 2010. Safee menjaringkan dua gol ke aras Vietnam untuk menjamin kemenangan 2-0 di pusingan pertama separuh akhir. Safee sekali lagi menjaringkan dua gol dalam pusingan pertama akhir dalam kemenangan 3-0 ke atas Indonesia. Dalam pusingan kedua akhir, Safee merembatkan satu lagi gol untuk menjadi penjaring terbesar kejohanan dengan jumlah 5 gol. Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 buat julung kali dalam sejarah.





Nama :Norshahrul Idlan Talah
Tarikh Lahir :8 Jun 1986
Tempat Lahir :Besut,Terengganu
Posisi:Penyerang
Kelab Semasa :Kelantan

Norshahrul Idlan Talaha lahir 8 Jun 1986 di Besut Terengganu merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk pasukan UPB-MyTeam di Liga Super Malaysia.Beliau juga seorang pemain yang handal.
    Norshahrul mewakili pasukan Malaysia sejak dari peringkat remaja lagi. Dia pernah bermain di kejohanan Belia Asia 2004. Dia juga salah seorang anggota pasukan yang memenangi Pestabola Merdeka 2007.Norshahrul mendapat kaps pertama dalam perlawanan antarabangsa 'A' ketika menentang Bahrain pada 28 Oktober 2007 ketika menggantikan Sumardi Hajalan.
  Merupakan kesebelasan utama dalam Team ketika menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 dan Sukan Sea 2009 di Laos.Dia merupakan watak penting dalam mengatur gerak untuk memboleh kan Safee Sali menjaring kan 3 gol dalam saingan Piala AFF Suzuki 2010.





Nama :Khairul Fahmi Che Mat
Tarikh Lahir :7 Januari 1989
Tempat Lahir :Kota Bharu,Kelantan
Posisi :Penjaga gol
Kelab Semasa :Kelantan/Harimau Muda A



Khairul Fahmi Che Mat lahir 7 Januari 1989 di Kota Bharu, Kelantan dikenali sebagai Apek merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bertindak sebagai penjaga gol yang bermain untuk Kelantan FA di dalam Liga Super Malaysia dan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Beliau mula terkenal apabila cemerlang mengawal gawang Malaysia dalam Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 (Piala AFF-Suzuki). Dalam kejohanan itu, beliau berjaya menyambut sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada perlawanan akhir Piala AFF-Suzuki.
     Beliau berasal dari Kampung Dusun Raja, Cherang. Bapanya, Che Mat Hussein dikenali sebagai 'Che Su'.Khairul Fahmi belajar di Sekolah Kebangsaan Tapang, Kota Bharu, Kelantan. Kemudian beliau menyambung pembelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor sebelum bertukar ke Sekolah Sukan Bukit Jalil, Selangor.




Nama :Abdul Hadi Yahya
Tarikh Lahir :6 Mac 1985
Tempat Lahir :Klang,Selangor
Posisi:Penyerang
Kelab Semasa :Terengganu

Abdul Hadi Yahya lahir pada  6 Mac 1985 di Klang, Selangor adalah pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang bermain untuk pasukan Terengganu FA. Beliau bermain di posisi penyerang.        
          Hadi memulakan kerjaya bolasepaknya di pasukan Piala Presiden Selangor FA dan mula mewakili pasukan senior pada tahun 2006. Beliau telah meningaalkan pasukan negeri kelahirannya pada tahun 2007 untuk menimba lebih banyak pengalaman, dan telah mewakili pasukan PKNS FC dan Kuala Lumpur FA.
        Hadi kemudian berhijrah ke Pantai Timur untuk mewakili kelab PBDKT T-Team FC dalam Liga Super musim 2010. Untuk musim 2011, beliau bermain dengan pasukan negeri Terengganu. Di sini Hadi memperlihatkan kehebatannya sebagai seorang penyerang, dengan menjaringkan 20 gol untuk memenangi Kasut Emas penjaring terbanyak liga, dan membantu Terengganu menduduki tempat naib juara liga di belakang Kelantan FA.
     Prestasi hebat Hadi dalam liga dalam tahun 2011 membuatkan beliau telah dipanggil mewakili pasukan kebangsaan Malaysia. Hadi membuat penampilan antarabangsa pertama sebagai pemain gantian, dan menjaringkan gol pertama beliau untuk Malaysia dalam tempoh 6 minit setelah dimasukkan, dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong pada 3 Jun 2011.




