Peminat Bola

Baca ni!!!

FC Ryukyu Kelab Devisyen 3 Jepun Intai Wan Zaharulnizam a.k.a Kecik

Wan Zaharulnizam
 Meskipun tidak berjaya menjejakkan kaki ke Sukan Olimpik 2012 Julai nanti, namun bakat pemain sayap skuad Olimpik Malaysia, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria yang lebih dikenali sebagai Kecik, berjaya mencuri tumpuan kelab Jepun, FC Ryukyu.


Mengesahkan perkara tersebut, jurulatihnya, Ong Kim Swee berkata, Wan Zaharul ditawarkan menjalani ujian percubaan bersama kelab Devisyen 3 berpangkalan di Okinawa itu, selepas agensi pencari bakat bola sepak, Japan Dream FA menonton aksinya sewaktu perlawanan kelayakan Olimpik menentang Jepun di Tosu September tahun lalu.




“Wakil FC Ryukyu datang berjumpa saya semasa perlawanan­ pertama menentang Jepun dan menyatakan minat terhadap Kecik.


“Tidak terhenti disitu, ejen tersebut turut menemui saya semula dalam perlawanan kedua menentang Jepun dan mereka sudah pun menyiapkan kertas kerja untuk melihat Kecik beraksi di Okinawa,” katanya yang berlepas ke Jordan pagi semalam untuk­ meneruskan perlawanan terakhir saingan kelayakan Olimpik, Malaysia bertemu Syria.


 


Mengakui teruja dengan hasrat kelab tersebut yang menyatakan sendiri minat mereka tanpa perlu disyorkan, Kim Swee turut mencadangkan penyerang Harimau Muda, Wan Zack Haikal kepada kelab tersebut bagi menjalani ujian bersama Kecik. 


   "Siapa tahu jika Wan Zack dapat mencuri perhatian mereka.kita ada dua wakil beraksi disana nanti "


my fwenz by Zack Haikal
Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam
 Ong Kim Swee menyatakan biarpun di devisyen ketiga,harapan nya mereka dapat beraksi satu musim disana.

Japan Dream FA adalah ajen pencari bakat bola sepak yang pernah menyatakan minat untuk membawa penjaga gol kebangsaan iaitu Khairul Fahmi untuk beraksi bersama kelab di sana.Namun hinga kini ianya melalui lisan sahaja.



Terengganu Buka Langkah Kanan


Manaf Mamat meledak gol tunggal untuk Terengganu  ketika
menentang Song Lam Nghe semalam



Saingan Piala AFC bagi dua pasukan dari Malaysia bermula dengan langkah kanan apabila Terngganu yang bertandang ke Vietnam bertemu dengan kelab Song Lam Nghe berjaya mengutip 3 mata penuh setelah menang 1-0 di stadium Vinh.
       Ini merupakan saingan pembukaan kumpulan F Piala AFC.Gol kemenangan dan juga gol tunggal perlawanan dijaring kan oleh Manaf Mamat pada minit ke 51 perlawanan.
      Bagi perlawanan kedua pula,skuad kendalian Mat Zan Mat Aris akan melayan kunjungan Kitcee FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 20 Mac ini.













Sementara itu,satu lagi wakil negara iaitu Kelanatan akan menetang juga kelab Vietnam iaitu Navibank Saigon FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 7 malam ini (7 Mac)

Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih


Semalam menyaksiakn tirai pembukaan bola sepak Malaysia pada tahun 2012/2013,bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih yang menemukan kan Negeri Sembilan menentang Kelantan.Walaupaun Kelantan mendahului 1 gol kosong hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha,namun Effa Owana muncul wira Negeri Sembilan apabila meledak 2 gol penting untuk pasukan nya.Negeri Sembilan Muncul Juara buat pertama kalinya pada edisi ke-28....Tahniah Negeri Sembilan



Seri Perlawanan Persahabatan Harimau Muda Di Australia


Tiga perlawanan persahabatan Harimau Muda di Australia nampaknya mencatatkan keputusan yang sungguh membanggakan kerana Harimau Muda mencatatkan 2 kemenangan daripada 3 perlawanan.Perlawanan pertama skuad Harimau Muda ialah menentanh Sydney FC,di mana skuad Harimau Muda ini berjaya membenan kelab dari Australia ini dengan jaringan 3 gol  tanpa balas.jaringan di jaringkan oleh Hazwan Bakri yang menyumbat 2 gol dan Gurusamy menyumbat 1 gol lagi.Selepas perlawanan pertama tamat,keesokan harinya skuad Harimau Muda turun sekali lagi untuk menentang Central Coast Marines,dimana menyaksikan skuad Harimau Muda tewas tipis dengan 1 gol sahaja,namun dalam perlawanan ini Fakri Saarani mendapat pujian dari jurulatih kelab tersebut.Pujian harus diberikan pada skuad Haarimau Muda kerana kalah tipis kepada naib juara Liga Australia...

Perlawanan terakhir yang melibatkan skuad Harimau Muda ialah menentang kelab yang sama iaitu Central Coast Marines yang menyaksikan Harimau Muda membaham kelab tersebut dengan jaringan 4-1.Keputusan ini menyaksikan skuad Harimau Muda dalam persiapan yang bagus untuk bermain di Liga Singapura...

Gambar Mahali,Muslim,Nazmi dan Fandi Di Konti Hot FM

Selepas berjaya mempertahan kan pingat emas di sukan sea,nama-nama pemain Harimau Muda tidak pernah lekang di bibir peminat-peminat bola sepak tanah air Malaysia.Ada beberapa pemain Harimau Muda di jemput datang ke siaran langsung contohnya di Malaysia Hari Ini(MHI),Radio Hot FM,dan semua pemain ini muncul di dalam sebuah rancangan yang bertajuk Stadium Angkasa di TV 1....























Gambar Safiq Rahim Di Cardiff City

Sorry dah lama tak update blog nie......So ari saya update lagi...
Jom layam pic Kapten Malaysia semasa menjalani latihan di kelab Cardiff City:














DiLamar Kelab Indonesia, Pelita Jaya......???

Sedikit berita yang ingin dikongsi bersama....

Merujuk tajuk di ats.... siapakah yang di lamar kelab Indonesia, Pelita Jaya, yang sebelum ini menempatkan Safee Sali sebagai Kapten kelab tersebut...
 Badrol Bakhtiar, Kapten Harimau Muda dalam perlawanan Sukan Sea dan Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol yang nombor 1 negara juga Kapten Skuad Olimpik. Mereka telah dilamar oleh Kelab Pelita Jaya di Indonesia. Dengan kelebihan mereka mungkin telah menyebabkan mereka dilamar kelab tersebut. 
Badrol Bakhtiar, yang memiliki kelebihan seperti Kapten Piala AFF Suzuki, Safiq Rahim iaitu sepakan di luar kotak penalti. Sepakan penalti terakhir beliau semasa Sukan Sea telah membawa kejuaraan kepada Malaysia.
Khairul Fahmi Che Mat, seorang penjaga gol yang membanggakan ahli pasukan negara dan penyokong negara. Beliau telah menyelamatkan sepakan penalti terakhir menentang tuan rumah di Sukan Sea 26.




<:::::::::::::BADROL BAKHTIAR








KHAIRUL FAHMI CHE MAT:::::::::>





Dengar berita ini pun daripada radio, so tak tau la sohih ke tak.... sekadar pengkongsian saja... jika betul... TAHNIAH kepada mereka...... =D