Peminat Bola

Baca ni!!!

Harimau Muda A MENGGANAS lagi..


Skuad B-23 negara, Harimau Muda A terus mengaum di bumi Kanggaru apabila mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam siri empat aksi persahabatan di Australia selepas menewaskan pasukan divisyen dua negara itu, Brisbane Lions 2-1 di Pusat Sukan dan Olahraga Queensland (QSAC), Brisbane, semalam.
Penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan mudah menolak masuk gol pertama Harimau Muda A seawal minit ketiga sebelum lawan menyamakan kedudukan, 11 minit kemudian.
Gol kemenangan dijaringkan Rozaimi Abd Rahman menerusi sepakan percuma menarik pada minit ke-39.
“Ternyata Brisbane Lions lebih kuat daripada Palm Beach Sharks tetapi perlu diingat yang saya juga membuat lima hingga enam pertukaran pemain berbanding kesebelasan yang menang 5-1 ke atas lawan pertama kita (Sabtu lalu).
“Walaupun mungkin ada yang kata lawan hanyalah pasukan divisyen dua Australia, bagi saya mereka tetap memberi kesukaran dengan fizikal yang tinggi, cuma dari segi teknikal dan disiplin, pemain kita lebih baik,” kata pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee ketika dihubungi di Brisbane, malam tadi.
Dia turut gembira melihat semua pemain menunjukkan persaingan sengit sesama sendiri merebut tempat dalam kesebelasan utama menjelang Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember depan.
“Kesungguhan inilah saya mahu lihat di kalangan pemain. Perebutan tempat dalam kesebelasan masih terbuka,” kata Kim Swee menjelang baki dua lagi perlawanan bertemu satu lagi kelab divisyen dua, Brisbane Olympic, Sabtu ini dan kelab liga utama Australia, Brisbane Roar, Selasa depan

No comments:

Post a Comment

DAH BACA?KOMEN LAH.....
SATU PUN JADI LAH,TAPI KALAU LEBIH LAGI HAPPY...
HIHIHIHI...