Peminat Bola

Baca ni!!!

Sukan Sea (Bola Sepak):Keputusan Malaysia vs Combodia

Pasukan Bola Sepak Sukan Sea Malaysia berjaya membenam Combodia 4-1 pada perlawanan yang ketiga peringkat kumpulan A.
    Malaysia berjaya menjaringkan gol pertama  pada minit ke tujuh apabila Izzaq menanduk kemas hantaran daripada rakan sepasukan yang lain.Minit ke-35,Kapten pasukan,Baddrol merembat kencang dari jarak jauh bagi membolehkan pasukan negara mendahului 2-0,Baddrol sekali lagi menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan pelnati selepas Izzaq di jatuh kan dalam kotak penalti lawan.Tamat babak pertama Malaysia mendahului dengan 3 gol kosong.
     Babak kedua bersambung,Malaysia dikejutkan hasil jaringan Kemboja pada minit ke-61 di atas kealpaan pemain pertahanan.Walaubagaimanapun,pasuakan negara terus menunjukkan semangat juang tinggi sehingga berjaya menjaringkan gol keempat  pada minit ke 90 hasil lencongan cantik Wan Zaharulnizam a.k.a Kecik..
     





Malaysia (1),India (1)...Perlawanan Persahabatan


Skuad Kebangsaan bimbingan K.Rajagobal yang mengadakan perlawanan persahabatan di India,menentang pasukan Kebangsaan India pada perlawanan pertama pada 13 November hanya sekadar seri 1-1.
    Safiq Rahim membuka tirai gol untuk Malaysia berada dihadapan pada minit ke-42,tamat masa pertama Malaysia mendahului dengan 1-0.Separuh masa kedua Malaysia nampak lebih garang,tetapi India  membuat serangan demi serangan ke gawang gol Malaysia.2 mint sebelum masa perlawanan tamat Syed Rahim Nabi muncul wira India apabila menjaringkan gol penyamaan,Tamat perlawanan Malaysia 1, India 1.....Satu perlawanan lagi akan berlangsung pada 16 November ini antara Malaysia dan India.

Amirulhadi Kekal Bersama Selangor




Setelah spekulasi mengenai perpindahan pemain sayap Selangor, Amirulhadi Zainal ke pasukan lain hangat dibincangkan oleh peminat, akhirnya Amirulhadi menemui keputusan muktamad untuk kekal bersama Selangor.
Amirulhadi, 25, memilih untuk menyambung kontrak selama setahun bersama pasukan Gergasi Merah ini setelah mengkaji tawaran yang telah diberikan oleh pasukan-pasukan luar. Menurut beliau, keputusan yang telah dicapai ini bukanlah kerana soal gaji yang ditawarkan, tetapi kerana faktor kepuasan bermain serta keseimbangan kekuatan pasukan yang ingin mendapatkan khidmatnya. Amirulhadi ketika itu diminta mengulas mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan beraksi untuk pasukan Kelantan pada musim hadapan, kerana kini skuad Kelantan telah pun diumumkan.
“Ya, memang pasukan Kelantan serta beberapa pasukan lain termasuk kelab juga berminat untuk mendapatkan khidmat saya. Tetapi saya memilih untuk menyambung kontrak saya bersama Selangor. Keputusan saya ini tidak ada kena mengena langsung soal gaji yang ditawarkan. Apa yang saya inginkan ialah kepuasan bermain. Jika kita lihat, pasukan Kelantan sendiri sudah mempunyai beberapa pemain di posisi saya. Sudah tentu perkara ini akan menjadi satu persaingan yang sihat, cuma saya lebih senang dan serasi jika saya terus mengekalkan tempat saya di dalam skuad Selangor dan membantu pasukan dalam kempen 2012.”, ujar beliau.
Beliau turut menambah,”Sebenarnya agak sukar juga untuk membuat keputusan ini, kerana saya telah melihat tawaran yang diberikan daripada pelbagai sudut, terutamanya dengan kemasukan Kelantan ke dalam kancah Piala AFC yang sangat menarik minat saya, akan tetapi keputusan harus dibuat dan saya berpuas hati dengan keputusan saya.”
Larian deras serta kelincahan Amirulhadi Zainal semestinya menjadi buruan pasukan-pasukan yang beraksi di Liga Super serta di Liga Premier. Beliau juga terus menjadi sandaran jurulatih pasukan kebangsaan, K. Rajagobal setelah beliau membantu pasukan kebangsaan memenangi Piala AFF 2010 yang berlangsung di Indonesia, tahun lepas.



