Peminat Bola

Baca ni!!!

HARIMAU MALAYA AKAN Di UJI HUJUNG BULAN INI




Skuad bola sepak kebangsaan bakal diuji oleh sebuah negara luar dalam satu perlawanan persahabatan penghujung bulan ini sebagai persediaan awal mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi di Indonesia pada 2010.
Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal ketika mengesahkan perkara itu bagaimanapun enggan menamakan negara berkenaan kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mengadakan rundingan dengan persatuan bola sepak negara itu.

"Perlawanan itu mungkin diadakan di sini namun saya tidak mahu dedahkan terlebih dahulu kerana FAM yang akan mengumumkannya selepas selesai rundingan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen  "You're not you when you're hungry" oleh Snickers di sini hari ini.

Pada majlis itu, Rajagobal dan dua pemain Mohd Safiq Rahim dari pasukan Selangor dan S. Kunanlan dari Negeri Sembilan dilantik sebagai "Duta Snickers".

FAM sebelum ini dipercayai telah menghantar surat permohonan kepada Persatuan Bolasepak Thailand dan Persatuan Bolasepak Australia untuk mengadakan perlawanan persahabatan namun terpaksa ditolak oleh kedua-dua negara disebabkan komitmen liga domestik negara-negara itu.

Rajagobal berkata, beliau akan menampilkan beberapa muka baru dalam skuad Harimau Malaya itu apabila menghadapi beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan tempatan atau luar.

"Mungkin beberapa pemain dari Sarawak, Kedah atau Kelantan ataupun Harimau Muda A. Saya hanya akan mengetahui keupayaan sebenar skuad kebangsaan kita sehinggalah saya benar-benar berpuashati dengan persembahan yang dipamerkan oleh pemain-pemain kita," katanya.

Setakat ini, hanya Persatuan Bolasepak Singapura yang menyatakan persetujuan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf 'A' menentang skuad  kebangsaan di Stadium Jalan Besar, Singapura pada 8 Julai, dan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini pada 12 Julai.

No comments:

Post a Comment

DAH BACA?KOMEN LAH.....
SATU PUN JADI LAH,TAPI KALAU LEBIH LAGI HAPPY...
HIHIHIHI...