Peminat Bola

Baca ni!!!

FINAL Sukan Sea - Malaysia vs Indonesia


SYABAS MALAYSIA
ALHAMDULILLAH… Misi untuk Malaysia mendapatkan “Ibu Segala Pingat” telah tercapai apabila Skuad Pasukan Bola Sepak Harimau Muda telah berjaya menewaskan Skuad Garuda Indonesia. Dengan kejayaan 4-3 melalui sepakan penalti kerana perlawanan seri 1-1, telah berjaya membuat rakyat Malaysia bangga. Perlawanan akhir  yang cukup sengit dan mendebarkan apabila menentang pasukan tuan rumah. Perlawanan yang tidak cukup dengan masa tambahan, telah membawa kepada sepakan penalti yang sememangnya membuat kita gelisah. Tetapi, Malaysia mempunyai penjaga gol tidak asing lagi hebatnya, iaitu Khairul Fahmi Che Mat yang telah menyelamatkan banyak hantaran bola daripada pihak lawan. Tidak ketinggalan juga, penghormatan kepada Kapten Harimau Muda iaitu Badrol Bakhtiar, yang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang. Tidak lupa juga kepada semua Skuad bola sepak Malaysia yang bertungkus lumus untuk membuat rakyat Malaysia bangga.
 Hantaran daripada Badrol Bakhtiar kepada Asraruddin telah menyamakan kedudukan kepada 1-1 apabila Indonesia terlebih dahulu menjaringkan gol di awal permainan. Malangnya, jaringan yang seawal minit ke-5 tidak membawa kemenangan kepada skuad Garuda Indonesia kerana sepakan penalti lebih menyebelahi Skuad Harimau Muda. Daripada 5 sepakan penalti, Skauad bawah 23 tahun itu telah berjaya melancarkan 4  sepakan membolosi  gawang  yang di kawal oleh penjaga gol Indonesia. Sepakan ketiga daripada pemain Malaysia iaitu Ahmad Fakri Saarani, telah membuat kita sedikit gelisah, namun tangkapan kemas oleh Khairul Fahmi daripada pemain berjersi 17 telah membuatkan pemain Indonesia itu kecewa. Dengan itu, ini  telah memberi keyakinan kepada pemain Malaysia melalui sepakan  penalti  terakhir yang telah dijayakan oleh Badrol Bakhtiar seterusnya membawa kepada Kemenangan Malaysia.
                Pertembungan kedua antara Malaysia dengan Indonesia selepas perlawanan penentuan juara kumpulan A, sememangnya begitu sengit. Pemain  Indonesia lebih bertenaga dan bersemangat menentang Malaysia pada perlawanan akhir. Ini ditunjukkan apabila mereka terlebih dahulu menjaringkan gol di awal permainan.
                 Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.
                Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.
Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan PINGAT EMAS buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.
Kebetulan, kali terakhir Malaysia berjaya mempertahankan gelaran bola sepak secara berturut-turut adalah di Jakarta pada 1979 ketika menewaskan Indonesia 1-0 hasil jaringan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.
Ong Kim Swee berpendapat, Keletihan mereka sepanjang saingan bukan kerana lawan kuat tapi perjalanan ke stadium temu Indonesia peringkat kumpulan dan final... keletihan ini berbaloi. 
Seterusnya, skuad negaraakan menentang Syria malam esok (23 Nov. 2011). SEMOGA BERJAYA....
            MALAYSIA BOLEH













