Peminat Bola

Baca ni!!!

Rozaimi Hatrik,Benam Vietnam

Mohd Rozaimi Abdul Rahman


Rozaimi Abd Rahman menjadi wira Harimau Muda selepas menajringkan hatrik yang seterusnya memberikan tiga mata penuh kepada pasukan Harimau Muda menentang Vietnam di Stadium Aung San petang ini.
Vietnam yang hanya menang sekali sahaja sebelum ini telah memulakan perlawanan dengan baik setelah beberapa asakan dibuat ke arah gawang gol Harimau Muda.
Harimau Muda kelihatan cuba mencari rentak pada separuh masa pertama tetapi gagal dan Vietnam tampak lebih mengawal perlawanan dengan beberapa percubaan berbahaya dilakukan.
Hantaran bola oleh Harimau Muda kurang memberansangkan dan penjaga gol Vietnam kurang diuji oleh Harimau kerana tiada percubaan berbahaya dari mereka.
Walaubagaimanapun, separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan setelah gol jaringan Rozaimi dibatalkan kerana ofsaid pada aminit ke-42.
Ong Kim Swee hanya melakukan satu perubahan pada separuh masa kedua apabila beliau menggantikan Wan Zaharulnizam dengan Nazirul Naim.
Vietnam melakukan beberapa asakan sejurus separuh masa kedua bermula tetapi Harimau Muda berjaya bangkit dan Rozaimi meletakkan Harimau Muda 1-0 di hadapan hasil hantaran oleh Wan Zack Haikal.
Perlawanan bertambah sengit selepas jaringan gol Rozaimi dan pasukan Vietnam bermain lebih kasar dan lasak menyebabkan beberapa kad kuning telah dilayangkan 20 minit selepas separuh masa pertama dimulakan.
Pada minit ke-75, Wan Zack telah diganti oleh Azrif Nasrulhaq setelah dia beberapa kali dikasari.
Vietnam walaubagaimanapun tidak berputus asa dan terus menyerang namun benteng pertahanan Harimau Muda terlalu kukuh untuk dilepasi.
Harimau Muda sekali lagi menyerang dan Rozaimi menajaringkan gol kedua dan ketiga perlawanan dan memberikan keputusan 3-0 kepada Harimau Muda pada masa penamat.

SUMBER :ESPN

*SENARAI PENJARING GOL MALAYSIA DI KELAYAKAN PIALA ASIA U22 SETAKAT INI.

9 goals - Rozaimi Abdul Rahman
2 goals - Devandrn Saarvindran
2 goals - Thamil Arasu Ambumamee
1 goals - Mohd Fandi Othman
1 goals - Wan Zaharulnizam Zakaria

Kim Swee Gembira Pretasi Rozaimi



"Saya bersyukur dengan kemenangan ini, kesungguhan pemain juga cukup terpuji apabila beraksi dengan cukup bagus (semalam).
"Saya juga gembira dengan jumlah jaringan Mohd. Rozaimi, inilah yang saya mahukan apabila kesemua penyerang memiliki sentuhan penyudah yang berkesan supaya kita tidak terlalu bergantung kepada keupayaan seorang penyerang semata-mata," kata Kim Swee selepas tamat perlawanan.


"Amukan" Harimau Muda


Mohd Rozaimi kiri meledak 4 gol 



Selepas tewas tipis kepada Korea Selatan dengan jaringan 3 berbalas 2 ,skuad Harimau Muda A beraksi cemerlang apabila meledak 7 gol tanpa balas pada aksi pertemuan dengan Filipina.Peledak berbisa iaitu Rozaimi Abdul Rahman ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila meledak 4 gol pada perlawanan tersebut,sekali gus menghidupkan semula misi Harimau Muda selepas tewas tipis dengan Korea Selatan pada perlawanan pembuka tirai sabtu lalu.
        Malaysia membuka jaringan pada minit-minit awal permainan apabiala Mohd Rozaimi meyempurnakan hantaran Wan Zaharulnizam a.k.a kecik seawal minit ke dua.Fandi Othman berjaya menjarakkan kedudukan apabila menyumbat gol ke-2 Malaysia pada minit ke-32,sebelum sekali lagi Rozaimi meledakkan gol untuk gol ketiga.
       Babak kedua berlangsung menyaksikan Malaysia mendapat sepakan penalti dan peluang itu tidak di sia-sia kan oleh Rozaimi apabila sepakannya berjaya membuahkan hasil untuk gol ke-4 Malaysia pada minit ke-68 dan 74 sebelum D.Saarvindran pada masa kecederaan.

Pengadil Bantu Singapura?




 Harimau Malaya terpaksa seri 2-2 menentang Singapura dalam perlawanan Cabaran Tambak 2012 dan gagal membalas dendam kekalahan 3-5 pada kelayakan Piala Dunia 2014 tahun lepas.


Bagaimanapun bukan aksi longlai yang dipersoalkan tetapi keputusan pengadil perlawanan, Ng Kai Lam dari Hong Kong pada 10 lima minit terakhir perlawanan mencetus tanda tanya.