Nama :Amiru Hadi Zainal
Tarikh Lahir :27 Mei 1986
Tempat Lahir :Melaka
Posisi :Sayap
Kelab Semasa :Selangor


Mohd Amirul Hadi Zainal lahir pada 27 Mei, 1986 di Melaka merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Selangor FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga adalah anak kepada bekas pemain Selangor pada era 90-an iaitu Zainal Nordin.
  
Amirul membuat penampilan sulung bersama pasukan utama Malaysia ketika kelayakan Piala Dunia 2010 menetang Bahrain. Sebelum itu dia juga mewakili pasukan bawah 23 tahun pada kelayakan Sukan Olimpik 2008 dan pasukan bawah 20 tahun Malaysia.
  
Amirul merupakan salah seorang tonggak Malaysia ketika bertemu gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea F.C.. Pada perlawanan ini, Amirul begitu menyerlah sehingga hampir menggegarkan gawang yang dikawal Petr Cech. Pada perlawanan ini Malaysia XI tewas tipis 0-2.
 
Amirul menjaringkan gol pertamanya untuk Malaysia ketika menentang Myanmar pada 23 Oktober, 2008. Turut serta bersama Skuad Kebangsaan semasa menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 dan membantu Malaysia menamatkan kemarau emas dalam Sukan Sea di Laos pada tahun 2009.




Nama :Mohd Ashaari Shamsuddin
Tarikh Lahir :7 Jun 1985
Tempat Lahir :Marang. Terengganu
Posisi :Penyerang
Kelab Semasa :Terengganu


Mohd Ashaari Shamsuddin lahir pada 7 Jun, 1985 di Marang,Terengganu  merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Terengganu FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan pemain Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.
     
Ashaari membuat penampilan pertama bersama pasukan utama kebangsaan ketika bertemu India pada 22 Julai, 2008 di Hyderabad, India. Ashaari menjaringkan gol pertamanya di pentas antarabangsa ketika bertemu Afghanistan dimana dia menjaringkan dua gol. Ashaari juga mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada kejohanan Piala Antara Benua 2008 di Malaysia.
   
Pada bulan November 2010, Ashaari telah dipanggil oleh jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, K. Rajagopal bagi Piala Suzuki AFF 2010. Ashaari telah menjaringkan gol untuk Malaysia menentang Indonesia di dalam pusingan pertama akhir untuk mendapatkan kemenangan 3-0. Malaysia telah memenangi Piala Suzuki AFF 2010 buat pertama kali di dalam sejarah.




Nama :Mohd Asraruddin Putra Omar
Tarikh Lahir :26 Ogos 1988
Tempat Lahir :Selangor
Posisi :Penyerang
Kelab Semasa :Selangor



Mohd Asrarudin Putra Omar lahir pada 26 Ogos 1988 di Selangor merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain selaku pertahanan untuk pasukan Selangor FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.
     Produk Sekolah Sukan Bukit Jalil ini merupakan pemain serba boleh. Dia memainkan watak penting ketika menbantu Malaysia layak ke kejohanan Belia Asia 2006 di India.Semasa mewakili pasukan bawah 19 tahun Malaysia pada kejohanan Piala Juara Belia 2007 (CYC), Asraruddin memegang tanggungjawab selaku penolong ketua pasukan. Dia kemudian menjadi ketua pasukan ketika menentang PSV Eindhoven setelah Bunyamin Umar mengalami kecederaan. Persembahan yang beliau tonjolkan ketika berlangsungnya CYC menarik minat PSV Eindhoven untuk membawanya mengikuti latihan selama seminggu di Akademi PSV.
    
