Peminat Bola

Baca ni!!!

Harimau Malaya Mengaum,BahamSri Lanka

            
























Hatrik daripada penyerang Harimau Muda A, Ahmad Hazwan Bakri,dua gol juga dari pemain skuad Harimau Muda A iaitu Wan Zack Haikal dan satu dol dari Azammuddin Akil memastikan skuad kebangsaan mencatat kemenangan dengan penuh bergaya dengan membenam Sri lanka dengan 6 berbalas 0 pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam semalam. 
        
     Pada perlawanan tersebut, Harimau Malaya tampil garang seawal minit ke-19 tetapi Ahmad Syakir Ali gagal memanfaatkan hantaran Safee Sali.
    Skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu dilihat semakin yakin selepas percubaan pertama itu dan seperti dijangka mereka berjaya menguasai bahagian tengah, sekali gus menghadirkan tekanan buat pasukan lawan.
    Hasilnya, skuad negara berjaya menjaringkan gol pembukaan menerusi Wan Zack yang tidak mensia-siakan lorongan Safee pada minit ke-25.
    Berselang dua minit kemudian, Wan Zack sekali lagi berjaya menewaskan penjaga gawang Sri Lanka, Weearsinghe Sinnath apabila penyerang Harimau Muda itu bijak membaca hantaran jauh Safiq Rahim untuk menjadikan kedudukan 2-0 sehingga tamat aksi separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, skuad negara terus mendominasi perlawanan dengan melancarkan serangan bertali arus, namun gagal menembusi gawang pasukan pelawat yang dilihat lebih banyak bertahan daripada melancarkan serangan.
Penyerang gantian, Hazwan kembali menceriakan 5,000 penyokong fanatik Harimau Malaya apabila meledak gol ketiga untuk skuad negara pada minit ke-71.
Selang 10 minit kemudian, Hazwan sekali lagi muncul sebagai pemusnah apabila menjaringkan gol keempat sebelum Azzamuddin menjaringkan gol kelima Harimau Malaya pada minit ke-81.
Hazwan melengkapkan kemenangan bergaya buat pasukan tuan rumah apabila menjaringkan hatrik pada masa kecederaan.

 WAN Zack (kanan) bijak memperdaya penjaga gol Sri Lanka  sebelum merembat bola ke dalam gawang lawan pada perlawanan persahabatan antarabangsa  di Stadium Shah Alam, malam tadi.





No comments:

Post a Comment

DAH BACA?KOMEN LAH.....
SATU PUN JADI LAH,TAPI KALAU LEBIH LAGI HAPPY...
HIHIHIHI...