Peminat Bola

Baca ni!!!

Tan Sri Tony Fernandes Pemilik Queens Park Rangers



Pemilik AirAsia Tan Sri Fernandes sah menjadi pemilik baru kelab bola sepak liga perdana Inggeris Queens Park Rangers.Berita pembelian Tan Sri Tony Fernandes ke atas kelab tersebut mendapat liputan meluas di Britain,Tan Sri Tony Fernandes menguasai 66 peratus saham dalam kelab tersebut.Jumlah pembelian tersebut dianggarkan bernilai £35 juta.“Adalah menjadi impian saya untuk melibatkan diri dalam dunia pengurusan bolasepak dan peluang untuk memiliki sebuah kelab bolasepak di London adalah terlalu baik untuk diketepikan begitu sahaja,” kata Fernandes.33 peratus lagi saham masih menjadi milik taikun besi dari India, Lakshmi Mittal.
   
    Nampaknya kegagalan pembelian kelab West Ham tersebut bagaikan membawa tuah kepada Tan Sri Tony Fernandes kerana West Ham kini telah disingkirkan ke Bahagian Kedua Liga dan QPR sebaliknya berada di Liga Perdana selepas menjuarai Liga Bahagian Dua England.

No comments:

Post a Comment

DAH BACA?KOMEN LAH.....
SATU PUN JADI LAH,TAPI KALAU LEBIH LAGI HAPPY...
HIHIHIHI...