Asraruddin membuat penampilan pertama bersama pasukan bawah 23 tahun Malaysia ketika menentang Republik Ireland pada 15 Mei 2008 di kejohanan Piala Antara Benua 2008. Dia kemudian mewakili dan beraksi pertama kali bersama pasukan Malaysia ketika menentang India di Hyderabad pada 22 Julai 2008. Dia juga membuat penampilan bersama Malaysia XI ketika menentang Chelsea F.C. di Stadium Shah Alam pada 29 Julai 2008. Pada perlawanan tersebut Malaysia XI tewas 0-2.
    Turut serta bersama Skuad Kebangsaan semasa menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 dan membantu Malaysia menamatkan kemarau emas dalam Sukan Sea di Laos pada tahun 2009.



Nama :Mohd Muslim Ahmad
Tarikh Lahir :25 April 1989
Tempat Lahir :Terengganu
Posisi:Pertahanan
Kelab Semasa :Harimau Muda A



Mohd Muslim Ahmad lahir di Kuala Terengganu, Terengganu, 25 April 1989 adalah pemain bola sepak malaysia yg memperkuat Skuad Harimau Muda A dan Harimau Malaya.Merupakan Ketua Pasukan Harimau Muda A sebelum tugas nya di gantikan dengan Khairul Fahmi Che Mat semasa Kelayakan Olimpik London 2012.
    
Muslim dan 25 pemain yang bermain untuk Harimau Muda A telah dipilih untuk menyertai kem latihan di Slovakia. Pada masa dalam kem latihan, Muslim dan rakan sepasukannya, Gary Steven Robbat diberi percubaan dari Slovakian pasukan FC ViOn Zlaté Moravce pada 30 Mac. FC ViOn Zlaté Moravce Jurulatih Ľubomír Moravčík Dijanjikan Muslim dan Gary kontrak profesional untuk musim akan datang 2010-2011. Tetapi malangnya, FC ViOn Zlaté Moravce hilang minat kepada Muslim dan Gary.
    
Pada bulan November 2010, Muslim dipanggil untuk skuad kebangsaan Malaysia oleh jurulatih K. Rajagopal untuk AFF Suzuki Cup 2010. Malaysia menang AFF Suzuki Cup 2010 kabar buat kali pertama dalam sejarah.




Nama :Baddrol Bakthiar
Tarikh Lahir :1 Februari 1988
Tempat Lahir :Kedah
Posisi :Sayap Kanan
Kelab Semasa :Kedah


Baddrol Bakhtiar lahir pada 1 Februari, 1988 di Sungai Petani, Kedah merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain bersama Kedah di Liga Super Malaysia. Dia selalunya dilihat bermain di bahagian sayap kanan dan pernah bermain untuk sayap kiri.
     Baddrol mula mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden. Dia kemudian diserapkan ke skuad Sukan Malaysia Kedah pada 2006. Sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia, Baddrol sering berada dalam kesebelasan utama.Baddrol diserapkan ke skuad utama Kedah pada musim 2006/07 dan bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama dengan K. Soley di bahagian sayap kanan atau dengan Mohd Khyril Muhymeen Zambri di bahagian sayap kiri.
    
Pemergian K. Soley ke Perlis membuka peluang untuk Baddrol beraksi dalam kesebalasan utama. Pada musim 2007/08, Baddrol menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menjaringkan 14 gol keseluruhan iaitu 8 gol Liga Super, 2 gol Piala Malaysia, Piala FA dan Piala AFC.
     Baddrol mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan kelayakan Belia Asia pada tahun 2005. Malaysia berjaya menumpaskan Myanmar 4-2 dan layak bermain di Bangalore, India pada tahun 2006. Bagaimanapun, penampilan pertama Baddrol dalam kejohanan Belia Asia bermula dengan langkah kiri apabila dia menjaringkan gol sendiri semasa menentang Vietnam.
    
Baddrol turut bermain di kejohanan Piala Juara Belia. Permainan yang ditunjukkannya semasa men Pada 6 April 2008, Pengerusi Gifted Group Jonathan Price mengotakan janjinya untuk memberi pengalaman kepada Baddrol dan rakannya Mohd Bunyamin Omar untuk mengikuti latihan selama dua minggu di Stamford Bridge.
    Pada 6 April 2008, Pengerusi Gifted Group Jonathan Price mengotakan janjinya untuk memberi pengalaman kepada Baddrol dan rakannya Mohd Bunyamin Omar untuk mengikuti latihan selama dua minggu di Stamford Bridge.