MERAI KEMENANGAN MALAYSIA



Situasi semasa Penalti


-HARIMAU MEMBAHAM GARUDA-

KAPTEN HARIMAU MUDA, BADROL BAKHTIAR


KEJAYAAN BUAT MALAYSIA

Sukan Sea (Bola Sepak):Keputusan Malaysia vs Myanmar







MALAYSIA vs. MYANMAR
Misi Pasukan Bola Sepak Harimau Muda  untuk mempertahankan pingat Emas masih terus membara apabila berjaya melangkah ke peringkat FINAL. Perlawanan sengit antara Malaysia dengan Myanmar akhirnya membuahkan hasil kepada skuad Negara apabila Ahmad Fakri Saarani muncul sebagai wira menjaringkan gol kemengangan 1-0 pada perlawanan separuh akhir semalam.
  Bagaimanapun, malang nasib jurulatih pasukan Harimau Muda, Ong Kim Swee, kerana beliau hanya dibenarkan menonton di tempat penonton berikutan kes semasa menentang Indonesia kelmarin. Sudahlah menonton di tempat penonton, malah beliau tidak dibenarkan meraikan kejayaan anak buahnya apabila tidak dibenarkan masuk ke padang  pada tamatnya perlawanan menentang Myanmar.
                Mengulas aksi anak buanhnya, Kim Swee mengakui, skuad Negara gagal menunjukkan aksi yang di harapkan terutamanya pada babak pertama. Walaubagaimanapun, pada babak kedua, mereka mula menunjukkan “taring ” mereka sehingga berjaya menjaring gol pada lewat perlawanan.
                Harimau Muda terlepas peluang keemasan apabila sepakan Irfan Fazail berjaya disambut penjaga gol Myanmar di awal permainan.Dengan kemasukan Izzaq Faris Ramlan menggantikan Syahrul Azwari pada minit 72 telah  membawa “luck” apabila hantarannya berjaya ditolak masuk oleh Ahmad Fakri.  Dengan gol Ahmad Fakri, skuad bola sepak bawah 23 tahun telah berjaya ke Final menentang  tuan rumah buat kali ke-2. Pada tahun 2009, Ahmad Fakri Saarani juga pernah menjaringkan gol kemenangan yang membawa Malaysia ke peringkat akhir. Perlawanan yang  mendebarkan kembali semula apabila Malaysia akan menentang Indonesia buat kali kedua dalam perlawanan bola sepak Sukan Sea 2011. Perlawanan Akhir akan berlangsung pada 21 November 2011, jam 8:30 malam di rtm tv1, tv3 dan astro Arena(801).
Berharap Skuad Bola Sepak  Malaysia tidak menghampakan rakyat Malaysia dan BERJAYA untuk menjadi juara Sukan Sea 2011 dalam acara bola sepak… GO MALAYSIA!!!

Skuad Harimau Muda Membuat latihan untuk menentang Myanmar 



Kim Swee ingin melakukan rombakan kecil
GEMBIRA...Meraikan gol kemenangan yang di jaringkan
oleh Ahmad Fakri Saarani (jersi 13)
Meraikan kejayaan bersama pasukan setelah berjaya ke FINAL
Skuad Negara Gembira apabila wisel penamat berbunyi, membawa mereka ke FINAL

sangat GEMBIRA....MALAYSIA BERJAYA KE FINAL

Sukan Sea (Bola Sepak):Keputusan Malaysia vs Indonesia

Kim Swee mengucap Tahniah kepada anak buahnya selepas
 MENANG 1-0 menentang Indonesia
Penjaga Gol negara Khairul Fahmi menangkap kemas bola hantaran lawan
 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Lihat gambar di atas sudah tahu keputusannya...Pasukan Bola Sepak Harimau Muda telah melenyapkan ego Pasukan Bola Sepak Garuda selepas mencatat kemenangan 1-0 untuk melangkah ke separuh akhir bola sepak selaku Juara kumpulan A. Walau bagaimana pun, masih terlalu awal untuk menarik nafas lega kerana mereka akan meneruskan perlawanan menentang Myanmar naib juara kumpulan B, pada 19 November 2011.
         Jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim selepas 3 minit dimasukkan pada masa pertama telah membawa Malaysia ke perlawanan yang seterusnya.  Bertambah manis, kemenangan itu juga kali pertama dalam tempoh lapan tahun buat skuad negara di Stadium Gelora Bung Karno.Jaringan yang dilakukan oleh pemuda yang berumur 18 tahun pada minit ke-18 yang memakai baju bernombor 18, telah menutup mulut penyokong tuan rumah seramai lebih kurang 100 000 oranng...
          Walau bagaimanapun, peluang Malaysia untuk menjaringkan lebih gol cukup banyak tetapi tidak dimanfaatkan oleh penyerang Malaysia seperti Izzaq. Oleh itu, pemain negara perlu memperbaiki permainan seperti yang dikatakan jurulatih pasukan tersebut Pemain menunjukkan watak mengagumkan malam ini (semalam). Tapi masih banyak perlu diperbaiki apabila kita menentang Myanmar dalam separuh akhir Sabtu ini. Bagi saya, setiap pasukan ke separuh akhir kuat dan harus waspada lagi,” kata Kim Swee...
           Babak ke-2 bersambung, Indonesia meneruskan misi mereka untuk menjaringkan gol, tetapi gawang Malaysia telah dijaga ketat oleh Khairul Fahmi (Apex).. Skuad Garuda terus mengasak dan bermain lebih keras apabila menyaksikan Badrul Bakhtiar dan Syahrul Azwari menjadi sasaran. Menghampakan kerana Captain Harimau Muda, Badrul Bakhtiar & Izzaq Faris telah mendapat kad kuning daripada pengadil. Paling mengejutkan apabila jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee telah diarahkan keluar dari padang oleh pengadil kerana beliau cuba menyuarakan rasa tidak hati atas pemanin Indonesia kepada pengadil. Walaubagaimanapun, beliau telah menggunakan walkie-talkie, dah sehingga ke masa penamat Malaysia menang kepada Indonesia dgn keputusan kekal 1-0.
                                                     


