Peminat Bola

Baca ni!!!

Keputusan Suku Akhir Piala Malaysia 2011 (2st Leg)


Selangor (1) vs Perak (0)
-Rudie Ramli
{Selangor layak ke perlawanan separuh akhir dengan agregat 4-1}


Terengganu (2) vs Kelantan (2)
-Ashaari Shamsudin (2), - Azamudin Akil,Badri Radzi(penalti)
{Terengganu layak ke perlawanan separuh akhir dengan agregat 5-3}


T-Team (2) vs Sabah (1)
{T-Team layak ke perlawanan separuh akhir dengan agregat 4-2}


Negeri Sembilan (3) vs Felda United (0)
-Hairuddin Omar (2),Idris Karim
{Negeri sembilan layak ke perlawanan separuh akhir dengan agregat 3-1}

PERLAWANAN SEPARUH AKHIR

Terengganu vs Selangor

T-Team vs Negeri Sembilan



*Perlawanan akhir akan berlangsung 18 dan 22 Oktober





Keputusan Suku Akhir Piala Malaysia 2011 (1st Leg)



Di Stadium Shah Alam, Selangor meleburkan rekod tanpa kalah Perak dalam kempen Piala Malaysia selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-1.
    Safiq Rahim membuktikan dia masih mempunyai bisa untuk bermain dengan skuad kebangsaan apabila meledak dua jaringan awal melalui sepakan percuma pada minit ke-12 dan ke-57.
    Mohd. Amirulhadi Zainal memberikan keselesaan dengan gol ketiga pada minit ke-62 selepas... berjaya mengelak diri daripada berada pada kedudukan ofsaid.
   Perak berjaya mencuri satu gol melalui Mohd. Failee Mohd. Ghazli pada minit ke-76.


Terengganu mencatat kemenangan berharga 3-1 ke atas juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan dalam perlawanan tegang dengan lima kad merah dilayangkan oleh pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
     Ismail Faruqi meletakkan skuad Penyu mendahului pada minit ke-43 ketika Kelantan bermain dengan sembilan pemain, selepas Shakir Shaari dan Mohd. Daudsu Jamaludin meneri...ma kad merah pada minit ke-31 dan 34.
     Kegembiraan Ismail tidak bertahan lama apabila Nafeez menghadiahkan kad merah kepada penjaring gol pertama Terengganu itu pada penghujung separuh masa pertama akibat menerima dua kad kuning.
     Ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi kembali memastikan Kelantan berada pada landasan apabila menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-78.
     Namun, Terengganu memastikan Kelantan pulang hampa apabila Abdul Manaf Mamat memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-88, sebelum tonggak pertahanan Peteh, Marzuki Yusof menambah derita Red Warriors pada masa kecederaan separuh masa kedua.
     Dua lagi kad merah dilayangkan oleh pengadil sebelum perlawanan berakhir apabila pertahanan Terengganu, Zubir Azmi dan pertahanan Kelantan, Aziz Ismail bergaduh sebelum perlawanan berakhir.

Di Stadium Likas, Sabah gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri apabila tewas 1-2 kepada T-Team.
     Bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayudin meletakkan T-Team di hadapan pada minit ke-34, sebelum Alto Linus kembali menghidupkan harapan Sabah dengan gol penyamaan pada minit ke-46.
     Namun, lima minit sebelum permainan tamat, Indra Putra muncul wira T-Team dengan menjaringkan gol kemenangan bagi memastikan pasukan Pantai Timur itu pulang ke Kuala Terengganu dengan membawa kelebihan satu gol.

Felda United mengejutkan naib juara Piala Malaysia edisi lalu, Negeri Sembilan menerusi jaringan tunggal Mohd Badrul Azam Mohd Zamri pada minit ke-58 di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya, Kelana Jaya.Sumber: Utusan Malaysia dan Sokernet.com

