Peminat Bola

Baca ni!!!

Giliran Pemain Olimpik Malaysia di Lamar Kelab Luar




Tiga tonggak Olimpik
 Selepas beberapa pemain harimau malaya di lamar kelab-kelab dari luar negara,kini giliran Harimau Muda pula dirisik salah satu kelab yang berpengkalan di Slovakia iaitu Vion Zlate Moravce diliga Corgon Slovakia.Wan Zack Haikal,Irfan Fazail dan Fadzli Shas tiga tonggak olimpik ini di tawarkan kontrak sebagai pemain pinjaman kelab tersebut sehingga habis liga disana.Aksi cemerlang yang di tunjukkan oleh mereka sepanjang perlawanan persahabatan disana telah memikat kelab tersebut yang menjadi tempat pangkalan mereka disana selama sebulan.Menurut Jurulatih Harimau Muda A,Ong Kim Swee,urusan pinjaman ketiga-tiga pemain ini sedang di jalankan dan apabila sudah muktamat ketiga-tiga pemain ini tidak akan pulang ke tanah air untuk berhari raya.
      "Saya harap ketiga-tiga pemain ini akan membuka lembaran baru agar lebih ramai lagi pemain kita dapat beraksi di liga sekitar Eropah. Walaupun liga utama Slovakia ini kurang prestij jika dibandingkan dengan Liga Perdana England akan tetapi ia tetap mempunyai kualiti yang baik. Biarlah pemain kita bermula di Slovakia dan kita berharap mereka ini membuktikan dahulu kemampuan di sini sebelum berfikir jauh untuk beraksi di liga lebih ternama," kata Kim Swee.
       Vion fc kini menduduki tempat ketiga liga dengan enam perlawanan dimana tiga menang,dua seri dan sekali tewas perbezaan dua mata daripada pendahulu liga Slovan Bratislava.Wam Zack Haikal adalah pemain yang menjaringkan gol terbanyak selepas 5 aksi persahabatan disana dengan tiga gol dan Irfan Fazail menjaringkan 1 gol.Walaubagaimana pun mereka akan diberi pelepasan semasa kelayakan Olimpik dan sukan sea november depan.

No comments:

Post a Comment

DAH BACA?KOMEN LAH.....
SATU PUN JADI LAH,TAPI KALAU LEBIH LAGI HAPPY...
HIHIHIHI...