Peminat Bola

Baca ni!!!

Safiq Rahim Telah ke Cardiff City





Pada 23 November, Kapten Pasukan Kebangsaan dan juga pakar sepakan percuma skuad bola sepak negara, Safiq Rahim, dilaporkan telah ke Cardiff City. Beliau akan menjalani percubaan bersama Cardiff City selama lebih kurang sebulan.  Katanya, ini adalah peluang yang ditunggu-tunggu dan peluang yang terbaik buatnya untuk menunjukkan kemahiran atau skill bola sepaknya walaupun beliau tahu ia adalah sukar tetapi katanya tiada yang mustahil. Kata pemain tengah Selangor yang berusia 24 tahun itu lagi, masanya sudah sampai untuk menunjukkan Malaysia juga mempunyai ramai pemain bola sepak yang berbakat.

Tambah Safiq, apa jua keputusannya, beliau berharap dapat mempelajari sesuatu daripada perlawaan ini dan bisa meningkatkan permainannya ke tahap yang lebih tinggi dan membanggakan. Sememangnya beliau layak mendapat tawaran sebegni kerana bakatnya yang pernah menyumbat gol  hasil sepakan percuma ketika menentang gergasi Liga Perdana Inggeris Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Julai lalu.      
  Impian Kapten Kebangsaan bola sepak itu adalah ingin menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di England.
     Semoga doa semua rakyat Malaysia dan peminat bola sepak tempatan mengiringi pemergian Safiq Rahim pemain berjersi no.8 itu ke Cardiff City. GOOD LUCK....SEMOGA BERJAYA..... SELAMAT MAJU JAYA.... MAJULAH SUKAN UNTUK MALAYSIA.



SAFIQ RAHIM bersama jersi Cardiff City(CC) dan pemilik CC Dato' Tien Ghee   






No comments:

Post a Comment

DAH BACA?KOMEN LAH.....
SATU PUN JADI LAH,TAPI KALAU LEBIH LAGI HAPPY...
HIHIHIHI...