Peminat Bola

Baca ni!!!

Peluang NAZMI FAIZ Kembang Bakat

Bintang Harimau Muda, Nazmi Faiz mungkin akan beraksi bersama pasukan simpanan Cardiff City selama setahun.



Siapa yang tidak kenal nama Nazmi Faiz yang berusia 17 tahun kini bersama pasukan Harimau Muda yang beraksi di dalam Liga Singapura.
Ramai yang mengetahui bakat dan kebolehan pemain remaja ini yang menyerlah dalam saingan kelayakan Olimpik, Sukan SEA dan juga Liga Singapura. Pergerakannya di padang sentiasa mendapat perhatian.
Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee sangat mengenali kebolehannya anak buahnya itu tetapi berharap bakatnya dapat dipupuk lagi di Eropah.
Bercakap kepada akhbar Singapura, Today, Ong Kim Swee berkata: "Nazmi mempunyai bakat yang jarang kita lihat. Bakatnya semulajadi dengan pengelihatan yang baik untuk membuat hantaran dan juga keupayaan teknikal yang kuat. Dia perlu ke luar negara untuk beraksi di tahap yang lebih tinggi untuk mengembangkan bakatnya."
"Untuk ke arah itu, kami akan bertemu dengan wakil dari Cardiff City pada minggu ini untuk memuktamadkan beberapa perkara untuk Nazmi beraksi dengan pasukan simpanan mereka.
"Tetapi kami terutama sekali mesti tahu bila dia boleh kembali ke Malaysia untuk menduduki peperiksaan dan jika mereka boleh melepaskannya itu tugas bersama skuad kebangsaan." katanya lagi.
Cardiff City yang dimiliki oleh usahawan Malaysia, Dato Chan Tien Ghee sebelum ini pernah menawarkan sesi percubaan kepada Safee Sali dan Safiq Rahim tetapi situasi Nazmi sedikit berbeza dimana dia dicadangkan untuk bermain bersama pasukan simpanan.
Nazmi Faiz telah menerima banyak pujian sejak persembahannya dalam Sukan SEA tahun lepas. Dan pada kelayakan Olimpik dengan Bahrain, dia telah menjaringkan gol yang hebat.
"Itu merupakan gol terbaik saya pernah jaringkan. Tetapi saya tidak rasa saya seorang bintang. Rakan sepasukan dan saya semuanya sama," kata Nazmi kepada Today.
Setakat ini Nazmi telah beraksi dalam lapan perlawanan Liga Singapura dan menjaringkan dua gol.
"Sejujurnya saya terkejut ada orang Singapura berpendapat bahawa saya pemain yang luar biasa," kata Nazmi lagi.
"Saya berbangga tetapi tiada tekanan dan masih banyak yang perlu dicapai. Impian saya adalah untuk bermain di Eropah dan beraksi seperti idola saya, Xavi Hernandez."

No comments:

Post a Comment

DAH BACA?KOMEN LAH.....
SATU PUN JADI LAH,TAPI KALAU LEBIH LAGI HAPPY...
HIHIHIHI...