Peminat Bola

Baca ni!!!

Giliran Safiq Rahim Pula....





Selepas penyerang sensasi negara Safee Sali tamat menjalani latihan di Cardiff City, kini Kapten Harimau Malaya Iaitu Safiq Rahim pula akan ke sana selepas berakhirnya kempen Piala Malaysia Oktober ini.
   Pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu berkata beliau mendapat tawaran daripada kelab yang mendapat jolokan nama 'Blue Birds' itu pada 26 Ogos lepas.

"Saya akan pergi bersama dengan (bekas rakan sepasukan) Safee Sali dan dijangka menjalani ujian percubaan selama tiga minggu di sana," katanya kepada Bernama selepas sesi latihan skuad Pilihan Selangor di Stadium Shah Alam, hari ini.
Skuad Pilihan Selangor akan menentang Pilihan Singapura pada edisi ke-10 Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam esok.
Mengenai peluangnya untuk mendapat tempat dalam kelab itu, Safiq berkata: "Saya akan cuba beri persembahan terbaik nanti. InsyaAllah, kalau ada rezeki saya di sana, mungkin saya akan berjaya."
Sebelum ini, Safee yang kini bermain dengan Kelab Pelita Jaya di Indonesia mencuba nasib dengan menjalani latihan ujian percubaan selama dua minggu dengan kelab yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee.
Bagaimanapun, hajat penyerang skuad negara itu untuk bermain dalam kelab berkenaan masih menemui jalan buntu ekoran peraturan permit kerja di United Kingdom.
Pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datang dari negara di ranking 70 terbaik dunia.

Skuad Bawah 23 Tahun Sertai Kejohanan di Vietnam



Persatuan Bolasepak Malaysia telah mengumumkan senarai pemain pasukan Bawah 23 Kebangsaan yang diminta untuk melapor diri serta menjalani latihan sebagai persiapan untuk Sukan Sea 2011.
Skuad kebangsaan juga dijadualkan menyertai Kejohanan Jemputan Antarabangsa Piala AFF di Hanoi, Vietnam pada 17 hingga 24 Oktober nanti.
Senarai pemain seperti di dalam siaran media FAM adalah :
1.  Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan)
2.  Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur)
3.  See Kok Luen (Kuala Lumpur)
4.  Muhammad Faizal Abu Bakar (Kedah)
5.  Mohammad Ab Aziz Ismail (Kelantan)
6.  Mohd Izuan Salahuddin (Kelantan)
7.  Mohd Syazwan Roslan (Perak)
8.  Azrul Azmi (KL Felda United)
9.  Saarvindran a/l Devandran (Harimau Muda A/ KL Felda United)
10.  Abdul Shukor Jusuh (Harimau Muda A)
11.  Thamil Arasu A/L Ambumamee (Harimau Muda A)
12.  Mohammad Ferris Danial Mat Nasir (Harimau Muda A)
13.  Gary Stevan Robbat (Harimau Muda A)
14.  Nazirul Naim Che Hashim (Harimau Muda A)
15. Muhammad Amer Saidin (Harimau Muda A)
16. Mohamad Fandi Othman (Harimau Muda A)
17.  Mohd Izham Tarmizi Roslan (Harimau Muda A)
18.  Muhammad Zamir Selamat (Harimau Muda A))
19.  Sasikumar a/l Kishokumar (Harimau Muda A)
20.  Mohammad Nazmi Faiz Mansor (Harimau Muda B)
21.  Muhammad Syazwan Tajuddin (Harimau Muda B)
Manakala pemain-pemain yang tersebut dibawah dikehendaki melaporkan diri pada hari Ahad, 9 Oktober 2011 kepada Ketua Jurulatih Pasukan Olimpik Kebangsaan, Encik Ong Kim Swee di Wisma FAM.
1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2. Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu)
3. Mohd Asraruddin Putra Omar (Selangor)
4. Badrol Bakhtiar (Kedah)
5. Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur)
6. Mohammad Muslim Ahmad (Harimau Muda A)
7. Mahalli Jasuli (Harimau Muda A)
8. Mohammad Fadhli Mohd Shas (Hariumau Muda A)
9. Gurusamy Govandar Kandasamy (Harimau Muda A)
10. Izzaq Farris Ramlan (Harimau Muda A)
11. Syahrul Azwari Ibrahim (Harimau Muda A)
12. Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria (Harimau Muda A)
13. Ruben Thayaparan Kathrillai (Universiti Kebangsaan Malaysia)

SUMBER:DUNIA SUKAN

Good Job Malaysia Walaupun Tewas



Semua orang maklum akan kekalahan Skuad Olimpik Malaysia kepada Jepun pada malam semalam,tetapi pujian harus diberikan kan kepada anak-anak didik Ong Kim Swee kerana berusaha keras mempertahan kan kubu Malaysia daripada banyak dibolosi.Khairul Fahmi Che Mat iaitu kapten Olimpik Malaysia serta penjaga gawang Malaysia merupakan watak penting kerana berjaya menafikan banyak percubaan daripada pemain-pemain Jepun.Skuad Olimpik Malaysia tewas 0-2 kepada Jepun pada aksi pembukaan peringkat kumpulan semalam.
      Ramai yang menyalahkan pemain pertahanan tetapi bagi saya sampai bila pemain pertahanan boleh bertahan kalau asyik kena serang je kan.....So skuad Olimpik ni bukan lah pasukan belasan kerana bolos 2 gol sama dengan pasukan lain seperti Oman yang tewas 0-2 juga dengan Kore Selatan