Nama :Mohd Sabre Mat Abu
Tarikh Lahir :8 Ogos 1987
Tempat Lahir :Parit Buntar,Perak
Posisi :Pertahanan
Kelab Semasa :Kedah


Mohd Sabre Mat Abu di lahir di Parit Buntar, Perak, pada, 8 Ogos 1987, merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain di posisi pertahanan. Dia bermain untuk Kedah FA dan untuk dalam liga Malaysia
     Mohd Sabre Mat Abu bermain untuk Kelabnya iaitu, Kedah FA sejak tahun 2006.Mohd Sabre Mat Abu telah bermain 5 kali untuk skuad Kebangsaan bawah20 tahun Malaysia, dan bermain 6 kali untuk Skuad Kebangsaan bawah23 tahun Malaysia, serta bermain 13 kali untuk Skuad Kebangsaan senior Malaysia. Dia turut berada dalam Skuad kebangsaan semasa menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.




Nama :Mohd Farizal Marlias
Tarikh Lahir :29 Jun 1986
Tempat Lahir:Pahang
Posisi :Pejaga Gol
Kelab Semasa :Negeri Sembilan

Mohd Farizal Marlias lahir pada 29 Jun, 1986 di Pahang merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai penjaga gol. Dia merupakan anggota pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan pasukan bawah 23 tahun Malaysia.
    
Pada Piala AFF Suzuki 2008, Farizal dipilih sebagai penjaga gol nombor tiga Malaysia menggantikan Badrulzaman Abdul Halim yang tercedera sebelum kejohanan.

Selepas perlantikan K. Rajagopal sebagai jurulatih Malaysia, Farizal menjadi pilihan pertama untuk mengawal gawang Malaysia.Dia diketepi kan pada Piala AFF Suzuki 2010 akibat kecederaan.Namaun begitu Farizal di panggil oleh Jurulatih Ong Kim Swee untuk menentang Chelsea semasa  kelab itu berkunjung untuk aksi persahabatan dengan pilihan Malaysia.Semasa perlawanan itu dia menunjukkan aksi yang terbaik selepas menafikan percubaan dari beberapa percubaan  Pemain Bintang Chelsea.




Nama :Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak
Tarikh lahir :3 Ogos 1987
Tempat Lahir :Seremban,Negeri Sembilan
Posisi :Pertahanan
Kelab Semasa :Negeri Sembilan

Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak lahir pada 3 Ogos, 1987 di Seremban, Negeri Sembilan merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Negeri Sembilan di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga merupakan abang kepada pasangan kembarnya iaitu Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.
       Aidil Zafuan merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil. Dia mula mewakili Malaysia ketika berusia 16 tahun. Ketika berumur 18 tahun, Aidil mewakili pasukan Negeri Sembilan untuk kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA). Pencapaian terbaik Aidil bersama pasukan remaja Negeri Sembilan ialah memenangi pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004.
     Aidil mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan Belia Bawah 20 AFC. Tahun berikutnya, Aidil terpilih untuk mewakili. Setelah melayakkan diri ke India pada tahun 2006, Aidil diberi tanggungjawab untuk memimpin pasukan remaja Malaysia pada kejohanan Belia Bawah 20 AFC 2006 di India.
   Pada tahun 2005, Aidil diberi peluang untuk mewakili pasukan utama Negeri Sembilan. Pada tahun itu juga, dia diberi peluang untuk beraksi bersama Negeri Sembilan sehingga muncul selaku juara Liga Super Malaysia dan naib juara Piala Malaysia
   Aidil mula mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada kelayakan Sukan Olimpik 2008. Dia kemudiannya terpilih mewakili pasukan bawah 23 tahun ke kejohanan Pestabola Merdeka di mana pasukan bawah 23 tahun Malaysia muncul juara setelah menewaskan Myanmar 3-1. Aidil kemudian mewakili Malaysia ke Sukan SEA Korat di Thailand pada tahun 2007. Namun Malaysia gagal membawa pulang sebarang pingat.
    Aidil membuat penampilan sulung bersama skuad utama kebangsaan ketika bertemu kemboja. Pada perlawanan itu, Aidil berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan kebangsaan. Aidil kemudiannya terpilih untuk mewakili Malaysia pada Piala Asia 2007. Dia hanya sempat beraksi pada perlawanan menentang Iran di mana Malaysia tumpas 0-2. Pada kelayakan Piala Dunia 2010, Aidil menerima kad merah pertamanya selepas bertelagah dengan pemain Bahrain Mahmood Abdul Rahman yang menyebabkan dia digantung tiga perlawanan oleh FIFA. Pada tahun 2008, Aidil terpilih untuk mewakili pasukan Malaysia XI untuk menentang Chelsea F.C.. Pada perlawanan tersebut, Malaysia XI tewas 0-2 kepada Chelsea F.C.





