Peminat Bola

Baca ni!!!

Perlawanan Yang Melibatkan Pasukan Negara


- 8th September 2011 | U19 Malaysia vs U19 Philippines | 2011 AFF U-19 Youth Championship
- 8th September 2011 | U16 China vs U16 Malaysia | 2012 AFC U-16 Championship qualification
- 9th September 2011 | Olympic Malaysia vs Arbil SC (Iraq) | Friendly Match
- 10th September 2011 | U16 North Korea vs U16 Malaysia | 2012 AFC U-16 Championship qualification
- 10th September 2011 | U19 Malaysia vs U19 Singapore | 2011 AFF U-19 Youth Championship
- 12th September 2011 | U19 Malaysia vs U19 Cambodia | 2011 AFF U-19 Youth Championship
- 13th September 2011 | U16 Malaysia vs U16 Timor Leste | 2012 AFC U-16 Championship qualification
- 14th September 2011 | Olympic Malaysia vs Olympic Oman | Friendly Match
- 14th September 2011 | U19 Malaysia vs U19 Thailand | 2011 AFF U-19 Youth Championship
- 15th September 2011 | U16 Singapore vs U16 Malaysia | 2012 AFC U-16 Championship qualification
- 18th September 2011 | U16 Malaysia vs U16 Macau | 2012 AFC U-16 Championship qualification
- 21st September 2011 | Olympic Japan vs Olympic Malaysia | Football at the 2012 Summer Olympics Qualification
-7 Oktober 2011  | Australia vs Malaysia | Friendly Match
- 31st October 2011 | U19 Malaysia vs U19 Vietnam | 2012 AFC U-19 Championship qualification
- 2nd November 2011 | U19 Malaysia vs U19 Laos | 2012 AFC U-19 Championship qualification
- 6th November 2011 | U19 Malaysia vs U19 North Korea | 2012 AFC U-19 Championship qualification
- 8th November 2011 | U19 Malaysia vs U19 Myanmar | 2012 AFC U-19 Championship qualification
- 23rd November 2011 | Olympic Malaysia vs Olympic Syria | Football at the 2012 Summer Olympics Qualification
- 27 November 2011 | Olympic Malaysia vs Olympic Bahrain | Football at the 2012 Summer Olympics Qualification

Senarai Pemain Menentang Jepun 21 September 2011





  1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
  2. Mohd Izuan Solahuddin (Kelantan)
  3. Mohd Zubir Mohd Azmi (Terengganu)
  4. Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah)
  5. Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur)
  6. Mohd Azrif Nasrulhaq (PKNS)
  7. Muhammad Nazmi Faiz (Harimau Muda B)
  8. Muhammad Syazwan Tajuddin (Harimau Muda B)
  9. Abdul Shukor Jusoh (Harimau Muda A)
  10. K. Gurusamy Govandar (Harimau Muda A)
  11. Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A)
  12. Mahalli Jasuli (Harimau Muda A)
  13. Mohamad Amer Saidin (Harimau Muda A)
  14. Mohammad Muslim Ahmad (Harimau Muda A)
  15. Mohd Fandi Othman (Harimau Muda A)
  16. Mohd Ferris Daniel Mat Nasir (Harimau Muda A)
  17. Mohd Izham Tarmizi (Harimau Muda A)
  18. Muhammad Zamir Selamat (Harimau Muda A)
  19. Nazirul Naim Che Hashim (Harimau Muda A)
  20. Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda A)
  21. Thamil Arasu Ambumamee (Harimau Muda A)
  22. Wan Zaharulnizam Wan Zakaria. (Harimau Muda A)



--->   Wan Zack, Fadhli Shas, Irfan Fazail (loan to ViOn).
--->   5 Digugur: Gary Steven, Affize Faisal, Sasikumar, Fakri Saarani, Azrul Azmi

Safiq Rahim ke Cardiff City


      KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.
      Semalam, pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.
“Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.
“Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).
“Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah saya menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti,” kata Safiq ketika dihubungi Kosmo! semalam.
     Pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang membesar di Kuala Selangor itu turut lega apabila pihak Cardiff City memberi ruang untuknya memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.
“Mereka (Cardiff City) tidak mahu ganggu tugasan saya bersama Selangor dalam Piala Malaysia. Mereka mahu saya beri tumpuan penuh terhadap saingan itu terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian percubaan tersebut.
“Buat masa ini memang saya seorang saja yang diberi tawaran ini tetapi mungkin selepas ini mereka akan tawarkan juga kepada Safee Sali (penyerang Pelita Jaya),” jelas Safiq.
       Difahamkan, Cardiff City kendalian pengurus, Malky Mackay terpikat dengan aksi Safiq ketika menyaksikannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal pada Julai lalu, terutamanya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika bertemu Liverpool.
Kelmarin, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama dua bulan sehingga awal November depan.
     Ia sekali gus membuka lembaran baharu buat pemain-pemain bola sepak negara mengembangkan bakat mereka beraksi di luar negara seperti dicetuskan Safee yang beraksi untuk Pelita Jaya sejak Februari lalu.