Tewas Di Bumi Australia



     Perlawanna persahabatan kelas A membabitkan Malaysia menentang Australia semalam menyaksikan Malaysia tersungkur dengan kekalahan 5-0 kepada Australia.Gawang Malaysia bocor pada minit ke-3 olehWilkshire  apabila pemain-pemain Australia berjaya melepasi pertahanan Malaysia dengan hantaran-hantaran pendek mereka,benteng Malaysia ampuh bertahan sehinggalah pemain Australia berjaya merobek gawang gol Malaysia pada minit ke-33 oleh Kennedy.Gawang Malaysia bolos lagi buat kali ke-3 pada minit ke-39 yang di jaringkan Brosque,pada babak-babak akhir perlawanan separuh masa pertama menyaksikan Australia menambah satu lagi gol yang juga di jaring kan sekali lagi oleh Kennedy pada minit ke-45,tamat separuh masa pertama Malaysia ketinggalan 0-4 kepada Australia.
     Separuh masa kedua menyaksikan beberapa pertukaran yang dilakukan jurulatih Malaysia dengan membawa masuk Zubir Azmi,Wan Zaharulnizam,K.Reuben,Izzaq dan ada beberapa pemain lagi......Gol terakhir dijaringkan Brosque pada minit ke-69 perlawanan.Tamat perlawanan menyaksikan Malaysia tewas dengan 5-0...


Aksi-aksi perlawanan:















Peledak Harimau Muda Tunjuk Taring


KETIADAAN 14 tonggak utama jelas tidak menghalang kemaraan skuad Harimau Muda merakam kemenangan 4-2 ke atas Selangor pada perlawanan persahabatan di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), petang semalam.
      �Sudah lama kami tidak menjaringkan empat gol, ini membuktikan barisan ini juga mempunyai kepakaran di bahagian penyudah,� kata jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee mengenai pasukannya yang rata-rata dibarisi pemain simpanan skuad bawah 23 selepas 11 dipanggil membawa cabaran negara di Canberra manakala tiga lagi masih di Slovakia.
      �Saya harap perkara ini akan berlarutan, jika tidak dalam tempoh terdekat tetapi pada masa akan datang. Secara keseluruhan, ada peningkatan berbanding perlawanan dengan pasukan senior kebangsaan sebelum ini.� Pada perlawanan persahabatan pertama 2 Oktober lalu, skuad Kim Swee tewas 3-0 kepada anak buah Datuk K Rajagobal.
       Sementara itu, jurulatih Selangor P Maniam tetap melihat keputusan semalam secara positif dengan pasukan simpanannya beraksi lebih baik berbanding skuad utama.
     �Pada babak pertama saya menurunkan kemungkinan kesebelasan utama, mereka beraksi sebaik mungkin tetapi kerana faktor keletihan selepas melakukan latihan kecergasan semalam (kelmarin) menyebabkan permainan mereka kurang berkesan,� kata pengganti K Devan itu.
     �Ini sesuatu yang positif dan dalam tempoh beberapa hari sebelum bertemu Perak, kita akan menilai semula skuad utama yang bakal diturunkan.�
     Perlawanan persahabatan semalam antara persiapan skuad Olimpik menghadapi Sukan SEA 6 November ini manakala Selangor pula akan mengharungi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Perak, Isnin ini.










GAMBAR KREDIT :DUNIA SUAKN ONLINE

Skuad Kebangsaan vs Olimpik Malaysia



Pertarungan dua ‘harimau’ di padang Wisma FAM, Kelana Jaya menyaksikan si abang lebih gagah untuk membaham si adik dengan keputusan jaringan 3-0, petang semalam.
       Pada aksi persahabatan yang melibatkan pasukan Harimau Malaya berdepan Harimau Muda itu, anak didik Ong Kim Swee  mudah dijinakkan oleh Skuad Kebangsaan menerusi jaringan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-36, Baddrol Bakhtiar (m-48) dan Shahrizal Saad (m-88).
      Pertemuan itu juga penting bagi kedua-dua pasukan kerana skuad bimbingan Datuk K Rajagobal bakal terbang ke Canberra bagi aksi persahabatan antarabangsa (kelas A) berdepan Australia pada 7 Oktober ini.
     Bagi Harimau Muda, mereka dalam rangka persiapan menghadapi Temasya Sukan SEA Jakarta yang bakal bermula awal November ini.