Berikut Aksi-aksi perlawanan semalam :






Apek mentelamatkan percubaan daripada di bolosi



Wan Zack Haikal diberi rawatan kerana mengalami kecederaan



tamat perlawanan



Jepun bergembira menjaring kan gol kedua



Wajah kecewa pemain selepas tamat perlawanan



Sebahagian penyokong Malaysia di Jepun


Semoga Berjaya Harimau Muda




Esok (21 September 2011) merupakan hari perhitungan Harimau Muda menentang Samurai(Jepun) di Jepun. Lapan pemain negara yang dibimbing Datuk K Rajagobal turut beraksi ketika tewas 0-2 di Stadium Huadu, Guangzhou iaitu Khairul Fahmi, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Muslim Ahmad, Fandi Othman, K Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan dan Faizal Abu Bakar menjadi tonggak untuk menentang Jepun esok walaupun Jepun juga menurun kan lapan  pemain Jepun yang menjuarai Sukan Asia 2010 masih berada dalam skuad bimbingan Takashi Sekizuka iaitu Shunsuke Ando, Takuya Masuda, Yusuke Higa, Daisuke Suzuki, Kazuya Yamamura, Keigo Higashi, Hotaru Yamaguchi dan Kensuke Nagai.





Barisan Kemungkinan :Khairul Fahmi Che Mat (kapten), Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Wan Zack Haikal Wan Nor, K Gurusamy, Abdul Shukur Jusoh, Fandi Othman, A Thamil Arasu, Izzaq Faris Ramlan.


Info :Jangan lupa saksikan perlawanan ini secara live di TV2,Astro Arena dan Astro 813 jam 6.45 petang

K Devan Letak Jawatan



Jurulatih Selangor, K Devan mengangkat bendera putih dengan sah meletak jawatan selaku ketua jurulatih Selangor FA.. Dalam keadaan mereka terdesak untuk mencapai "Misi-33". Penolong Jurulatih, P.Maniam dinamakan sebagai pemangku tugas sebagai ketua jurulatih buat sementara waktu.Khabar angin bertiup kencang di Pantai Timur bahawa bekas pengendali Kelantan dan Skuad Negara bakal mengambil alih jawatan Jurulatih Selangor.

Senarai 26 Pemain Menentang Australia Serta Pemain Yang Digugurkan



Penjaga Gol
Norazlan Razali (KL)
Farizal Marlias (N9)
Khairul Fahmi (KEL)

Pertahanan
Mahali Jasuli (HMA)
Muslim Ahmad (HMA)
Faizal Muhammad (HMA/TER)
Fadhli Shas (HMA)
Shahrom Kalam (KL)
Zubir Azmi (TER)
Asraruddin Putra Omar (SEL)
Nurhafiz Zamani Misbah (N9)
Farisham Ismail (KEL)

Tengah
Amar Rohidan (KED)
Badrol Bakhtiar (KED)
Khyril Muhymeen (KED)
S Kunanlan (N9)
Joseph Kalang Tie (TER)
K Gurusamy (HMA)
Wan Zaharulnizam (HMA)
Syahrul Azwari (HMA)

Penyerang
K Reuben (UKM) - kapten universiade MALAYSIA
Safee Sali (Pelita Jaya)
Norshahrul Idlan (KEL)
Shahrizal Saad (Johor FC)
Yong Kuong Yong (KL)
Izzaq Faris (HMA)

* DIGUGURKAN-

Sharbinie Allawee(GK) -ter
Nasril Nordin(GK -prk
Fakri Saarani -n9
Abdul Hadi Yahya -ter
Ismail Faruqi -ter
Helmi Remeli -ter
Ashaari Shamsudin -ter
Safiq Rahim - sel (trial dgn cardiff city)
Amirul Hadi Zainal - sel
Rizal Fahmi - kel
Shakir Shaari -kel
S.Chanturu -kel
Azmi Muslim -ked
Aidil Zafuan - n9

PIALA MALAYSIA 2011 - 13 SEPT 2011 - 8.45 mlm


KUMP A
-SABAH vs JOHOR (8.15 mlm)
-PERAK vs KEDAH (Live di RTM1)

KUMP B
-NEGERI SEMBILAN vs TERENGGANU (Live di Astro Arena Saluran 801)
-PKNS FC vs SIME DARBY FC

KUMP C
-SARAWAK vs JOHOR FC (8.15 mlm)
-FELDA UNITED vs KELANTAN (14 SEPT 2011 - Live di Astro Arena)

KUMP D
-KUALA LUMPUR vs SELANGOR (Siaran tertunda jam 10.30 mlm di Astro Arena)
-T-TEAM vs PDRM