Sumber Kosmo

Harimau Malaya Betuah



SKUAD Harimau Malaya masih bertuah biarpun terkandas di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Julai lalu apabila pasukan gergasi Asia, Australia mengundang anak buah Datuk K Rajagobal bertandang ke Sydney pada 7 Oktober ini bagi perlawanan persahabatan.
Berita baik itu disampaikan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Subahan Kamal yang menyifatkan pelawaan naib juara Piala Asia 2011 itu sebagai satu penghormatan dan pendedahan terbaik buat pemain negara.

“Kami menerima jemputan untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Australia, minggu lalu. “Bagaimanapun perkara ini akan dibincangkan di peringkat Exco terlebih dulu tapi kemungkinan besar kami bersetuju kerana bukan senang untuk kita diberi peluang menentang skuad Piala Dunia Australia.

“Saya fikir belum pernah Malaysia menentang Australia sebelum ini dan ini satu penghormatan buat skuad Harimau Malaya apabila dapat berdepan barisan pemain bintang Australia seperti Tim Cahill dan Harry Kewell,” katanya.

Pelawaan Australia itu ibarat orang mengantuk disorongkan bantal buat FAM yang berdepan kesukaran mendapatkan perlawanan berkualiti buat skuad kebangsaan selepas gagal mara ke peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia apabila tumpas kepada Singapura menerusi agregat 6-4 sebelum ini.

Ini terbukti apabila skuad kebangsaan yang berkumpul pada awal bulan lalu hanya menjalani latihan biasa tanpa perlawanan persahabatan antarabangsa selepas gagal mencari pasukan bagi menggantikan Oman dan Indonesia yang membatalkan perlawanan yang diatur pada awalnya.


Selain memiliki reputasi selaku juara Asia Tenggara, Malaysia menjadi pilihan Australia yang dibimbing jurulatih Jerman, Holger Osieck sebagai persiapan sebelum menentang Thailand pada pusingan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia pada 15 November ini.

“Australia akan menentang Thailand dalam pusingan kelayakan Piala Dunia, mungkin mereka mahu mencari pasukan dari rantau ini untuk dijadikan ujian sebelum menghadapi perlawanan itu,” katanya




SUMBER Harian Metro

Perlawanan Terakhir Harimau Muda Di Slovakia....Menang




SKUAD HARIMAU MUDA a.k.a SKUAD OLIMPIK
Selepas mengalami kekalahan pada perlawanan sebelumnya kepada Nitra fc Skuad Harimau Muda bangkit untuk mencatatkan kemenangan pada perlawanan terakhir pada 24 ogos dengan jaringan yang dihasilkan oleh Izuan Salahuddin pada minit ketiga.Skuad Harimau Muda mencatat kan kemenangan buat kali kelima selepas mengharunggi kesemua perlawanan iaitu tujuh perlawanan.Analisis semua perlawanan menunjukkan tanda positif dan Skuad Harimau Muda harus menterjemahkannya pada perlawanan peringkat kumpulan pada kelayakan Olimpik 2012 nanti.Wan Zack Haikal merupakan penjaring terbanyak dalam semua perlawanan tersebut dengan 3 gol.Sembilan gol berjaya dihasilkan sepanjang perlawanan disana dan bolos sebanyak tujuh gol.....      Skuad Harimau Muda akan mengharungi jadual yang padat pada November ini apabila Sukan Sea 2011 di Indonesia dan Kelayakan Olimpik pada bulan yang sama seta tarikh yang hampir dengan kedua-dua kejohanan.

Harimau Muda Kalah tipis...




Pada 23 ogos 2011 Skuad Olimpik Malaysia mengharungi satu lagi aksi persahabatan menentang Nitra FC.Walaubagaimanapun,Skuad Olimpik kalah tipis kepada kelab tersebut dengan jaringan 1 berbalas 0.Kekalahan ini adalah kekalahan kali kedua buat Skuad Olimpik Malaysia daripada 6 perlawanan persahabatan  yang diharungi di Slovakia selama sebulan disana dan aksi perlawanan terakhir Skuad Olimpik Malaysia akan menentang kelab FK Levice pada 24 ogos ini sebelum Skuad Olimpik pulang ke tanah air untuk berhari raya.Sepatutnya,last game Skuad Harimau Muda 26 ogos namun atas kesilapan penjadualan mereka terpaksa turun keesokan harinya...

QPR Sedia Uji Apek,Safee Sali



 
 Queens Park Rangers (QPR) bersedia memberi  peluang kepada pemain negara, Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk mengikuti latihan bersama kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris itu    
      Pembelian QPR oleh syarikat Malaysia, Tune Sports Sdn. Bhd. bukan hanya bertujuan komersial tetapi juga untuk meningkatkan mutu sukan tanah air.
      Malah, Ahli Lembaga Pengarah QPR, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pemilikan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bukan hanya untuk mengetengahkan pemain kebangsaan sekarang tetapi juga memberi pendedahan kepada lebih ramai pemain muda pada masa akan datang.
    " Sebagai langkah awal,kami berhasrat menguji Apek dan Safee dengan QPR.Kami juga akan memberi perhatian kepada mereka yang masih lagi di bangku sekolah hingga peringkat antarabangsa."katanya kepada utusan malaysia.


*Sumber Utusan Malaysia