Nama :Mohd Zaquan Adha Abdul Razak
Tarikh Lahir :3 Ogos 1987
Tempat Lahir :Seremban,Negeri Sembilan
Posisi :Penyerang
Kelab Semasa :Negeri Sembilan

Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak lahir pada 3 Ogos, 1987 di Seremban, Negeri Sembilan merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Negeri Sembilan FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Dia juga merupakan adik kepada pasangan kembarnya iaitu Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.
     Zaquan Adha merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil bersama-sama pasangan kembarnya Aidil Zafuan. Dia mula mewakili skuad remaja Malaysia ketika berusia 16 tahun. Ketika berusia 18 tahun, Zaquan telah dilamar untuk mewakili pasukan Negeri Sembilan bagi kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA). Pencapaian terbaik Zaquan bersama pasukan remaja Negeri Sembilan ialah memenangi pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004.
     
Pada musim 2005, Zaquan diberi peluang untuk mewakili pasukan utama Negeri Sembilan. Pada tahun itu juga dia digandingkan bersama penyerang sensasi Negeri Sembilan Christian Bekamenga sehingga muncul selaku juara Liga Super Malaysia dan naib juara Piala Malaysia. Pada musim 2007/08, Zaquan berjaya menjaringkan 11 gol sekaligus menjadikannya penjaring kedua terbanyak Negeri Sembilan pada musim tersebut.Pada musim 2009, Zaquan membantu Negeri Sembilan menamatkan penantian 61 tahun untuk menjuarai Piala Malaysia. Dia menjaringkan 10 gol dalam 11 penampilan pada kejohanan itu.
    Pada tahun 2004, Zaquan mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia bimbingan K. Rajagopal pada kejohanan Piala Belia Asia 2004. Tahun berikutnya, Zaquan terpilih untuk mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan Piala Belia ASEAN di Palembang, Indonesia. Zaquan menjadi penjaring terbanyak kejohanan ini dengan 9 gol.[1] Pada kelayakan Piala Belia Asia 2006, dia menjaringkan dua gol penting ketika menewaskan Myanmar pada pusingan kelayakan sekaligus melayakkan Malaysia pada kejohanan Piala Belia Asia 2006 di India. Namun, dia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut setelah mengalami kecederaan.
    
Zaquan mula mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada kejohanan Pestabola Merdeka 2007 dimana pasukan bawah 23 tahun Malaysia muncul juara setelah menewaskan Myanmar 3-1 dan dia menjaringkan 3 gol pada kejohanan tersebut. Zaquan kemudian mewakili Malaysia ke Sukan SEA Korat di Thailand pada tahun 2007. Namun Malaysia terpaksa pulang dengan tangan kosong setelah gagal membawa pulang sebarang pingat dalam acara bola sepak buat kali pertama sejak 1999. Pada tahun 2008, Zaquan sekali lagi mewakili Malaysia pada kejohanan Piala Antara Benua yang berlangsung di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.
     
Zaquan membuat penampilan sulung bersama skuad utama kebangsaan ketika bertemu Bahrain pada kelayakan Piala Dunia 2010. Pada tahun 2008, Zaquan terpilih untuk mewakili pasukan Malaysia XI untuk menentang Chelsea. Pada perlawanan tersebut, Zaquan hampir berjaya menembusi gawang yang dikawal Petr Cech. Pada perlawanan ini Malaysia XI tewas 0-2 kepada Chelsea. Zaquan menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan utama kebangsaan ketika menentang Pakistan pada 10 Oktober, 2008.