Ia bermula dengan pemberian penalti, diikuti kad kuning kepada Aidil Zafuan Abd. Radzak dan sepakan percuma di dalam kotak penalti Malaysia.


Selepas mendahului 2-0 hasil jaringan Azamuddin Md. Akil (minit 42) dan sepakan percuma ketua pasukan, Safiq Rahim (minit 59) skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal dikejutkan dengan pemberian penalti kepada Singapura pada minit ke-83 apabila Kai Lam mendakwa penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat mengasari Khairul Nizam.


Khairul Fahmi bertindak cemerlang menyelamatkan penalti Qiu Li.


Namun tidak disangka Kai Lam memberikan sepakan percuma di dalam petak penalti kepada Singapura kerana mendakwa Aidil menyebut perkataan yes dan turut melayangkan kad kuning kepada pemain (ATM) itu.


Sepakan percuma di dalam petak penalti dimanfaatkan sebaik mungkin dan berjaya disempurnakan Shahdan Sulaiman, sebelum Qiu Li menjaringkan gol penyamaan hasil rembatan deras dari luar petak penalti pada masa kecederaan.


Menurut Rajagobal, lima minit terakhir perlawanan mengubah segala-galanya.


"Saya melihat dari jauh ia bukanlah situasi yang sepatutnya memberikan sepakan penalti, tiba-tiba mendapat sepakan percuma pula dalam petak penalti tetapi memang kita datang di sini adalah untuk bermain dengan baik," katanya.



Sumber : Utusan Malaysia

Irfan Fazail Galas Tugas Kapten




Jurulatih skuad bawah 22 tahun negara, Ong Kim Swee melantik Irfan Fazail sebagai kapten pasukan untuk mengetuai skuad muda negara. 

Pemilihan Irfan sebagai kapten pasukan bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun di Myanmar bulan depan, sememangnya sudah dijangkakan memandangkan Irfan merupakan pemain paling berpengaruh dalam pasukan.

Menurut Kim Swee, faktor pemilihan Irfan juga disebabkan pengalaman pemain kelahiran Johor itu di peringkat antarabangsa serta pernah mengalas tanggungjawab sebagai keptan ketika Kim Swee membimbing pasukan bawah 16 tahun negara.

Bagi Irfan Fazail, tanggungjawab yang diamanahkan jurulatih Ong Kim Swee sememangnya tidak mudah kerana misi yang digalas untuk membawa pasukan melepasi Kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun.

Irfan berkata, membimbing rakan sepasukannya membentuk pasukan yang mantap sebelum bermulanya kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun memerlukan kesabaran namun diakui ketika ini mental rakan pasukannya tampak masih lagi belum bersedia sepenuhnya untuk mengatasi kekurangan serta kelemahan pasukan.

Ketika bersama skuad Kim Swee, Irfan meraih pingat emas Sukan Sea di Jakarta Novermber lalu. Irfan juga antara tiga pemain yang pernah beraksi secara pinjaman bersama Vion FC di Slovakia tahun lalu.

Malaysia diletakkan dalam kumpulan G bersama dengan Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Taiwan, dan Filipina dalam aksi kelayakan Piala AFC di Myanmar bermula 23 Jun depan.

Faizal Ada Ciri Kelas Dunia


           

         Jika dapat mengekalkan prestasi dan skil individu dipertingkatkan, penyerang hoki muda negara, Faizal Saari mampu menjadi bintang dunia, kata bekas pemain kebangsaan Mirnawan Nawawi.
           
        Menurutnya, kehadiran Faizal dalam pasukan kebangsaan sejak tiga tahun lalu memberikan impak, termasuk membantu skuad remaja meraih Piala Remaja Asia 2012.

            Pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang sedang berlangsung di Ipoh, Faizal mencuri tumpuan apabila menjaringkan dua gol bertaraf dunia ketika menentang Britain yang berakhir seri 3-3.

          “Faizal seorang penyerang yang serba boleh, bukan sahaja mampu meledak gol melalui jaringan padang tetapi juga melalui pukulan sudut penalti," katanya ketika dihubungi semalam.

            Faizal, 21, pemain kelahiran Rantau Panjang, Kelantan berjaya membantu skuad senior mengikat Britain 3-3 Khamis lalu, hasil dua gol cantik dalam perlawanan kedua Piala Sultan Azlan Shah 2012.

            Dia juga menjaringkan gol ketika membantu pasukan bimbingan Tai Beng Hai mencatat keputusan seri 1-1 menentang Korea Selatan sehari sebelum itu.

          Jelas Mirnawan, Faizal juga mempunyai ‘naluri pembunuh’ menjaringkan gol tidak kira melalui pukulan kencang mahupun pukulan kilas.

       “Saya harap dia dapat mengekalkan pretasi dan yang paling penting menjadi lebih baik. Dia juga tidak boleh cepat berpuas hati dengan tahap mahupun pencapaian yang dicatatkan sekarang.

        “Sebagai seorang pemain yang penting dalam skuad remaja mahupun senior, Faizal harus mencabar dirinya sendiri menjadi lebih baik dan jika mendapat tawaran beraksi di luar negara dia tidak harus melepaskannya," kata Mirnawan.



Sumber : Utusan Malaysia