Peminat Bola

Baca ni!!!

Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012. Malaysia vs Syria





Setelah  berjaya di perlawanan akhir bola sepak sukan sea di Indonesia  pada 21 November , skuad Harimau Muda sekali lagi diuji dalam perlawanan pusingan  kelayakan olimpik  menentang Syria pada 23 November, selang sehari selepas menentang Indonesia di Sukan Sea.
 Skuad Malaysia berjaya menampilkan aksi terpuji selepas terpaksa akur tewas 0-2 menentang Syria.  Walaubagaimanapun, penyerang,  Ahmad Fakri Saarani berusaha melakukan serangan di awal 
 minit ke-20 permainan, namun melepasi gawang gol. Skuad Negara berjersi  kuning-hitam dalam perlawanan tersebut, mendapat sokongan padu daripada rakyat Malaysia kira-kira 20 ribu penyokong. Anak-anak buah Ong Kim Swee berjaya memberi tentangan di awal permainan menerusi  beberapa  gerakan bahaya.  Tanpa jaringan di babak pertama, kedua-dua pasukan berusaha memburu jaringan sebelum rehat.  Syria yang meningkatkan permaina di babak kedua berjaya memecahkan kebuntuan selepas Sulaiman (pemain syria) pantas menanduk gol pertama pada minit ke 51. Pemain Negara terus diasak. Mujur penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat merangkap Kapten pada perlawanan ini banyak menyelamatkan keadaan. Dikala keletihan mula mengganggu skuad  Harimau, pemain lawan sekali lagi berjaya  menjaringkan gol apabila berjaya memaparkan kesilapan benting Negara pada minit ke-88. Dengan ini, Syria mengumpul 6 mata sekaligus berkongsi kedudukan teratas dengan Jepun.  


Jadual Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012


Skuad Harimau Muda


WAN ZACK HAIKAL berusaha menjaringkan gol dengan gayanya tersendiri

Khairul Fahmi(tengah) tidak berjaya menangkap hantaran pihak lawan,
dan telah menghasilkan gol kedua untuk Syria

Walaupun tewas menentang Syria, namun para penyokong tetap setia memberi semangat kepada pemain Negara. Mereka berfikir positif dengan kekalahan ini apabila mengatakan punca skuad Negara  tewas adalah kerana  keletihan selepas menentang Indonesia di sukan sea.
 Tugasan berikutnya, skuad Malaysia akan menentang Bahrin pada perlawanan ketiga kumpulan di tempat yang sama Ahad ini. Ayuh sama-sama kita mendoakan kejayaan Malaysia untuk perlawanan seterusnya… SEMOGA BERJAYA…  MALAYSIA BOLEH…!!! insya-ALLAH

GO MALAYSIA!!!


No comments:

Post a Comment

DAH BACA?KOMEN LAH.....
SATU PUN JADI LAH,TAPI KALAU LEBIH LAGI HAPPY...
HIHIHIHI...