Nama :Shahrizal Saad
Tarikh Lahir :5 Jun 1987
Posisi :Penyerang
Kelab Semasa :Johor FC

Shahrizal Saad lahir pada 5 Jun, 1987 adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk Johor FC. Beliau bermain sebagai penyerang.
    Shahrizal sebelum ini bermain untuk Perak FA dan dia juga bermain untuk pasukan Piala Presiden Perak di peringkat belia. Dia adalah salah seorang pemain dalam Piala Presiden Perak yang menang pertandingan pada tahun 2007. Menjaringkan 12 gol, dia adalah penjaring kedua tertinggi dalam pasukan di belakang Razali Umar Kandasamy
Dia melakukan debut untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, apabila dia memasuki perlawanan persahabatan menentang Hong Kong Pasukan bola sepak kebangsaan sebagai pengganti lewat untuk Safee Sali, pada 9 Februari 2011
Shahrizal adalah abang Saad Shahrul yang sedang bermain untuk Harimau Muda B. Mereka juga mempunyai satu lagi saudara yang merupakan bekas Perak FA Terengganu FA pemain, Syamsul Saad.



Nama :Kunalan Subramanian
Tarikh Lahir :22 Ogos 1986
Tempat Lahir :Negeri Sembilan
Posisi :Sayap
Kelab Semasa : Negeri Sembilan


Kunalan Subramanian lahir 22 ogos 1986 di Negeri Sembilan.Merupakan pemain senior Malaysia dan bermain di posisi Sayap.Terkenal dengan corak pemainan yang pantas.

Pada bulan November 2010, Kunanlan telah dipanggil untuk skuad kebangsaan Malaysia oleh jurulatih K. Rajagopal untuk AFF Suzuki Cup 2010. Malaysia memenangi tajuk 2010 AFF Suzuki Cup untuk kali pertama dalam sejarah

Pada bulan Julai 2011, dia bermain untuk Malaysia XI dalam perlawanan menentang Arsenal FC dan Liverpool FC yang sedang dalam lawatan pra-musim mereka, yang XI Malaysia tewas 0-4 menentang Arsenal dan kemudian tewas 3-6 kepada Liverpool.Merekan juga tewas kepada Chelsea FC 0-1.



Nama :Mohd Fadhli Mohd Shas
Tarikh Lahir :21 Januari 1991
Tempat Lahir :Lumut,Perak
Posisi :Pertahanan
Kelab Semasa :Harimau Muda A/Vion fc

Mohd Fadhli Mohd Shas lahir 21 Januari 1991 adalah seorang pemain Pertahanan Malaysia dan bagi FC ViOn Zlaté Moravce di dalam Liga Corgoň.Dia menjadi pemain yang dipinjamkan ke satu kelab di Slovakia iaitu Vion fc bersama-sama Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal
   
Beliau telah dilahirkan di Lumut, Perak tetapi keluarganya berasala daripada Johor Bahru, Johor. Beliau juga adalah pasukan bola sepak senior Malaysia dan skuad Malaysia B-23.Pada bulan November 2010, Fadhli telah dipanggil untuk pasukan bola sepak senior Malaysia oleh jurulatih K. Rajagopal bagi Piala AFF Suzuki 2010. Malaysia telah menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 buat kali pertama di dalam sejarah.



Nama :Mahali Jasuli
Tarikh Lahir :2 April 1989
Tempat Lahir :Selayang.Selangor
Posisi :Pertahanan
Kelab Semasa :Harimau Muda A

   Mahali Jasuli lahir 2 April 1989 di Selayang, Selangor adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang di posisi pertahanan Harimau Muda A. 
      Beliau adalah pemain skuad Kebangsaan di bawah-23 pasukan bola sepak dan pemain yang beraksi di Laos Sea Games 2009 dengan memenangi pingat Emas bola sepak.  dia telah bermain untuk pasukan bola sepak negara Malaysia, dan dalam musim 2009, dia bermain dua kali menentang Manchester United dalam  pra musim mereka. 
     
