Peminat Bola

Baca ni!!!

FINAL Sukan Sea - Malaysia vs Indonesia


SYABAS MALAYSIA
ALHAMDULILLAH… Misi untuk Malaysia mendapatkan “Ibu Segala Pingat” telah tercapai apabila Skuad Pasukan Bola Sepak Harimau Muda telah berjaya menewaskan Skuad Garuda Indonesia. Dengan kejayaan 4-3 melalui sepakan penalti kerana perlawanan seri 1-1, telah berjaya membuat rakyat Malaysia bangga. Perlawanan akhir  yang cukup sengit dan mendebarkan apabila menentang pasukan tuan rumah. Perlawanan yang tidak cukup dengan masa tambahan, telah membawa kepada sepakan penalti yang sememangnya membuat kita gelisah. Tetapi, Malaysia mempunyai penjaga gol tidak asing lagi hebatnya, iaitu Khairul Fahmi Che Mat yang telah menyelamatkan banyak hantaran bola daripada pihak lawan. Tidak ketinggalan juga, penghormatan kepada Kapten Harimau Muda iaitu Badrol Bakhtiar, yang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang. Tidak lupa juga kepada semua Skuad bola sepak Malaysia yang bertungkus lumus untuk membuat rakyat Malaysia bangga.
 Hantaran daripada Badrol Bakhtiar kepada Asraruddin telah menyamakan kedudukan kepada 1-1 apabila Indonesia terlebih dahulu menjaringkan gol di awal permainan. Malangnya, jaringan yang seawal minit ke-5 tidak membawa kemenangan kepada skuad Garuda Indonesia kerana sepakan penalti lebih menyebelahi Skuad Harimau Muda. Daripada 5 sepakan penalti, Skauad bawah 23 tahun itu telah berjaya melancarkan 4  sepakan membolosi  gawang  yang di kawal oleh penjaga gol Indonesia. Sepakan ketiga daripada pemain Malaysia iaitu Ahmad Fakri Saarani, telah membuat kita sedikit gelisah, namun tangkapan kemas oleh Khairul Fahmi daripada pemain berjersi 17 telah membuatkan pemain Indonesia itu kecewa. Dengan itu, ini  telah memberi keyakinan kepada pemain Malaysia melalui sepakan  penalti  terakhir yang telah dijayakan oleh Badrol Bakhtiar seterusnya membawa kepada Kemenangan Malaysia.
                Pertembungan kedua antara Malaysia dengan Indonesia selepas perlawanan penentuan juara kumpulan A, sememangnya begitu sengit. Pemain  Indonesia lebih bertenaga dan bersemangat menentang Malaysia pada perlawanan akhir. Ini ditunjukkan apabila mereka terlebih dahulu menjaringkan gol di awal permainan.
                 Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.
                Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.
Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan PINGAT EMAS buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.
Kebetulan, kali terakhir Malaysia berjaya mempertahankan gelaran bola sepak secara berturut-turut adalah di Jakarta pada 1979 ketika menewaskan Indonesia 1-0 hasil jaringan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.
Ong Kim Swee berpendapat, Keletihan mereka sepanjang saingan bukan kerana lawan kuat tapi perjalanan ke stadium temu Indonesia peringkat kumpulan dan final... keletihan ini berbaloi. 
Seterusnya, skuad negaraakan menentang Syria malam esok (23 Nov. 2011). SEMOGA BERJAYA....
            MALAYSIA BOLEH













MERAI KEMENANGAN MALAYSIA



Situasi semasa Penalti


-HARIMAU MEMBAHAM GARUDA-

KAPTEN HARIMAU MUDA, BADROL BAKHTIAR


KEJAYAAN BUAT MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

DAH BACA?KOMEN LAH.....
SATU PUN JADI LAH,TAPI KALAU LEBIH LAGI HAPPY...
HIHIHIHI...