TAHNIAH... Syahrul (kiri) diraikan Izzaq(tengah) dan Fandi selepas menjaringkan 
gol menyebabkan stadium keramat Indonesia hanya mendegar bunyi cengkerik (sunyi sepi)..

Penyerang negara Izzaq Faris Ramlan dikawal rapi oleh pertahanan
Indonesia (kiri) pd pertemuan di Jakarta malam tadi






                                                                                                                                      

Sukan Sea (Bola Sepak):Keputusan Malaysia vs Combodia

Pasukan Bola Sepak Sukan Sea Malaysia berjaya membenam Combodia 4-1 pada perlawanan yang ketiga peringkat kumpulan A.
    Malaysia berjaya menjaringkan gol pertama  pada minit ke tujuh apabila Izzaq menanduk kemas hantaran daripada rakan sepasukan yang lain.Minit ke-35,Kapten pasukan,Baddrol merembat kencang dari jarak jauh bagi membolehkan pasukan negara mendahului 2-0,Baddrol sekali lagi menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan pelnati selepas Izzaq di jatuh kan dalam kotak penalti lawan.Tamat babak pertama Malaysia mendahului dengan 3 gol kosong.
     Babak kedua bersambung,Malaysia dikejutkan hasil jaringan Kemboja pada minit ke-61 di atas kealpaan pemain pertahanan.Walaubagaimanapun,pasuakan negara terus menunjukkan semangat juang tinggi sehingga berjaya menjaringkan gol keempat  pada minit ke 90 hasil lencongan cantik Wan Zaharulnizam a.k.a Kecik..
     





Malaysia (1),India (1)...Perlawanan Persahabatan


Skuad Kebangsaan bimbingan K.Rajagobal yang mengadakan perlawanan persahabatan di India,menentang pasukan Kebangsaan India pada perlawanan pertama pada 13 November hanya sekadar seri 1-1.
    Safiq Rahim membuka tirai gol untuk Malaysia berada dihadapan pada minit ke-42,tamat masa pertama Malaysia mendahului dengan 1-0.Separuh masa kedua Malaysia nampak lebih garang,tetapi India  membuat serangan demi serangan ke gawang gol Malaysia.2 mint sebelum masa perlawanan tamat Syed Rahim Nabi muncul wira India apabila menjaringkan gol penyamaan,Tamat perlawanan Malaysia 1, India 1.....Satu perlawanan lagi akan berlangsung pada 16 November ini antara Malaysia dan India.