Pada bulan November 2010, Mahali telah dipanggil untuk skuad kebangsaan Malaysia oleh jurulatih K. Rajagopal untuk AFF Suzuki Cup 2010. Mahali gol pertama bagi Malaysia adalah menentang Laos pada perlawanan kumpulan terakhir. Malaysia memenangi tajuk 2010 AFF Suzuki Cup untuk kali pertama dalam sejarah.



Nama :Mohd amri Yahyah
Tarikh Lahir :21 Januari 1981
Tempat Lahir :Tanjung Karang
Posisi :Penyerang/Tengah
Kelab Semasa :Selangor

Mohd Amri Yahyah lahir pada 21 Januari, 1981, merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk Selangor. Dia boleh beraksi sebagai penyerang dan tengah.
    Dilahirkan di Tanjung Karang, Amri telah mewakili Selangor sejak tahun 2001. Pada 2002, dia digelar sebagai budak emas apabila menjaringkan gol kemenangan Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2002 menentang Sabah. Pada musim 2005 dia membantu Selangor memenangi tiga piala.
    
Pemain kidal ini juga pernah mewakili Malaysia ke Sukan SEA 2003 di Hanoi dan Piala Tiger 2004 dimana Malaysia muncul pemenang tempat ke-3.Sebelum bermulanya musim 2009, Amri dilantik untuk menjadi ketua pasukan Selangor selepas kontrak Shukor Adan ditamatkan FAS.
   
Kehebatannya terserlah selepas menjaringkan dua gol dalam perlawanan persahabatan menentang juara Liga Perdana Inggeris Manchester United pada 18 Julai 2009. Pasukan kebangsaan tewas 3-2.
    
Pada 22 Disember 2009, beliau dipanggil kembali untuk memperkuatkan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2011 menentang Emiriyah Arab Bersatu pada 2 Januari 2010.Turut berada dalam Skuad Kebangsaan ketika Malaysia Menjuarai Piala AFF Suzuki 2010.



Nama :Mohd Sharbinee Allawee Ramli
Tarikh Lahir :7 Disember 1986
Posisi :Penjaga Gol
Kelab Semasa :Terengganu

Mohd Sharbinee Allawee Ramli lahir 7 Disember 1986, adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang merupakan penjaga gol bagi pasukan Terengganu FA. Beliau adalah salah seorang ahli pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan juga ahli pasukan skuad bola sepak Sukan SEA 2009 di Laos.
  
Pada bulan November 2010, Sharbinee telah dipanggil masuk ke dalam skuad kebangsaan Malaysia oleh jurulatih K. Rajagopal bagi Piala Suzuki AFF 2010. Sharbinee merupakan kesebelasan utama menentang Indonesia di perlawanan pertama di dalam Kumpulan A. Malaysia tewas 5-1 menyebabkan beliau digantikan oleh Khairul Fahmi Che Mat sebagai penjaga gol utama. Malaysia memenangi kejohanan itu buat kali pertama.
   Pada 23 Julai 2011, pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 menemukan Malaysia dan Singapura yang berakhir dengan Malaysia dibolosi sebanyak 5 gol. Gawang Malaysia ketika itu dijaga oleh Sharbinee.



Nama :Izzaq Faris Ramlan
Tarikh Lahir :18 April 1990
Tempat Lahir :Terengganu
Posisi :Penyerang
Kelab Semasa :Harimau Muda A

Izzaq Faris Ramlan lahir pada 18 April 1990 di Terengganu merupakan pemain Harimau Muda untuk pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia 2010 dan seterusnya. Beliau berasal dari Terengganu dan pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMKSS) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
       Merupakan pemain yang tinggi lampai,dan berada dalam Skuad  Kebangsaan semasa menjuarai Piala AFF Suzuki 2010.




Nama :Amar Rohidan
Tarikh Lahir :23 April 1987
Posisi :Tengah
Kelab Semasa :Perlis

Amar Rohidan dilahirkan pada 23 April, 1987 adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain di posisi tengah Kedah FA. Amar  telah berpindah dan bermain untuk Perlis FA . Beliau juga merupakan pemain pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.  
     Pada bulan November 2010, Amar telah dipanggil untuk skuad kebangsaan Malaysia oleh jurulatih K. Rajagopal untuk AFF Suzuki Cup 2010. Malaysia memenangi tajuk 2010 AFF Suzuki Cup untuk kali pertama dalam sejarah.



