Peminat Bola

Baca ni!!!

Peledak Harimau Muda Tunjuk Taring


KETIADAAN 14 tonggak utama jelas tidak menghalang kemaraan skuad Harimau Muda merakam kemenangan 4-2 ke atas Selangor pada perlawanan persahabatan di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), petang semalam.
      �Sudah lama kami tidak menjaringkan empat gol, ini membuktikan barisan ini juga mempunyai kepakaran di bahagian penyudah,� kata jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee mengenai pasukannya yang rata-rata dibarisi pemain simpanan skuad bawah 23 selepas 11 dipanggil membawa cabaran negara di Canberra manakala tiga lagi masih di Slovakia.
      �Saya harap perkara ini akan berlarutan, jika tidak dalam tempoh terdekat tetapi pada masa akan datang. Secara keseluruhan, ada peningkatan berbanding perlawanan dengan pasukan senior kebangsaan sebelum ini.� Pada perlawanan persahabatan pertama 2 Oktober lalu, skuad Kim Swee tewas 3-0 kepada anak buah Datuk K Rajagobal.
       Sementara itu, jurulatih Selangor P Maniam tetap melihat keputusan semalam secara positif dengan pasukan simpanannya beraksi lebih baik berbanding skuad utama.
     �Pada babak pertama saya menurunkan kemungkinan kesebelasan utama, mereka beraksi sebaik mungkin tetapi kerana faktor keletihan selepas melakukan latihan kecergasan semalam (kelmarin) menyebabkan permainan mereka kurang berkesan,� kata pengganti K Devan itu.
     �Ini sesuatu yang positif dan dalam tempoh beberapa hari sebelum bertemu Perak, kita akan menilai semula skuad utama yang bakal diturunkan.�
     Perlawanan persahabatan semalam antara persiapan skuad Olimpik menghadapi Sukan SEA 6 November ini manakala Selangor pula akan mengharungi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Perak, Isnin ini.










GAMBAR KREDIT :DUNIA SUAKN ONLINE

No comments:

Post a Comment

DAH BACA?KOMEN LAH.....
SATU PUN JADI LAH,TAPI KALAU LEBIH LAGI HAPPY...
HIHIHIHI...