Peminat Bola

Baca ni!!!

Perlawanan Kelayakan Olimpik 2012. Malaysia vs Baharin


Selepas tewas kepada Syria, pasuakn negara terpaksa menerima sekali lagi kekalahan ketika menentang Baharin. Walaubagaimanapun, pemain negara telah menampilkan aksi yang baik. Hope, mereka tidak berputus asa...



Berusaha membuat latihan.

Kelebihan  2-0 pada awalnya  kepada Malaysia sememangnya tidak membawa sebarang makna kerana perlawanan ini telah dimenangi oleh pasukan Baharin dengan kelebihan 2-3 menewaskan pasukan Malaysia.
Malaysia sebelum itu bermain dengan penuh bergaya terutama pada separuh masa pertama apabila mendahului menerusi  pemain paling bongsu pasukan Negara iaitu Mohd. Nazmi Faiz Mansor pada minit ke- 30 hasil rembatan kaki kiri dan sepakan jarak jauh yang menakjubkan. 




MeRAIkan Nazmi Faiz yang menjaringkan gol Pertama
seterusnya menceriakan penyokong
Penyokong yg hadir menyokong pasukan negara..
diHARAP penyokong negara tidak berputus asa memberikan sokongan..
Pada separuh masa kedua, Mahalli Jasuli memastikan Malaysia semakin tepat berada di landasan kemenangan pada mulanya apabila memanfaatkan kesilapan penjaga gol Bahrain, Ashraf Waheed Azsebaie yang gagal menangkap kemas percubaan awal pemain bek kanan itu sebelum merembat cantik untuk gol kedua pada minit ke-67.
Ketiadaan pemain tunggak seperti  Muslim Ahmad, K. Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan dan Ahmad Fakri Saarni mungkin juga  punca pasukan Negara hilang arah. Pemain yang kurang cergas seperti Wan Zack Haikal, Syahrul Azwari dan Irfan Fazail yang terhincut-hincut semasa dalam permainan menyebabkan mereka kurang perhatian. Seperti kata jurulatih negara, Ong Kim Swee, “Saya tidak tahu bagaimana mahu cakap. Lima minit, semuanya berubah. Saya terpaksa menerima hakikat skuad ini tidak mempunyai ramai pemain tengah”.
Barisan pertahanan negara jelas bermain terlalu buruk pada detik 15 minit perlawanan untuk ditamatkan dengan banyak memberikan ruang kepada Bahrain di samping tindakan bijak jurulatih Bahrain, Salman Shareeda memasukkan dua pemain gantian, Saad Sazah dan Isa Ahmed yang banyak membuatkan pertahanan Malaysia hilang arah di samping faktor kepenatan memainkan peranan kebangkitan Bahrain. Layangan kad merah kepada salah seorg pemain Baharin tidak memberikan kesan terhadap pasukan mereka. Pada minit-80, gol pertama berjaya dilakuakn  dgn sepakan gunting daripada pasukan Baharin. Seterusnya gol kedua pada minit-84 sebelum menambah gol pada 2 minit kemudian. Ini juga menyebabkan Malaysia kecundang dalam masa 5 minit dengan kedudukan 2-3. Kesilapan ini diharap tidak membuat psaukan Negara berputus asa untuk perlawanan seterusnya..

KECEWA.... skuad Negara selepas tamat perlawanan

MURUNG..... Tewas 2-3  ke atas Baharin
Kekalahan itu menjadikan Malaysia mengungguli tangga tercorot Kumpulan C  dengan peluang tipis untuk layak menjelang 3 aksi timbal balik tahun depan. Sekarang Jepun menguasai dengan 9 mata maksimum daripada 3 perlawanan setakat ini. Seterusnya Syria ditempat kedua sementara pasukan negara di tempat tercorot tanpa sebarang mata.
Kali terakhir, pasukan negara layak ke olimpik pada tahun 1980 di Mosco Rusia. Namun Malaysia membatalkan penyertaan selepas kerajaan memboikot temasya itu.  Aksi seterusnya Malaysia selepas ini ialah berhadapan Bahrain sekali lagi di tempat lawan pada 5 Februari 2012.

JADUAL PERLAWANAN KUMPULAN C.

Malaysia, Jepun, Syiria dan Bahrain
21 September 2011- SYRIA lwn BAHRAIN
21 September 2011- JEPUN lwn MALAYSIA
23 November 2011- BAHRAIN lwn JEPUN
23 November 2011- MALAYSIA lwn SYRIA
27 November 2011- JEPUN lwn SYRIA
27 November 2011- MALAYSIA lwn BAHRAIN
5 Feb 2012- SYRIA lwn JEPUN
5 Feb 2012- BAHRAIN lwn MAlAYSIA
22 Feb 2012- BAHRAIN lwn SYRIA
22 Feb 2012- MALAYSIA lwn JEPUN
14 Mac 2012- SYRIA lwn MALAYSIA
14 Mac 2012- JEPUN lwn BAHRAIN

No comments:

Post a Comment

DAH BACA?KOMEN LAH.....
SATU PUN JADI LAH,TAPI KALAU LEBIH LAGI HAPPY...
HIHIHIHI...