Nama :Azidan Sarudin
Tarikh Lahir :31 Mei 1986
Tempat Lahir :Kuala Lumpur
Kelab Semasa :Selangor

Azidan lahir 31 Mei 1986 di Kuala Lumpur adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk Selangor FA in Malaysia Super League. Beliau bermain sebagai pemain tengah untuk skuad Selangor.



Nama :Suppiah Chanturu
Tarikh Lahir :14 Disember 1987
Tempat Lahir :Kulim,Kedah
Posisi :Penyerang
Kelab Semasa :Kelantan

Suppiah Chanturu lahir 14 Disember 1987 di Kulim,Kedah adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain sebagai penyerang untuk Kelantan. Beliau juga telah bermain dan menjaringkan gol buat pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.



Nama :Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid
Tarikh lahir :1 Mei 1986
Tempat Lahir :Tumpat,Kelantan
Posisi :Pertahanan
Kelab Semasa :Kelantan

Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid lahir 1 Mei 1986 di Tumpat, Kelantan adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk Kelantan FA di Malaysia Super League. Dia bermain sebagai pertahanan pusat untuk skuad.


Nama :Mohd Azmi Muslim
Tarikh Lahir :17 Oktober 1986
Posisi :Pertahanan/Tengah
Kelab Semasa :Kedah

Mohd Azmi Muslim lahir 17 oktober 1986 adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang menjadi pemain pertahanan dan Pemain Tengah untuk Kedah FA  Beliau adalahpemainkebangsaan Malaysia di bawah-23 pasukan bola sepak dan pemain semasa Malaysia memenangi pingat emas di sukan sea laos 2009 beliau telah bermain untuk pasukan bola sepak negara Malaysia, dan pada tahun 2009 dia bermain dua kali menentang Uzbekistan di 2011 kelayakan Piala AFC Asian.



Nama :Ahmad Fakri Saarani
Tarikh Lahir :8 Julai 1989
Tempat Lahir :Kata Bharu
Posisi :Penyerang/Sayap Kanan
Kelab Semasa :Negeri Sembilan

Ahmad Fakri Saarani lahir pada 8 Julai 1989 di Kota Bharu, merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk pasukan Negeri Sembilan dalam Liga Super Malaysia. Beliau berkebolehan menjadi penyerang dan sayap kanan.

Fakri lahir di Kota Bahru tetapi membesar di Batu Gajah, beliau membuat penampilan pertama untuk Perak dalam perlawanan Liga Super Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 24 Mac 2007. Di dalam perlawanan ini, beliau menjaringkan hattrick dan satu assist dengan berkesudahan pasukan beliau menang dengan 5-1.
Fakri telah dinaikkan taraf ke dalam pasukan pertama daripada pasukan Piala Presiden (pasukan simpanan) kerana penyerang pasukan senior, R. Surendran telah bersama dengan pasukan senior Malaysia pada satu lawatan permainan ke Sri Lanka. Jurulatih Perak, Steve Darby telah berkata mengenai keputusannya untuk memberikan Fakri satu peluang::
Musim berikutnya Fakri disenaraikan untuk mewakili pasukan Harimau Muda. Dia kemudian berhijrah ke Perlis pada musim 2009.
Beliau adalah ahli skuad kebangsaan Malaysia dan bekas Malaysia Bawah-20. Beliau telah melibatkan diri di dalam Kejohanan Remaja Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2006 dan Kejohanan Remaja Persekutuan Bola Sepak ASEAN 2007. Beliau juga telah bermain di dalam Trofi Hassanal Bolkiah 2007. Pada tahun 2008, Ahmad Fakri telah dipinjamkan ke Harimau Muda, sebuah pasukan Liga Premier Malaysia yang terdiri daripada ahli-ahli pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah-20.

Pada bulan November 2010, jurulatih Malaysia, K. Rajagopal telah memanggil Fakri untuk Piala Suzuki AFF 2010, tetapi kemudian diketepikan akibat cedera semasa Sukan Asia 2010 dan digantikan oleh Mohd Ashaari Shamsuddin.