Skuad Kebangsaan :Farizal,Mahali,Zamani,Zubir,Khyril,Amar,Kalang,Kuna,Matyo,Safee
Olimpik Malaysia :Izham,Fandi,Amer,Syazwan Tajudin,Aziz Ismail,Sepet,Fakri,Nazmi,Izuan,Hazwan.Izzaq





Keputusan Piala Sultan Selangor


Sebelum bermulanya perlawanan antara Selangor menentang Singapura berlangsung perlawanan pemain-pemain vateran Selangor dan Singapura.Perlawanan tersebut berakhir dengan kejuaraan di miliki oleh pemain -pemain Vateran Selangor dengan jaringan 3 berbalas 1 gol.Dua gol yang dihasil kan oleh Dollah Salleh dan satu gol di hasilkan oleh P.Maniam.P.Maniam meletak kan pasukan Vateran Selangor di depan pada minit ke tujuh dan Dollah Salleh mengandakan jaringan pada minat ke-12 sebelum vatren Singapura merapat kan kedudukan menjadi 2-1 pada minit ke-16 oleh Abdullah Noor.Pada minit-minit terakhir Dollah Salleh menambah 1 lagi gol pada minit ke-39.
     Antara pemain Veteran Selangor yang beraksi termasuklah Datuk Soh Chin Aun, K Gunalan, Zainal Abidin Hassan, Anuar Abu Bakar, Reduan Abdullah, Shahrin Majid, K Sanbagamaran dan Azlan Johar manakala Veteran Singapura menampilkan antaranya Malek Awab, Suria Murthi, Yahya Madon dan V Sundram Moorthy.







Selepas perlawanan tersebut berlangsung pula perlawanan Utama iaitu  Selangor menentang Singapura.Misi Selangor untuk membalas dendam kepada Singapura atas kekalahan Skuad Kebangsaan pada kelayakan Piala Dunia 2014 tidak menjadi kenyataan apabila tewas 0-1 kepada Singapura dengan jaringan sendiri oleh pemain pertahanan iaitu Mohd Asraruddin Putra padaminit ke-65 pada aksi Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam,malam tadi.
      Ia turut memusnahkan hajat Selangor menyekat penguasaan Singapura yang kini muncul juara buat kali keenam (termasuk juara bersama edisi 2004) dan kejuaraan hatrik selepas menang pada 2009 (3-0) dan tahun lalu (6-0).Selangor kendalian P Maniam turun dengan diperkuat dua bekas pemain Liverpool dan Manchester United, Jason McAteer dan Jesper Blomqvist serta penyerang Pelita Jaya, Safee Sali manakala Singapura bimbingan Radojko Avramovic tanpa tiga tonggak - Mustafic Fahrudin, Hariss Harun dan Qiu Li.
       Babak pertama lebih menyaksikan kecemerlangan penjaga gol Selangor, G Jeevananthan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Singapura termasuk menepis rembatan Hafiz Rahman pada minit ke-34.
      Gawang Selangor bocor pada minit ke-65 apabila Asrarudin tertanduk sepakan sudut kapten Singapura, Shahril Ishak ke gawang sendiri.
     Pada minit ke-80, gol penyamaan Selangor dibatalkan pengadil selepas Amri didakwa menggunakan tangan untuk menguis masuk bola sepakan sudut Hardi Jaafar.

Giliran Safiq Rahim Pula....





Selepas penyerang sensasi negara Safee Sali tamat menjalani latihan di Cardiff City, kini Kapten Harimau Malaya Iaitu Safiq Rahim pula akan ke sana selepas berakhirnya kempen Piala Malaysia Oktober ini.
   Pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu berkata beliau mendapat tawaran daripada kelab yang mendapat jolokan nama 'Blue Birds' itu pada 26 Ogos lepas.

"Saya akan pergi bersama dengan (bekas rakan sepasukan) Safee Sali dan dijangka menjalani ujian percubaan selama tiga minggu di sana," katanya kepada Bernama selepas sesi latihan skuad Pilihan Selangor di Stadium Shah Alam, hari ini.
Skuad Pilihan Selangor akan menentang Pilihan Singapura pada edisi ke-10 Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam esok.
Mengenai peluangnya untuk mendapat tempat dalam kelab itu, Safiq berkata: "Saya akan cuba beri persembahan terbaik nanti. InsyaAllah, kalau ada rezeki saya di sana, mungkin saya akan berjaya."
Sebelum ini, Safee yang kini bermain dengan Kelab Pelita Jaya di Indonesia mencuba nasib dengan menjalani latihan ujian percubaan selama dua minggu dengan kelab yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee.
Bagaimanapun, hajat penyerang skuad negara itu untuk bermain dalam kelab berkenaan masih menemui jalan buntu ekoran peraturan permit kerja di United Kingdom.
Pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datang dari negara di ranking 70 terbaik dunia.