Amirulhadi Kekal Bersama Selangor




Setelah spekulasi mengenai perpindahan pemain sayap Selangor, Amirulhadi Zainal ke pasukan lain hangat dibincangkan oleh peminat, akhirnya Amirulhadi menemui keputusan muktamad untuk kekal bersama Selangor.
Amirulhadi, 25, memilih untuk menyambung kontrak selama setahun bersama pasukan Gergasi Merah ini setelah mengkaji tawaran yang telah diberikan oleh pasukan-pasukan luar. Menurut beliau, keputusan yang telah dicapai ini bukanlah kerana soal gaji yang ditawarkan, tetapi kerana faktor kepuasan bermain serta keseimbangan kekuatan pasukan yang ingin mendapatkan khidmatnya. Amirulhadi ketika itu diminta mengulas mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan beraksi untuk pasukan Kelantan pada musim hadapan, kerana kini skuad Kelantan telah pun diumumkan.
“Ya, memang pasukan Kelantan serta beberapa pasukan lain termasuk kelab juga berminat untuk mendapatkan khidmat saya. Tetapi saya memilih untuk menyambung kontrak saya bersama Selangor. Keputusan saya ini tidak ada kena mengena langsung soal gaji yang ditawarkan. Apa yang saya inginkan ialah kepuasan bermain. Jika kita lihat, pasukan Kelantan sendiri sudah mempunyai beberapa pemain di posisi saya. Sudah tentu perkara ini akan menjadi satu persaingan yang sihat, cuma saya lebih senang dan serasi jika saya terus mengekalkan tempat saya di dalam skuad Selangor dan membantu pasukan dalam kempen 2012.”, ujar beliau.
Beliau turut menambah,”Sebenarnya agak sukar juga untuk membuat keputusan ini, kerana saya telah melihat tawaran yang diberikan daripada pelbagai sudut, terutamanya dengan kemasukan Kelantan ke dalam kancah Piala AFC yang sangat menarik minat saya, akan tetapi keputusan harus dibuat dan saya berpuas hati dengan keputusan saya.”
Larian deras serta kelincahan Amirulhadi Zainal semestinya menjadi buruan pasukan-pasukan yang beraksi di Liga Super serta di Liga Premier. Beliau juga terus menjadi sandaran jurulatih pasukan kebangsaan, K. Rajagobal setelah beliau membantu pasukan kebangsaan memenangi Piala AFF 2010 yang berlangsung di Indonesia, tahun lepas.



Kredit pada dunia sukan

Malaysia Juara Hoki Piala Sultan Johor



Dalam kerancakan Sukan Sea di Indonesia menjadi tumpuan peminat-peminat sukan tanah air,juga tidak dilupakan Skuad Hoki Projek 2013 a.k.a Skuad Hoki bawah 21 tahun mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara sulung dalam Kejohanan Hoki Antarabangsa bawah 21 tahun Piala Sultan Johor malam tadi(12 november yang dibawa secara langsung oleh Astro Arena).
     Gol kemenangan Malaysia di jaringkan oleh ketua pasukan iaitu Muhammad Nor Faeez Ibrahim,sekali gus mengecewakan pasukan Australia di 3-2 di Stadium Taman Daya,Johor Bahru.Jarngan tersebut dilakukan menerusi penalti coner yang ditanpan kemas oleh Faeez ke gawang gol lawan.
    Perlawanan diheret ke masa tambahan apabila kedua-dua pasukan terikat dengan 2-2 selepas tamat perlawanan pada waktu sebenar.
    Lebih manis Malaysia berjaya membalas dendam apabila tewas 2-1 pada aksi pembukaan kepada Australia di hadapan kira-kira 5 000 peminat hoki Malaysia.
   Pada aksi semalam menyaksikan Australia terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-11 oleh DylanWotherspoon tetapi anank didik Dharma Abdullah menyamakan kedudukan pada minit ke-42 menerusi gol padang oleh Mohd Fitri Saari.
    Jack Wallace berjaya menjaring kan gol kedua untuk Australia di depan menerusi gol padang tetapi penalti conner yang berjaya disudahkan Noor Faeez pada minit-minit akhir perlawanan yang selepas itu wisel penamat di tiupkan untuk perlawanan diteruskan ke masa tambahan.
    Turut mencemar duli menyaksikan kejohanan berkenaan ialah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang juga Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF) dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (MHF).
Turut berangkat ke majlis berkenaan, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.     


pemain-pemain meraikan kemenangan


Australia(kiri) dan Malaysia (kanan)