Kredit pada dunia sukan

Malaysia Juara Hoki Piala Sultan Johor



Dalam kerancakan Sukan Sea di Indonesia menjadi tumpuan peminat-peminat sukan tanah air,juga tidak dilupakan Skuad Hoki Projek 2013 a.k.a Skuad Hoki bawah 21 tahun mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara sulung dalam Kejohanan Hoki Antarabangsa bawah 21 tahun Piala Sultan Johor malam tadi(12 november yang dibawa secara langsung oleh Astro Arena).
     Gol kemenangan Malaysia di jaringkan oleh ketua pasukan iaitu Muhammad Nor Faeez Ibrahim,sekali gus mengecewakan pasukan Australia di 3-2 di Stadium Taman Daya,Johor Bahru.Jarngan tersebut dilakukan menerusi penalti coner yang ditanpan kemas oleh Faeez ke gawang gol lawan.
    Perlawanan diheret ke masa tambahan apabila kedua-dua pasukan terikat dengan 2-2 selepas tamat perlawanan pada waktu sebenar.
    Lebih manis Malaysia berjaya membalas dendam apabila tewas 2-1 pada aksi pembukaan kepada Australia di hadapan kira-kira 5 000 peminat hoki Malaysia.
   Pada aksi semalam menyaksikan Australia terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-11 oleh DylanWotherspoon tetapi anank didik Dharma Abdullah menyamakan kedudukan pada minit ke-42 menerusi gol padang oleh Mohd Fitri Saari.
    Jack Wallace berjaya menjaring kan gol kedua untuk Australia di depan menerusi gol padang tetapi penalti conner yang berjaya disudahkan Noor Faeez pada minit-minit akhir perlawanan yang selepas itu wisel penamat di tiupkan untuk perlawanan diteruskan ke masa tambahan.
    Turut mencemar duli menyaksikan kejohanan berkenaan ialah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang juga Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF) dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (MHF).
Turut berangkat ke majlis berkenaan, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.     


pemain-pemain meraikan kemenangan


Australia(kiri) dan Malaysia (kanan)




Suakn Sea(Bola Sepak):3 Mata Penting Di Perolehi

 

Skuad Harimau Muda mengotakan janji apabila berjaya menewaskan Thailand dengan jaringan 2-1 selepas sekadar mengutip 1 mata menentang Singapura.Perlawanan semalam menyaksikan Skuad Harimau Muda berjaya memperolehi 3 mata penting,Ketua pasukan Malaysia Baddrol membuka terai gol pada minit ke-24 dengan menggunakan kaki kiri yang berjaya menewaskan penjaga gol lawan.Tamat separuh masa pertama Malaysia mendahului dengan 1-0.Babak kedua bersambung menyaksikan Skuad Harimau Muda menyerang tetapi.keghairahan pemain negara mengasak skuad Thailand akhirnya dihukum akibat kesilapan pertahanan negara,Asraruddin Putra gagal membuang bola sekaligus dimanfaatkan pemain Thailand untuk menjamakan kedudukan pada minit ke-76.Walaubagaimanapun gol Thailand tidak bertahan lama apabila Izzaq yang dibawa masuk menggantikan Wan Zaharulnizam berjaya mencari gol yang dinanti-nantikan pada minit ke-84.Gol dari Izzaq kekal sehingga wisel penamat yang menyaksikan Malaysia 2.\,Thailand 1.Perlawanan seterusnya Malaysia akan turun menentang pasukan Kemboja pada 13 November dan seterusnya menentang tuan rumah Indonesia pada 17 November...

 Aksi Perlawanan:










Perlawanan Persahabatan Skuad Senior Malaysia vs Negeri Sembilan

 vs


Skuad Senior Kebangsaan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Skuad Jang sang Juara Piala Malaysia pada malam semalam menyaksikan Malaysia berjaya menumpaskan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-0.Shahruain,S.Kunalan,Norhafiz dan Farizal yang menyarung jersi kebangsaan manakala Negeri Sembilan menurunkan beberapa orang pemain import nya seperti LeandroDos Santos,Alex Sesay,dan Danilo Rafael.Jaringan Skuad Kebangsaan di jaringkan menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Safiq Rahim pada minit ke 40 dan Sharizal Saad menjaringkan kan gol pada minit-minit akhir perlawanan

Aksi Perlawanan Semalam:







Nak tengok gambar lebih banyak klik SINI ok.....

Sukan Sea (Bola Sepak):Sekadar Seri

Sukan Sea 2011belum pun di buka secara rasmi namun acara bola sepak telah pun rancak berlangsung,semalam merupakan perlawanan sulung skuad Malaysia menentang Singapura,yang menyaksikan anak didik Ong Kim Swee sekadar seri 0-0.Sekurang-kurangnya lapan peluang keemasan untuk mengasilkan kan gol dan tiga mata di sia-sia kan skuad kebangsaan,sekali pun menguasai sebahagian besar perlawanan.
   Perlawanan semalam menyaksikan Singapura terlebih dahulu membuat percubaan ke gawang Malaysia tetapi di tangkap kemas penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat.Sepakan percuma yang diambil oleh ketua pasukan Malaysia Baddrol selepas Shukor Jusuh dijatuhkan,nyaris menembusi gawang Singapura,namun ditepis keluar oleh penjaga gol lawan.Tamat perlwanan menyaksikan Malaysia berkongsi 1 mata dengan Singapura.
   Dengan cuma berkongsi 1 mata,anak buah Ong Kim Swee menempah laluan sukar untuk melepasi kumpulan A, apabila turun menetang Thailand 9 November dan tuan rumah Indonisea,selain daripada Kemboja.



Aksi Perlawanan :